Salam..


Maaf lah kawan2 di sebabkan keadaan ako yang sangat terhad dan sikit punya penat pun xboleh so ako jarang untuk update blog ni. Cam biasa lah citer ako mula basi dan  dan blog gak kembali bersawang. Hari nih masuk cuci dan tinggalkan untuk beberapa minggu atau bulan..untuk update satu2 citer. Sebenarnya banyak yang nak di share tapi tulah masa dan keadaan sangat2 xmengizinkan. So apa yang ako nak updaye ni hanya yang mane ako pikir sabgat2 bagus kalau di share kepada korang. Memang banyak tempat menarik yang ako lawati sepanjang percutian di India, Tapi antara yang terbanyak tu ako lebihkan Bangunan bersejarah ni iaitu "TAJ MAHAL" yang lain tu menarik tapi yang ni super duper menarik..so anggaplah tmpat lain tu ako dah citer dalam gambar2 ako sebelum nih ek..penat lah nak taip banyak2 panjang2 skg..sekarang da xsihat cargas cam dulu..huhuk..
















Taj Mahal
Taj Mahal adalah makam marmar putih yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India. Ia dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan dalam memperingati  isteri ketiganya, Mumtaz Mahal.
Ketinggian: 171 m
Alamat: Agra, Uttar Pradesh 282001, India
Gaya seni bina: seni bina Mughal
Arkitek: Ustaz Ahmad Lahouri
Fungsi: Monumen, Makam



~ Taj Mahal terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra,
India.


~ Taj Mahal merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal.
~ Mumtaz Mahal merupakan isterinya yang ketiga.
~ Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan pembinaannya telah selesai pada tahun 1648.
~ Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan Islam.
~ Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yang mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau
dan lain-lain.
~ Pada tahun 1983,UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi.
~ Taj Mahal dikatakan 'permata senibina Islam'.

1631
~ Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal pada tahun 1631.
~ Shah Jahan berada di medan pertempuran demi memperluaskan tanah jajahannya, dan pada masa yang sama, isterinya Mumtaz Mahal
telah meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang ke-14 iaitu Begum Gauhara.
~ Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila Mumtaz Mahal meninggal dunia.

1632
~ Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632 iaitu setahun selepas kematian Mumtaz Mahal.
~ Pengarang istana menggambarkan cerita cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj
Mahal.

1648
~ Mausoleum utama disiapkan dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.
~ Inspirasi pembinaan Taj Mhal datang dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal yang lain termasuklah Gur-e Amir (makam
Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj),
dan Masjid Jama, di Delhi adalah binaan Shah Jahan sendiri.
~ Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah.
~ Shah Jahan memulakan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya
mencapai tahap kehalusan yang baru.

Pembinaan
~ Ustaz Ahmad diperintah untuk membentuk Taj Mahal.
~ Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur
dari seluruh dunia.
~ Bumbung, kubah dan menara diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah.
~ Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam juga turut digunakan.
~ Tempoh pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun, iaitu dari 1614-1666.
~ Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh pelusuk dunia.
~ Arkitek Turki yang bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki dan berguru dengan
Koca Mimar Sinan Agha (Puru dari Benarus, Parsi (Iran) merupakan salah satu kontraktor pembinaan Taj Mahal.
~ Kubah atau dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
~ Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
~ Chiranjilal seorang pakar dari Delhi merupakan ketua pengukir mozek Taj Mahal.
~ Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat di mana, namanya terukir pada pintu laluan utama.
~ Muhammad Hanif merupakan penyelia.
~ Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran menguruskan bahagian kewangan dan pembelian barangan.
~ Pengukir telah dibawa dari Bukhara,kaligrafi dari Syria dan Parsi,inlayer dari India Selatan,dan pemotong batu mozek /
marmar dari Balochistan.
~ Bahan binaan untuk Taj Mahal telah di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Antaranya,marmar putih dari
Rajasthan, permata dari Punjab,jed dan hablur dari China,firus dari Tibet,lazuardi dari Afghanistan,nilam dari Sri Lanka dan
kamelian dari Arab.
~ 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
~ Kos pembinaan Taj Mahal telah mencecah lebih daripada 32 juta rupee.

Arkitek Dipancung
~ Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari selepas Taj Mahal siap dibina.
~ Kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina
bangunan yang menandingi Taj Mahal.
~ Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Kisah Cinta yang tidak berkesudahan.

Kisah cinta ini dimulai saat Pangeran Khurram (14), putra dari Jahangir sang raja India, yang tidak sengaja bertemu pandang dengan Arjumand Banu Begum (15), putri seorang perdana menteri Persia, di sebuah bazaar di Meena. Pangeran Khurram yang jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Arjumand Banu lantas mengutarakan keinginannya untuk menikahi Arjumand Banu kepada ayahnya, Raja Jahangir. Sang raja cukup heran, karena pada saat itu bagi keluarga kerajaan jarang terjadi pernikahan yang hanya dilandaskan oleh cinta. Raja Jahangir menyetujuinya setelah tahu bahwa Arjumand Banu adalah keponakan dari Nur Jahan, istri favorit sang raja.

Arjumand Banu adalah gadis cantik dan pintar yang tumbuh di lingkungan keluarga aristokrat. Dia mempelajari Islam dan Al-Quran, dan dia juga memahami kisah para Nabi. Pendidikan lainnya banyak dia dapat dari ayah dan tantenya, Nur Jahan.

Pangeran Khurram sendiri terkenal mahir berperang di usianya yang masih belia. Tidak hanya memiliki wajahnya yang rupawan, dia juga mahir bersajak dan memiliki suara yang indah. Selain itu kemampuannya menggambar kaligrafi Al-Quran juga sudah tersebar luas. Dia juga mempelajari ilmu arsitektur sejak muda, menempatkan dirinya di posisi yang layak sebagai putra mahkota.

Setelah lima tahun penantian, akhirnya Pangeran Khurram menikahi Arjumand Banu pada tahun 1612. Meskipun Arjumand Banu adalah istri ketiga yang dinikahi oleh pangeran, dia adalah satu-satunya cinta sejati sang pangeran. Pada tahun 1628 Pangeran Khurram naik tahta dan berganti nama menjadi Shah Jahan, sedangkan Arjumand Banu berganti nama menjadi Mumtaz Mahal.


Kehidupan rumah tangga mereka berjalan dengan baik, hingga pada tahun 1631 Mumtaz Mahal meninggal setelah melahirkan anak ke-14 mereka. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mumtaz Mahal meminta agar Shah Jahan berjanji atas empat hal padanya: Membangung sebuah monumen yang indah di atas makamnya; Tidak menikah lagi; Membesarkan 14 putra-putrinya dengan baik; dan Rutin mengunjungi makamnya.

Tahun itu juga Shah Jahan memulai pembangunan Taj Mahal. Meskipun begitu, selama dua tahun pertama Shah Jahan lebih banyak mengurung diri di kamarnya menangisi kematian istri tercinta, sampai akhirnya pada tahun 1633 dia bangkit dan mempercepat pembangunan Taj Mahal sebagai tanda keabadian cintanya.

Dibangun dalam kurun waktu 22 tahun oleh sekitar 20.000 pekerja dan mengandungi 500 kg emas, Taj Mahal menjadi bangunan paling indah di seluruh dunia yang dilatarbelakangi oleh kisah cinta antara dua manusia.

Ok sebenarnya kisah cinta diorang ni dikeluarkan dalam banyak version yang mana ako sendiri naik pening mane satu yang betul. Jugak tentang kerajaan muhul ini jugak ia banyak melibatkan perkauman dan keagamaan. susah jugak lah nak percaya yang mane satu. tapi ape yang ako post kat sini melalui pandangan yang sama pendapat dengan ape yang ako fikirkan.

Tapi sebenarnya apa yang ako nak sangat share kat sini adalah, sungguh terharu juga teruja kerana keikhlasan cinta Shah Jahan pada isterinya amat sukar dibandingi mane2 lelaki dalam dunia. Sangat setiap sangat mengasihi dan terlalu mengagumi isterinya Muntaj. 

Camne nak feel tu kena lah korang cuba jejakkan kaki ke bangunan cinta terangung nih..siyes ako tak tipu..mula je langkah memasuki perkarangan kawasan ini mata korang takkan berhenti berkedip..sungguh indah hasil seni pembuatan tangan mereka pada setiap lapisan dinding dan lantainya. Taman taman jugak menara tinjau yang gah berdiri tersergam indam..(melopong jugak lah bila 2,3 belas kali pandang) Tak caya?? ok malas nak citer banyak jom lah layan gambar2 yang sempat ako posing selama dalam kawasan terlarang tu..





(Ni masa kitaorang posing sambil baring atas lantai..omakaihhh sejuk betul lantai marmar tu..cam baring atas ice cube lak.)

tengok jela rupa ako yang hampir hilang kawalan sebab tempat ni terrrrrlalu lah indah..







Ok kali nih, destinasi kita berubah tempat yer. Kali ini kitaorang akan check out dari Acura BMK Hotel kepada Howard Park Plaza Hotel yang terletak di Agra. Perjalanan kami melalui daratan dengan menggunakan perhidmatan bas perlancongan mengambil masa 5 jam perjalanan, (ini sudah cukup mampu buat otot sendi sesape sahaja akan sengal mengal..) lagi lagi orang pregnant cam ako ni kan..fuhhh...Tuhan saja yang tahu. Tapi nasib baik BB ako pun xda buat hal dan ako hanya menghabiskan masa dengan tido sahaja didalam bas. Hah Bukak2 mata dengar diorang duk bising bising....lah da sampai rupanya. cam biasa lah permandangan yang dapat kitaorg tengok jauh sekali berbeza dengan tempat sendiri..huhuhu.. dalam hati terfikir "Kenapa lah miskin benar negara ni..?kenapa lah diorang nih sangat kelihatan pape??kesiannya tengok dengan keadaan mereka..bayi kecil yang hanya berlapikkan pakaian nipis di musim sejuk yang bagi ako seorang dewasa pun tak mampu bertahan dengan suasana sejuk tu...Erm...Syukur Alhamdulillah ako dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia. Dan yang penting Warganegara MALAYSIA. 


Sampai sampai saje ke hotel..kitaorang lunch dulu dan kemudian seperti biasa aktiviti wajib "SHOPPING" sekali lagi kami cuba menghabiskan duit yang rasanya ada berpuluh puluh ribu rupee lagi ni...

Tour guide kitaorang bawak kitaorang g melawat tempat dimana craftman sejak menjalankan kerja2 pembentukan marmar. Teliti betul..kalau ako xda makna ako nak hadap benda tu berhari2 tengok sekejap pun dan bosan.

Cenderahati yang paling popular dari Agra, India, rumah kepada Taj Mahal, adalah marmar dengan reka bentuk bertatah serupa dengan apa yang korang akan dapati di Taj Mahal itu sendiri. Objek yang datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, dari kotak pinggan dan barangan perhiasan kecil dan unik , dan sehinggalah menjadi  kepingan perabot. Dan harganya ..erm the vass lah semestinya Mahal kot...yang ni kalau nak beli kena betul betul ada duit yang cukup..mahal sangat sangat, kenapa ako cakap mahal, Bekas untuk sebentuk cincin pun harganya boleh mencecah RM70 dan keatas ikut design dan corak yang diterap pada bekas 
tersebut.

Kunci untuk mengelakkan marmar palsu adalah pencahayaan. Tanah marmar Agra adalah mendap, dan tidak akan membiarkan cahaya melaluinya. Kedai-kedai marmar akan sedaya upaya untuk menunjukkan barangan yang berkualiti mereka dengan beralih lampu kedai dan memegang lampu atau lampu suluh dan mengadakan demo terhadap produk mereka. Ini bagi memberi jaminan yang barangan mereka adalah asli dan bukan marmar tiruan.


Dalam ni juga terdapat satu port dimana kita boleh shopping kain baju.. seperti biasa lah sesiapa sahaja kalau bercuti memang tak sah lah kalau tak beli cenderahati untuk sedara mara atau kawan kawan. Dan ako memang tak pernah lepaskan peluang..


Tu dia susun baik punya kain kain sari yang semestinya menjadikan mata ko rambang..Nak tau lagi kalau kat Malaysia ni harga untuk sari sari yang cantik mewah lagi kualiti ni mau cecah RM500 - RM1000 dan ke atas lah.. Tapi kat sini dari harga RM80 ke RM300 sahaja dan sangat mampu dimiliki.


Heheheh sepasang lagi sari ako dah rembat,,seperti biasa masih xcam dengan warna Pink itu? Hah semestinya yang ini adalah untuk ako.. Untuk kaum famili  baik belah ako atau belah en suami telah ako dahulukan terlebih dahulu bila semua da settle baru ako pikir barang ako..syukor dapat lah selai kan dari takda....

Antara contoh contoh marmar yang terdapat di bangunan Taj Mahal. 






Hah mesti ramai yang suka shopping kan? Yer ako jawab semestinya ..ia adalah wajib bagi kaum wanita bab kata kak Reen "Shopping is a MUST". begitulah serasinya shopping dan wanita..selari dan saling memahami.antara satu sama lain.


Ok Taknak citer lagi tempat bersejarah yang ako dah jajah selama di India, skang kita citer pasal shopping/beli belah dulu ok. Apa yang best ape yang murah dan ape yang menarik perhatian untuk korang melaburkan segala fulus2 yang telah ditukar kepada note RUPEE...damn.....Very cheappppppppp!!!!!...

Janpath Market

Pasaran Janpath terletak bertentangan dengan Connaught Place yang terkenal, di New Delhi. Ia amat sesuai untuk membeli barang-barang fesyen terkini pada harga yang sangat sangat murah. Bajet yang berbaloi adalah di , Janpath Market. Ini adalah salah satu tempat di ibu kota, di mana korang akan menemui lebih banyak pembeli asing daripada pembeli India. Terdapat beberapa kedai kedai dan tapak tapak jualan juga di sini. Walau bagaimanapun, shopping di jalan Jan, New Delhi adalah yang terbaik di antara kedai2 di luar sini.. (betul very cheapppp)

Satu perkara yang perlu diingat semasa membeli-belah di Janpath adalah aktiviti  tawar-menawar seberapa banyak yang korang  boleh.( Ko berani tawar berapa sahaja sampai kesudahannya penjual akan setuju dengan harga permintaan yang telah korang mintak) jangan tak percaya kalau satu harga barang tu  Bermula dari harga RM30 bila time tawar menawar harga akan merundum ke RM5 seunit. Yer betul tak caya?? Tolong lah percaya sebab ini benar benar terjadi kepada ako. Tiada had kepada bagaimana rendah korang boleh dapatkan harga.. Sebahagian daripada barang-barang yang paling popular di pasaran Janpath adalah:

pakaian etnik
Harian-memakai Pakaian (kanan dari skirt jeans t-shirt dan sebagainya)
Barang Kemas Junk
Barang Kemas perak
Kasut Kulit (Jutis, Mojris, Kohlapuris, dll)
Linen dihiasi
kapas Pakaian
Lukisan warna sayur-sayuran Terengganu
Barang Kemas tiruan
Artifak India dan Permaidani
CD dan DVD
Perabot
Item hiasan







balik hotel try test pakai sendiri plak.

Ni lag suasana pasar janpath pada waktu malam, sekali tengok cam pasar malam ok. tapi diorang berniaga dengan harga yang sape2 mampu milik, even barangan silver diorang pun sangat2 murah. Kalau kat KL memang ko tak dapat lah harga cenggitu murah kan.






Chandni Chowk

Kalau korang sampai ke New Delhi, atau cuba google tempat-tempat shopping di New Delhi...mesti nama Chandni Chowk nie akan jarang-jarang muncul. Even, kalangan tour operator di New Delhi yang selalu bawak pelancong ke sini pun akan cuba mengelak dari memandu korang ke Chandni Chowk. Pada hal jarak antara Chandni Chowk denganRed Fort bukanlah jauh sangat. Tapi, memang patut pun kalau tourist guide tak bawak pelancong ke tempat yang nak aku ceritakan nie.





AMARAN: Chandni Chowk bukan tempat shopping bagi mereka yang bergelar mak Datin or mereka yang hard core dalam bidang membeli belah di arena shopping kompleks. Tempat ini hanya menerima pengunjung yang bercita rasa unik pada produk-produk yang aku rasa cukup eksotik. Hanya mereka yang berhati cekal dan sanggup mengharungi situasi-situasi yang jarang-jarang boleh dialami di negara kita boleh dilihat di sini.

Betul yang ni ako memang xkan tipu korang. bagi sesape yang kurang gemas untuk sebarangan meronda tanpa hala tuju dan mencari barangan yang ada class gitu ini tempat yang salah untuk dilawati. Kenapa? 

Chandni Chowk sebenarnya sebuah pasar borong barangan yang sudah wujud sejak zaman pemerintahan Shah Jahan (Moghul) lagi. Terletak di kawasan bandar Old Delhi berhadapan dengan Red Fort, ianya adalah sebuah lorong yang akan menerima kepadatan manusia pada setiap hari. Paling menakutkan pada hari Jumaat. Jumlah pengunjung boleh mencecah sejuta orang !!! Pada bulan Ramadhan...berjuta. Pada musim sebelum Diwali...pun berjuta. Apa tak nya kepadatan penduduk Old Delhi sahaja sudah mencecah 7 juta orang. Old Delhi nie pun bukannya besar sangat. Kecik sikit jer dari bandar Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya di sini ? Aku tak taulah orang lain...Tapi, pada aku...kalau ada kesempatan Chandi Chowk nie tempat yang cukup menarik untuk dilawati. Namakan saja apa yang korang cari di

India...pastinya akan dapat di sini. Sari (dari cotton sampailah ke sutera), perkakas dapur, pinggan mangkok (dari fine bone biasa sehinggalah ke tahap Noritake), kain, dan macam-macam lagilah...Makin menarik lagi, harga di sini buat korang rasa segan nak melakukan adegan tawar menawar. Memang murah dan berbaloi kalau dapat jumpa barang yang menjadi idaman hati.



Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, persekitarannya. Korang akan berasa seakan berada di zaman tahun 60an. Atau mungkin lebih lagi. Dari struktur bangunan, keadaan sekeliling dan budaya yang mereka lalui di sini seakan kita tak percaya dalam keadaan dunia era cyber masih ada yang mengamalkan cara hidup masyarakat dahulu kala. Ada kedai yang sudah beroperasi sejak tahun sebelum India merdeka lagi, dan masih mengamalkan warisan sistem sejak itu lagi. Jadi, jangan pelik kalau ke sini kita akan berjumpa dengan barangan lama yang mampu mengimbau ingatan dan kenangan kita bersama dengan nenek atau atok kita dizaman kecil kita. Pelita, lampu minyak tanah, seterika arang, pam air, telefon (yang jenis kalau nak dail kena pusing-pusing tu), jam klasik (masih berfungsi lagi) dan macam-macam barangan pada mata kita antik tetapi nampak baru (memang baru pun) dan berfungsi dengan baik berada di sini. tapi untuk sampai ke setiap kedai kedai ini korang punya mental kena fit, fizikal pun kena fit..paling teruk lagi jika korang bagus dalam mengawal sistem penafasan. Ini kerana budaya mereka kencing merata, tidak kira lah dimana sahaja korang lalu akan kelihantan sekumpulan atau seorang dua lelaki sedang memancut (kecing) kearah dinding atau mane mane tempat sahaja. Mungkin tak mampu bertahan kat situ gak diorang akan kencing..burok betol perangai dorang.Manusia yang akan kelihatan seperti ulat ramainya. Masuk saja ke lorong Chandi Chowk, nah...baunya mungkin korang takkan tahan. Maklumlah, budaya kencing merata orang sini memang membuat kita geli geleman nak menjelajah lebih jauh Chandi Chowk. Teruk betul diorang nie.



Tetapi, kalau korang sanggup meredah segala cabaran di sini...Chandi Chowk mampu memberikan kelainan dan pengalaman lain yang tak pernah kita alami. Dari segi kualiti dan dibandingkan dengan nilai harag yang ditawarkan oleh si penjual buat korang rasa..."Apsal duit aku banyak lagi nie ?". Itu salah satu keistimewaan Chandi Chowk.

Nasihat dari aku: andai ada yang berhajat mahu ke Chandi Chowk. Pastikan pakai pakaian yang biasa-biasa sahaja. Jangan bagi nampakkan kita nie sebagai tourist sangat. Duit kena jaga dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Budak-budak tidak digalakkan sama sekali untuk dibawa ke sini. Sila pastikan korang membawa duit kecik yang banyak. Jangan bawa duit note besar. DAN, jangan sesekali percaya bila ada penduduk tempatan yang cuba-cuba datang menghampiri dan cuba menjual barang pada korang atau mengoffer nak jadi tour guide atau sapa-sapa pun yang datang menghampiri korang jaga-jagalah dengan mereka.
Salam, wah dah lame jari jemari ni tak menaip..rasa kremmm..sume ada sebelum tu jom stretching jari2 dulu...Ok mula.

Pada minggu lepas ako ada letak entry post bergambar semata mata, yer itu gambar dan tiada sebarang jalan cerita sebab ako dah janji akan buat entry khas untuk itu. So minggu lepas ako telah melibatkan diri dengan aktiviti anjuran syarikat ako.."business Trip to India" Seramai 35 orang yang sertai. New Delhi adalah destinasi pilihan kali ini. Memandangkan tahun lepas ke Turkey, dan sayangnya ako tak berjaya untuk turut serta disebabkan tarikh yang ditetapkan begitu hampir dengan majlis nikah kawen ako. So tahun ni alhamdulillah akhirnya rezeki ako lah kan. Yang sedihnya En suami xdapat ikut sama di sebabkan dibebani tugasan yang berlambak dan memang di tegah untuk memohon cuti.(kesiannya bubu...xpe next year ayg nak u ikut jugak kot2 mane..ke Korea kita yek)..



So ako akan berada di sana selama 5d4n. 6-11 December. Perjalanan melalui penerbangan MAS Airline mengambil masa selama 4 jam 45minit (lebam jugak lah montot ako) departure kul7.00mlm dan sampai sana jam 11mlm waktu tempatan. sampai2 je sana kita orang tunggu Bas yang akan jemput ke hotel..Cuaca sejuk dan sedikit jerebu..(ini memang sejuk...)ako xsuka sejuk..sgt xselesa..

Sementara mata tak lelap lagi sempat snap permandangan warna lelangit diwaktu senja..



cantikkan??? indah sungguh kejadianNya..terpaku sejenak sebab permandangan yang secantik ini sangat sempurna kejadianNya. Subbahanallah...




Menu dinner dlm flight..dalam banyak2 ni ako suka minum apple juice tu je,,,ekekek 5cawan ako mintak..lantak lah dah dahaga sgt2..




Hah..yang ni bila tertiba ako terjaga dengan bunyi siren yang inform kitaorang dahnak sampai..skali pandang lua tingkap sekali lagi lah gedik santai ako snap view waktu malam lah...cantik betul kalau tgk dari arah ats...Peta India dah macam beads..kain baju..manik2 kaca yang liplapliplap duk bercahaya...cantiknya..


Snap gambar bukti dah sampai..







Ako punya bilik kat sane..kami menginap di ACURA BMK New Delhi. fuhhhh sangat sejuk lah kat sane lua dalam..ako memang xtahan kulit nipis gamaknya.



Ok seterusnya sambung untuk nest entry next activity next mission yer...tata...

terima kasih datang singgah