Apple+carrot puree untuk Azriel

by - September 28, 2013

1st time buat puree ni. Sebenarnya ada je jual kat luar yang siap botol kecik2. Tapi menurut kakak2 kawan2 yang dah biasa mula kan makanan pertama bagi anak mereka. Kita haruslah sediakan makanan yang ringan untuk mudahkan usus bayi kita digest makanan tersebut. Buah dan sayur adalah contoh terbaik.

Sebab bagi bayi yang belum pernah makan, dan hanya bergantung dengan susu semata nak2 susu dada, usus mereka sangat lah terhad dan lemah untuk memproses makanan. Sebab tu kita kena gunakan buah dulu. Sebab buah atau sayur berbentuk ringan dan ia tidak akan membebankan usus bayi kita. Sepatutnya bayi diperkenalkan dengan makanan bila dia mencecah 6 bulan. Dan ini kadang bergantung pada pertumbesaran bayi tersebut. Ada dikalangan ibu bapa telah perkenalkan solid food atau makanan berat pada anak mereka. Ini kerana dayaupaya bayi tersebut untuk memproses makanan. Nasihat dari doktor sebaiknya 6 bulan lah.

Macam aku, Azriel dah berusia 5bulan 17hari. Kira lagi beberapa minggu dahnak masuk 6bulan kan? So aku terdetik untuk ajar dia makan. Memula aku ada cuba bagi die makan Furley's Rush biscuit untuk die makan. Dalam seminggu aku cuba bagi kesian anak mummy die di serang cirit birit. Tak tahu la kenapa mungkin aku bancuh biskut tu cair sgt (letak dalam botol +air suam) xsesuai untuk die. Time tu sangat susah hati sebab dia lansung taknak minum susu. Mungkin sebab perut dia tak selesa. Sekepas kejadian tu aku stopkan biskut tu. Alhamdulillah dia dah ok. So aku ambil keputusan untuk buat fruit puree untuk dia. Ini atas nasihat dari kawan2 dari group ibu mengandung dan menyusu juga dari kawan2 office tentang pentingnya pemakanan awal untuk bayi kita. Buah dan sayur kan ringan.

So aku berjaya siapkan puree tu. Ini pun menu dari kawan2 yang sudi share. Simple je pun tapi Alhamdulillah Azriel makan dengan jayanya.

Bahan bahan nya hanya apple fuji dan lobak merah yer
Biasa orang kukus kan? Aku rebus terus sbb nak pastikan Iembut

Hasilnya...tadaaaa

Dan Azriel makan sampai habis. Aku bagi sekali sehari dalam amount yg kecil je dulu.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.