4 March 2013

Kepercayaan dulu dulu VS Kepercayaan sekarang

Hujung minggu lepas, keluar ngan en suami ke gedung beli belah barangan perabut yang amat terkenal diseluruh tempat mane lagi kalau bukan IKEA. Betul2 terkenal lah kan sebab orang tak penah putus2 datang..dahtu dalam setengah jam jugak lah ako dalam keta cari parking keta..fuhh..lebam..

Niatnya adalah satu je..nak cari baby wardrobe la untuk our new soul..yela barangan lain dah settle so tinggal ini saja yang belom. So dapat parking kitaorang pegi makan. dah kenyang2, baru mulakan operasi. Ini disebabkan hasutan dan nasihat kak Hanim kakak satu opis ako suh beli kat sini sebab wardrobe ni tengah ada sale. dengar citer harga asal dalam RM400++. erm xtau lah..bagus lah kalau murah dapat lah duit dijimatkan dan di laburkan ke bahagian yang lain.

Sampai area baby section trus call kak Hanim untuk dapatkan pengesahan area mane almari tu di display. So tak lame kemudian jumpa snap gambar untuk dapatkan stok di bahagian bawah.


Tu dia terang terang ako snap gambar dan akhirnya hati jiwa jantung dan raga basikal ako sangat berbunga bila apa yang ako hajati tercapai..ouchhhh sangat teruja rasa nak lompat kijang tangtu jugak..mula lah duk bercakap secara riang bagitau laki ako yang ako nak pasang almari ni kat area sini ..cmni camtu..bagai..
dah settle bayar sume  time ngankut bawak balik..taraaa...


Pergh...nasib baik baby snowy ako tidak mengecewakan dan kotak almari tu muat masuk keta xyah bukak seat bonet pun..seronok kau..lallaalla...baby dahda wardrobe dah..suka sangat2 mommy ni...thanks to mamat nepal yang membantu ako n en suami angkat ini kayu yg amat berat woo..ako tengok pun cam berat je..(memang berat kata en suami)

Dan cerita sedihnya adalah...Bila sampai rumah dah siap berehat angkut barang sume dalam umah, en suami pun ajak pasang lah new wardrobe tu..hureyyy...so gigih lah kita dua laki bini siapkan almari baby, tapi dalam setengah jam siapkan tu..tertiba en suami behenti pegi call mak die, dalam setengah jam die kembali dan cakap minta stop aktiviti memaku dan memsang almari tu..hukhuk hancur lulur kot jiwa raga ako yang tengah joget dangdut tadi..pesal plak ni..adoiyai...En suami cuma cakap "WE STOP"!! i harap u paham ok.. (ako cam biasa buat muka blur2 sambil anggukkan kepala konon paham) hakikatnya kenapa??apesal ni??huhu camne ngn baby i punya almari ni..why??why??


Ok, Bila keadaan kembali tenang en suami pun cakap lah secara lembut ngan ako katanya mak ada pesan jangan lakukan aktiviti paku memaku skru menyeksru ape sahaja benda memandangkan condition ako as a preggy mommy to be ni.  Katanya tak elok untuk baby..adoiyai ape punya fahaman nih. iyer ako ni dah cam typical malay plak..memang pun..ako tetap tak paham kenapa, ape punca ape sebab dan ape akibat jika pantang larang sebegitu di langgar. Dengar citer perkara xelok bakal berlaku kepada baby. dalam kepala ako hanya fikir perkara sebegitu adalah suratan atau kebetulan sahaja, tak ada kaitan yang mengarut. kalau nak diikutkan pantang larang yang mengarut nih camne plak kalau suami yang kerja tetapnya contractor atau carpenter atau nelayan atau sebagainya.haruskan mereka behenti kerja selama mane isteri mereka mengandungkan baby dan selamat melahirkan. Dan apa pula alasan mereka jika kesemua pantang larang ini sememangnya tidak dilanggar dan di ikut secara teratur tapi bakal cahaya mata mereka tetap dapat sesuatu yang xelok..apa yang akan disalahkan siapa perlu disalahkan..takkan mak,pak bayi tu kot..alamaknya meroyan lah semua. Yer kepercayaan ini tak perlulah dipercayai sangat, semua perlu kembali kepada niat, jika betul niat kita insyaAllah segalanya akan selamat. Kita berserah dan bergantung kepada Dia. Hanya die yang lebih mengetahuinya. 

Bila ditanya isu percaya akan pantang larang ni, ada banyak version yang ako dapat ada yang fikirannya cam ako dan ada juga sebaliknya apepun yang meraka tekankan adalah niat dan juga selagi ia tidak memudaratkan masih selamat untuk dilanggar. (hahah langgar redah cam ako yang degil ni). Kaum cina juga ada kepercayaan sama seperti kaum melayu iaitu tidak dibenarkan melakukan aktiviti paku memaku, ditegah kerana dikuatiri bayi dalam kandungan mendapat bahaya. Tapi tetap boleh dilanggar pantang larangnya seperti jika ingin melakukan aktiviti paku memaku si ibu yang sarat mengandung haruslah keluar dari rumah dan berada jauh dari rumah selama 4,5jam dan barulah kerja2 paku memaku boleh dijalankan. sama jugak aktiviti gantian cadar seminggu sekali.si ibu ditegah untuk betulkan atau tukar cadar, seharusnya di biarkan sahaja atau si suami harus meminta si ibu keluar dari rumah (kira seorang wanita yang mengandung tidak dibenarkan berada dalam rumah yang sedang menjalankan aktiviti paku2). Erm macam2..

Pendirian ako tetap sama. Ako tak percaya perkara mengarut nih, memandangkan orang tua lebih arif dan lebih tahu perihal tentang ini, so ako akurkan sahaja, walau hati tak rela..xpelah untuk kebaikkan baby jugk. Korang punya pendapat camne plak...Dah xda ape yang nak ako celoteh sebab perkara ni buat ako sedihnya)...

p/s : Nampak x gambar almari separuh siap tuh, itulah almari ako yang dipasang separuh dan xmampu disiapkan..kata en suami jgn langgar pantang..nt2 kita buat bila baby dan selamat dilahirkan).. 

Ako ni memang ape pun xder pantang melainkan bab2 makan untuk jaga kecantikkan badan..hahahahah..pantang makan nasi untuk slim..

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!