30 September 2013

Bubur nasi di masak bersama carrot dan kurma untuk Azriel

Percubaan pertama puree buah nampaknya berjaya. Kali ini aku upgrade kan lagi meal untuk Azriel.

Bahan2 untuk bubur adalah

Segengam beras perang (yg dibasuh bersih, keringkan dan goreng didlm kuali tanpa minyak) sehingga kekuningan.

Sebatang lobak merah.
3 biji kurma
1.5 liter air tapis. (Air kosong).

Cara2nya seperti

Masukkan beras yang siap dikisar didalam periuk dan masukkan semua bahan2 tadi. Dan masukkan air. Masukkan dulu setengah liter yer. Bukan apa nak elakkan dari air nasi melimpah ruah bila ia mendidih nt. Bila air nampak dahnak kering masukkan lagi air hingga nampak atau cuba test beras dah betul2 masak atau tak.

Bila kesemuannya telah sebati dan masak sepenuhnya bolehlah korang nak blend atau lenyek guna penapis. Cara aku sangat lah praktikal dan sedikit leceh tapi puas hati. Aku akan lenyek bubur nasi yang dah siap tadi guna penapis. Yer! Guna penapid dan korang tengok lah hasilnya sangat puas hati sebab hasil lenyekkan tadi menampakkan tekstur bubur yang sangat halus. Cam nestum yer. Dan memudahkan perut bayi kita nak proses.

Alhamdullilah Azriel suka makan masakkan mummy dia. Syukur. Semoga dia membesar dengan sihat dan dijauhi segala penyakit dan perkara buruk amin..

Bubur tengah mendidih


Setelah dilenyek Inilah hasilnya..


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!