11 March 2013

Semoga Kandungan kami sihat dan selamat.


Sejak peknen nila suhu terbaik utk sejuk nyamankan badan..penangan lemak badan n caring baby...mesti sume mommies cam ako kan? Xcukup ngn aircond kipas skali ako bukak no 5. Pfttt...xtahan pnas la skg :(



Sepanjang ako mengandung ni, macam macam dugaan ayang ako dapat rasai dan lalui sendiri, Tidak hairan lah selama ini, bagi seorang wanita yang tengah sarat mengandung akan mengalami pelbagai kesukaran dalam menjalani aktiviti seharian. Dulu ako tak tau almaklum lah tak penah merasa. Tapi sekarang baru ako tahu..Sesungguhnya kehidupan sepanjang kelahiran adalah sesuatu yang amat struggle dan perlukan kesabaran dan ketabahan diri yang sangat tinggi.

Di dalam tempoh ini kami golongan bakal menjadi seorang ibu ini adakala sangat tertekan dengan keupayaan diri. Kerana di waktu ini kebanyakkan tenaga telah habis diguna pakai untuk menampung kehidupan kami, bergerak makan dan jalani hidup di pejabat lagi.tak cukup dengan itu sahaja stress hadap jammed pepagi dan petang ulang alik g keje..fuhhhh...menguji kesabaran sungguh..

Yang terbaru, kes ako adalah di sebabkan kemalasan melanda dan tiada sebarang idea untuk menu dinner, en suami telah meng offer kan diri untuk memasak makan malam kami. Bukan susah pun ako hanya minta die buatkan bihun goreng, kebetulan masa lunch kat office tadi ako ada makan tom yam gong kat mango chilli KLCC. Tomyam tu xda lah rasa pedas pun..tak tau ape punca, Dalam pukul 3 pagi ako mengalami sakit perut yang teramat sangat..terasa sakit di bhagian belakang juga kawasan peranakkan..(rase cam nak beranak pun ada. Nak kata beri2 memang takda. En suami dah tak tentu arah dahtu mane nak cari klinik ibu mengadung memalam ni melainkan hospital besar je...makna kata kedua kami berjaga sepanjang malam...suami tak putus2 call kawan2 massage dan tanya cara penyelesaian, kami risau nak call mak2 kami, yela nanti ada yg kena marah kang. Ako bertahan sampai lah ke pagi, terus jumpa Dr.Getha dan kami dapati kandungan kami terlalu aktif dan ako sedang mengalami premature contraction yang mane bayi dalam kandungan sedang berusaha untuk keluar, premature contraction adalah normal jika ia berlaku di usia kandungan 32 minggu dan keatas, kebiasaannya ia terjadi setengah jam sekali, tapi kes ako ia berlanjutan sehingga ako terasa sesuatu yang sedang tekan2 bahagian bawah..(nak pengsan...arghhhh sakitnyer)

Mula2 suspect keracunan berdasarkan ape yang ako telah makan sebelum hari n malam berikutnya. Tapi bila jumpa balik Prof Zainul (HUKM speacialist) veliau mengatakan yang bayi ako tengah tedang nak keluar..(oikk..oik..sabar lah baby blom sampai masa lagi..duk diam2 dulu dalam perut mommy ok..dah sampai waktu yang sesuai baru kua..skang men puas2 dulu dalam perut mommy ok).


Ubat tahan sakit (mula2 suspect keracunan)


Contraction berlanjutan hingga hari ke tiga sehingga doktor terpakse memberikan ako suntikan (2 suntikan untuk 12jam sekali) cecair ini di beri nama ML Dexamethasone (kalau xsilap lah ejaan ako ni)

“Doktor akan cuba untuk menghentikan kontraksi daripada berlaku lagi sekiranya kandungan di bawah usia 34 minggu tetapi jika lebih ia sudah boleh melahirkan.Untuk tujuan tersebut, doktor akan memberikan ubat kepada ibu bagi mematangkan paru-paru bayi jadi boleh mengurangkan insiden neonatal respiratory distress syndrome (RDS). Ubat menghentikan kontraksi boleh bertahan dalam jangka masa 48 jam dan jika ibu hendak bersalin selepas itu sudah dibolehkan. Ini juga dapat membantu bayi mengawal penafasannya sendiri tanpa sebarang bantuan penafasan bantuan.

Suntikan pertama (sangat lah sakit ia juga telah diakui oleh semua ibu2 yang penah mendapatkan suntikkan ini. Kata diorang cecair tu sangat pekat itu pasal lah lepas ako kena injected je trus terasa lenguh dan sangat lah xleh blah bisa tu..terasa tempang lah kejap..rasa lepas cucuk tu xnak bercakap ngan orang, nak marah orang sume ada..(sakit kowt)..Cam biasa lah jarum injection ni bagi ako adalah musuh selepas ubat ubatan spital yang banyak dadah..sementara doktor pujuk ako nak cuck montot ako tu..cam biasa dengan xmalu ako menangis..takutnya jarum tajam tu ditusuk kedalam daging montot ako yang gemok ni..omakkk..aih...senak...



P/s : Sebenarnya sakit tu memang tak boleh tipu lah..penat tak payah cakap..larat tak larat yang tu memang tak boleh sorok..Sekarang ape yang penting bagi ako adalah kami berdua ako n en suami mengharapkan bayi kami akan lahir dengan selamat dan sempurna segala sifat kejadian. Insyallah itu yang setiap ibu bapa harapkan. Sakit nak beranak ako dah dengar macam macam version..arghhh lantak abaikan ..kalau dah nak jadi seorang ibu haruslah ngko merelakan segala kepayahan kesakitan yang dialami sepanjang tempoh tu. Pahala tu semua..dan itulah yang diharapkan semua wanita seluruh dunia. Dan ako adalah salah seorang. Bersyukur kerana Allah memberikan ako peluang untuk merasai sendiri detik detik sepanjang kelahiran bakal anak kami ini.

Untuk kesayangan mommy dan daddy, Kamu dalam sana jangan nakkal2 ok..takpelah mommy ok dan masih boleh bertahan asalkan kamu suka dan selesa di dalam perut mommy. Jaga diri elok2..jangan men tali pusat sangat..nak cungkil2 perut mommy takpe ok. Jangan buat mommy dan daddy isau ok..love u so much..muahmuahmuah...Moga kamu keluar nanti dengan penuh kecerian dan kesihatan yang montel juga sifat yang baik2 hendakNya..Amin...

4 comments:

Azi3 said...

MCM awl je bby ni kuar nnti comey...tapi dah bg enjit matang paru xyah risau,kalobby kuar pun xada mslh nnti

ComelComot said...

yeke babe..memang leh yakin ke ngan ubat doctor bagi tu..baby blh slamat eh..isau gak ni tapi sakit ni xberhenti hukhuk....

Azi3 said...

MCM biras azie pun awal gak dia suntik matang pparu pastu lps 2 minggu dh nk kluar bby... x ckup pun 36 ke 34 minggu mcm tu lah agk2

ComelComot said...

hah yeke, yela kot bila suntik je ubat matang peparu tu, itu yg buat baby jadi kuat n xsabar nak kuar, siyes azie skg cml sgt2 xtahan stress sedih sakit xselesa sume ada baby plak sgt2 aktif ..walau trase seksa tapi happy sgt sbb itu menunjukkan baby comel sihat..

Cuba Klik tengok apa jadi!