8 October 2013

Dream Getaway with Travelar! (Saya mahu pergi ke Bali dengan Travelar kerana?)

  Contest terbaru dari Digi Super Blogger

Bali dinamakan sebagai satu wilayah di Indonesia dimana ia adalah salah satu pulau terbesar yang mengandungi wilayah kepulauan yang menjadi sebahagian daripada wilayah yang dikenali sebagai pulau Nusa Penida, pulau Nusa Lembongan, pulau Nusa Ceningan dan pulau Serangan. Bale terletak diantara pulau Jawa dan pulau Lombok. Wilayah terbesar bagi kawasan ini dipanggil Denpasar yang terletak di selatan pulau ini. Majoriti penduduknya adalah penganut agama hindu. Bali dikenali sebagai satu destinasi perlancongan yang terkenal dengan pelbagai keunikan seni budayanya terutama pada golongan perlancong dari Jepun dan Australia. Bali juga lebih dikenali dan terkenal dengan gelaran Pulau Dewata dan Pulau Seribu Pura.

Dari segi kedudukan geografinya Bali adalah sebahagian dari kepulauan Sunda kecil sepanjang 153km dan selebar 112km sekitar 3.2 dari kepulauan Jawa. Gunung Agug adalah yang tertinggi di Bali setinggi 3.148 m. Gunung berapi ini terakhir meletus pada 1963. Gunung Batur juga salah satu gunung yang ada di Bali. Sekitar 30.000 tahun yang lalu, Gunung Batur meletus dan menghasilkan bencana yang dahsyat di bumi.



Bali sebenarnya agak besar. Pastinya lebih besar daripada Pulau Langkawi. Apa sahaja yang anda inginkan untuk sebuah tempat percutian pastinya boleh anda temui di sini. Daripada kesibukan Kuta dan Denpasar yang seringkali macet (jam), juga pelbagai keindahan seni kraft dan lukisan yang boleh diperolehi di Ubud dan hampir di keseluruhan tempat-tempat tumpuan pelancong di Bali, juga kedamaian dan ketenangan di sesetengah pantai yang lebih privacy, anda juga boleh berscuba diving, snorkelling dan melihat berpuluh-puluh dolphin liar Lovina. Pastinya pengalaman bangun seawal jam 4 pagi semata-mata untuk mengejar sang dolphin di tengah laut akan menjadi kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila. Bali juga dikenali sebagai destinasi bajet yang sangat menguntungkan bagi setiap pengunjung dimana kos perbelanjaan sepanjang disana termasuk tiket kapat terbang + hotel+ pengangkutan adalah sangat mampu bayar.

Kesenian yang popular dikalangan mereka adalah Barong dance. Antara kelebihan lain juga keupayaan kaum wanita mereka untuk mengimbang barang di atas kepala. Menakjubkan bukan?. Kalau aku??erm memang tak daya lah xda skill nak balance camtu nak bawa badan sendiri pun boleh tersadonng kan?. Juga lawatan ke kawasan yang menarik dikenali padi terrace, Tasik Kintamani kesan gunung berapi, Tirta Empul Temple, Kuta Beach,uluwatu, Tanah Lot Temple ( hah yang ni aku penah tengok dalam TV masa rancangan Barefoot frieds siaran 393 (KOREA). Memang best sebab tengok diorang tangkap ketam batu pahtu diorang masak makn..nampak sangat sedap…(mak oiii tiba2 lapar la plak). Krishna mall yang menjanjikan harga mampu milik.





( Semua gambar adalah hasil carian Mr.Google yer, nak harapkan gambar aku sendiri memang takda sebab tak pernah sampai sekian.)

Inilah sebab nya kenapa saya  mahu pergi ke Bali dengan Travelar kerana destinasi percutian yang menarik, kawasan menarik yang banyak stuktur permukaan muka bumi yang jarang dilihat serta kita mampu shopping bak orang kaya kerana mata wang nya yang jauh lebih murah dari kita. Yang penting kenapa nak pegi bali sebab banyak barang craft yang unik boleh didapati disini. Keindahan alam semulajadi yang terhasil dengan pembentukkan letusan gunung berapi. Keluasan laut terbentang. Tanah yang subur dan kekayaan seni budaya yang jarang ada di tempat lain. Di sebabkan itulah ia menjadi destinasi pilihan saya untuk bercuti.Sememangnya menantikan saat berjemur di bawah sunset ala ala baywatch kan..weehoooo..

p/s : fuhhh sebab nak siapkan post ni dah macam researcher aku dibuatnya. kaji tak hingat kan..moga moga mendatangkan rezeki yang baik baik. amin....

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!