31 October 2013

Cradle Celebrating 10 Years Anniversary Gala Dinner

Ok jom mai pakat pakat datang dekat jom kita usha gambar dan aturcara sepanjang majlis berlansung. Ok cukuplah sudah usia company aku selama 10 tahun di tubuhkan dan ia disambut secara meriah kekonon ala ala red carpet gitew..Venue majlis tak lain tak bukan Shangri La Hotel. Hotel favorite company aku kot. Sebab asal ada majlis je mesti buat kat Shangri La tak pun JW Marriot. Layan jela..

Majlis berlansung pada 30 October iaitu semalam dan kami golongan staff ni dipaksa rela untuk melakukan satu persembahan dikir yang bakal dipertontonkan oleh guest of honor dari MOF. Fuh..cuak.. Tiap hari gigihlah kami berlatih dari 4.30ptg sampai la ke 5.30ptg. Dan hari untuk persembahan itu tiba..Cuak korang tau..nak nak boss aku sedang elok je duduk kat meja depan stage khas untuk VVIP Guest..huh..mula lah aku tersipu malu siput sedut atas tu..Tapi terasa bangga sebab aku berjaya hafal lirik dan bunga dikir...yeahhh bangga kejap. Nak tengok x team dikir kami.






  Hah ini lah persembahan dari Cradlelians..walau pakserela tapi we all enjoy it. Tak sangka at the end the performance was superb da vass gitew...(hahah syok sendiri walau hakikatnya badan aku lah yang paling keras skali masa menari..) maklum lah aku ni bukan orang seni tari. Tapi seni mempertahankan diri boleh lah.

Video tak boleh upload lagi setakat ini sebab blom di upload lagi. Kalau ada pun maybe dalam youtube nanti.

Selepas majlis tu kami diberi masa selama 15minit untuk tukar costume kita orang kepada pakaian Dinner malam tu  bertemakan "Formal & Elegant"Nasib baik company dah sediakan bilik untuk kami menginap sepanjang hari tu. Jom kita tengok bilik executive suite yang ada connecting door.










Dah siap siap semua. Aku diminta untuk make upkan muka officemate aku ni. Takdalah pandai tapi boleh lah sikit sikit conteng muka diorang supaya tak nampak pucat. Dan alhamdulillah bagi aku lah semua sangat cantik gitew malam tuh suka sangat aku tengok diorang bergaya sakan semalam.

So ni ootd aku semalam. Dress lame aku yang dulu sangat besar dan longgar tapi skng baru boleh muat (ini pertanda Aku ni masih gemuk dan kena diet lagi) Kasut dari Princess. Jewellery dari Camelion. Itu je simple sangat. make up pun maintain yang pakai masa dikir barat performance sebelum tu.












 Tadaaaa....Last sekali diakhiri gambar team Cradle yang mane time ni aku dah selamat tekan pedal minyak keta balik rumah laju laju sebab kak ipar dah call bagitau si Azriel tengah melalak bagai sakit sakit je. Ini kes bila anak ko dah terbiasa bau ibu die di sebelah malam. Bila lewat dari waktu yang selalu dijemput alamknya die pun memberontak dan aku difahamkan ini adalah fenomena semulajadi seorang bayi yang dah kenal bau ibu mereka. So sorry mummy tak dapat nak foya foya lelama sebab Azriel dah panggil balik. Huhuhu.. (sorry mommy Azriel sedar diri sikit awak tuh dah beranak pinak so sila balik rumah)..


Team Dikir dan jugak organizer , Aku dan kak Harlida dah selamat atas MEX Highway..




Marcomm Team yang super cute comey lote...Bravo guys u're rock!!


Oklah banyak jugak gambar yang aku share kat sini. Harap korang enjoy megkritik atau puji muji..atau blur dan sebaliknya...aku gerak dulu ok..zasss...chowchinchow..

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!