5 October 2013

Bubur nasi berlauk untuk Azriel

 Hidangan untuk Azriel kali nih Bubur Berlauk. Takdalah meriah mana lauknya inipun masih dalam sesi pengenalan kan. kakak ipar aku rajin suapkan. Yela orangnya dah lame berpengalaman. Anak dah besar besar. So aku banyak merujuk dan bertanya pada beliau bab bab kanak2 atau bayi ni. Terutama tentang pemakanan awal bagi seorang bayi. Nak nak cam anak aku si kecik Azriel.

So menu masakan bubur sebelum ni hanya mengandungi bahan bahan sayuran jugak hanya puree buah buahan. Untuk kali ni kita upgrade kan lagi yer puan puan. Kita tambahkan lauk sikit. dalam beberapa hirisan je. bagi dia kenal dan bagi dia merasa setiap rasa jenis makanan. Dari situ juga  kita dapat menilai samada anak kita suka atau tidak dengan hidangan kita tu. Alergik pun kita boleh detect bila bagi diorang makan.

Jom aku ajar cara cara nak masak bubur berlauk yang aku sediakan pada Azriel. Mana tau korang nak cuba pada bayi bayi korang nanti kan.

Bahan bahan

Segengam beras
Setengah batang lobak merah (dibuang kulit dan potong dadu)
Ayam dalam jumlah yang sedikit dicincang kecil. (agak2 lah tak payah banyakpun sebab sesi pengenalan makan selain dari sayuran dan buah)

Cara cara
Bersihkan beras dan masukkan semua bahan tadi dalam periuk sama sekali naik semua. lebihkan air untuk jadikan bubur dan ayam dan lobak merah masak dengan sempurna. Bila dah masak lenyekkan guna penapis, Ada yang caka guna blender cepat dan mudah tapi bagi aku guna penapis lagi terjamin kelembutan bubur tu. sebab hasilnya sangat puas hati dan baby kita senang nak telan. (yela baby mane ada gigi nak kunyahkan) sebab tu kita kena pastikan bubur tadi betul betul lembut dan halus untuk mereka makan.

Hasilnya......


 Nampak tak gambar hasil lenyekkan kat dari penapis. tekstur sangat solid dan warna pun menyelerakan untuk bayi kita makan. Owh lupa kalau aku masak aku takkan letak perasa garam atau gula. sebaiknya biarlah semua perasa tu terhasil dari bahan yang kita gabungkan tadi. Alhamdulillah Azriel pun makan dengan kenyang dan selera. Semestinya habis...Syukur...



Kaki Azriel dan kaki Elmo..sama tak kaki kami..






0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!