16 October 2013

Azriel dah pandai mencapai.

Tu dia tajuk memang kena dengan apa yang aku nak citer kat sini. 13/10/13 genab lah anak mummy 6 bulan. Alhamdulillah cepat betul masa berlalu. Tak sangka rasa macam baru semalam masuk ward bertarung dengan kudrat dan nyawa2 ikan untuk lahirkan seorang bayi secomel ini ke dunia.



Hah...Azriel anak mummy genab je 6 bulan terus ada habit baru. Antaranya menjerit..tu dia bila dia nak sesuatu atau dihalang apa yang hendak di buat memang dah pandai menjerit. Dah lah nyaring plak tu. yang penting dia nak bagi semua orang kampung dengar suara dia. erm..Azriel2 biasa dia.



Dia plak skang dah mula melakukan aksi akrobatik. berpusing 360 darjah tak payah citer memang lah sangat2 pantas tau2 dah berpusing. pening mummg. Dan...yang paling best tangan tu..hah nak kena babab ni dah mula nak mencapai..pantang nampak apa saja. kita hala kan pada dia laju je tangan dia nak merasa barang tu. Cam kes malam semalam aku bawa dia keluar makan dinner kat kedai makan.. perghhh lasak nya.. anak laki kan..pandai plak taknak duduk dalam stroller. bila kitapangku tangan tangan tu mencapai segala apa yang ada atas meja. so nak tak nak terpaksa lah aku jauhkan semua tu. Jiran sebelah pandang sambil senyum je dengan gelagat Azriel. Bila orang pandang bukan main lagi gelak senyum..erm..camne mummy nak marah ni anak mummy sukabuat muka comey tau tak?..



Bila nak bagi pakai pampers pun sama. bila dia nampak sebarang benda tepi die mula lah dia berpusing dan capai barang. Makna kata mummy ada macam macam skill untuk siapkan Azriel untuk sekeping pampers..alahai anak. Sama kes dengan waktu makan..mentang mentang dah boleh duduk dalam walker, itu dia sakan dia meninjau segala genab sudut. kepala plak toleh sana toleh sini nak suap makanan pun baju ikut sama makan. Habis lecak makanan tadi. walaupun semangkuk bubur dihabiskan Azriel tapi boleh dikatakan 5% dari jumlah bubur tu selamat jatuh ke lantai , baju, walker. Tapi dia makan dengan sangat berselera.(maknannya bubur mummy buat tu sedap kan? heheheh).



P/s : apa pun sekarang adalah masa untuk aku memerhatikan tempoh pertumbesaran Azriel dan aku bersyukur serta sangat bahagia dengan kehadiran dia. Terasa jiwa tenang dan sangat beruntung dah ada seorang cahaya mata. Syukur Ya Allah...

4 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

woaaa....dah besar dah dia

.::: Princess MOMOY :::. said...

boleh add wishlist baru
"nak adik untuk azriel" pula =)

ComelComot said...

Haah dah bsar tula lma sgt momoy mnghilang kan

ComelComot said...

Almk adik? Xmo xmo blom lg xmo...tiddaaaakkkkj

Cuba Klik tengok apa jadi!