Menu yang terlalu simple stakat ko libas tangan kekiri dan ke kanan.. Singsing lengang baju, capai apron dan mula memasak. Hanya amik masa 20 minit dan siap.

Ikan bilis kicap, ayam goreng kunyit, sambal gesek, tauhu goreng, ikan kering kopok( alah beli masa kat langkawi sgt rangup bila digoreng n kunyah) dan tentu sekali ikan perkasam .
Ikan perkasam punya cerita..

Itulah mengaku orang kampung tapi harem tak tau camne nak uruskan ikan perkasam pemberian cik puan Soon. Erm itulah ako, fail dah ada je kampung siap ada sungai dan pantai lagi sekitar rumah tapi taktau camne nak goreng ikan perkasam. Eventually yang xleh blah.. Kemarin ako bantai pegi cuci ikan perkasam tuh, ako cuci sampai ilang sume garam yang kat ikan tu dan baru goreng.. Tapi habis je en suami makan..tapi semalam en suami mintak goreng lagi ikan perkasam tu, sekali kali nih lain plak cara masaknya, kata en suami ikan tu sebenarnya tak perlu dicuci bersih pun sbb nama pun ikan perkasam, memang goreng ngn garam2 batu yg balut ikan tuh..lepas goreng terus perah asam limau. Kata en suami ikan tu lagi sedap rupannya bila goreng skali ngn garam.. Hahahah mane den nak tau kan..

P/s; hakikatnya ikan tu en suami seorang je yg mkn sbb ako tak makan ikan pelik2. Yang ako mkn hanya kembong dan dan klu ikan lain pun ikan jeruk dalam botol la... Dapdap2....


Tertiba terasa , berkobar2 nak masak lak, yela sebelum nih semua makanan berbuka cap order baazar jer, smlm tiba2 rasa nak masak. Tapi masakan ako xdalah hebat mane, alah makan berdua je pun klu ada anak pun bkn die tau makan mknan org dewasa. Hahahah..

Jadi ape yang ako masak adalah ikan dan ayam goreng berlada, tauhu goreng ( ako sgt suka ini tau goreng) pahtu daging masak sos tiram, ikan perkasam pemberian pn. Soon kawan en suami. Untuk air plak ako buatkan en suami air sarsi laici.. Dan minuman tambahan air mineral. Jangan dilupa buah kurma yer kena ada untuk berbuka ok.?

Dan akhir sekali tunggu waktu berbuka dan makan.. Jemput semua..alhamdulillah kenyangnya..
Susah senang, sedih gembira, dia sentiasa ada, memberikan ako sepenuh kasih sayang yang xpernah berbelah bagi. Dia cinta hati beta yang sentiasa mengingatkan ako tentang sesuatu, die cinta hati beta yang akan berusaha membuatkan ako tersenyum walaupun dalam kesedihan, die cinta hati beta bila kala sentiasa buat ako berbangga dia sbg suami ku.

Dan dalam setiap langkah jejak kehidupan ako seharian, ako hanya ingin melihat dia bahagia bersama ako dan gembira menjalani kehidupannya. Cinta ako untuk die sebagai pemimpib kpd ku, sebagai ayah kepada zuriat kami. Kerana dia lah yang terbaik dr kalangan yang baik...BMW❤����

I LOVE YOU SO MUCH BUBU...MUAHMUAHMUAHMUAH....



Jom layan..besttttt

Yer.. Gambar dibawah merujuk kepada kain langsir baru untuk raya nanti. Almaklumlah kalau tuan umah pakai baju raya baru, langsir umah pun mesti nak baru jugak.. Majuk umah ako kang.. Skali skala mau lah jugak hias bagi cantik, bukan orang lain gak tinggal, ako ngan en suami gak yg tinggal. So untuk itu, ako bersama bubu gigih lah kami mencari kain ni Nagoya tekstil kat wangsa maju, ituje pun tempat yang ako tau. Ape lagi borong kain langsir lah.. Hah baju raya? Ekekek blom lagi beli. Aritu databg usha je dulu, makaih rambang mata, corak dan pattern yg sgt2 moden.kira mengikuti perkembangan fesyen terkini lah. Klau ikutkan raya tahu nih kami dah decided nak pakai baju nikah je.. Yela baju nikah baru pakai skali je. Lagipun nanti boleh lah ako measure ukuran badan ako terkini hahah setelah bergelar isteri ni. Mestilah banyak tempat dah kembang kengcut.. Time ni lah kalau nak tau baju nikah ako tu masih sedang2 fit longgar atau tak boleh sarong lansong ekekek... ( mimpi ngeri)..
Eh... Eh stop jgn citer pasal baju raya lagi.. Skang kita tgh sembang tentang kain langsir so semalam ako dah siap potong. Eh lupa lagi nak bagitau yang langsir ni akan ako jahit sendiri sebgai penghargaan untuk rumah ako heheh.. Tak tau lah cantik ke tak.. Kalau tgk dalam deco2 rumah n langsir nih. Sekarang punya pattern dah simple moden n alegan. So untuk jimatkan duit dan jugak saja nak asah skill ako akan jahit sendiri langsir ni.

Tunggu siap nt ako update yer

Sekian
Bulan Ramadhan is here again and we hope all our Muslim Churpers are having a good month of fasting. We had a smashing time with you Churpers during our Buka Puasa #ChurpOut last year, so it’s only natural that we have another one this year! This time, we are hosting the Buka Puasa #ChurpOut at a little treasure we found in KL – Songket Restaurant.
The songket is known as a hand-woven fabric in silk or cotton, and intricately patterned with gold or silver threads that stand out against a background cloth to create a shimmering effect.
Songket Restaurant is a fine-dining Malay restaurant with a modern twist, crafted around the rich tradition and luxury associated with songket. They provide outstanding Malay food with only the freshest ingredients in an elegant restaurant with a sophisticated ambience.
Songket Restaurant also offers a delightful menu inspired from traditional Malay specialties and luxurious songket from some of Malaysia’s most notable states. Songket Restaurant is all about delicious dishes, beautiful surroundings and ambiance; they strive to bring you the best of traditional Malay food. Don’t just take our word for it, go experience them yourself!
Some of their signature dishes include Aneka Pembuka Selera, Ikan siakap masam manis, Masak Lemak Udang Nanas, Rusuk Salai Berkicap and many more! They are running their Ramadhan Buffet Promotion with over 50 dishes of traditional Malay cuisine at only RM68++ for adults and RM34++ for children. Isn’t it awesome to bring along your friends and family to buka puasa ‘beramai-ramai‘ at Songket Restaurant with its cool ambiance and delish food? With that, we would like to invite you and a friend to try out some specialties in Songket Restaurant!
Buka Puasa #ChurpOut @ Songket Restaurant
Date: August 5th, 2012 (Sunday)
Venue: Songket Restaurant. 29, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. Map 
Time: 6PM to 10PM
Invite: 2 Pax (Churper + 1 Guest)
This Ramadhan buffet will not be just about feasting and having fun. In conjunction with Ramadhan; the month for good deeds, dedication and discipline, Songket Restaurant and Churp Churp would love to grab this opportunity to share the warmth of Ramadhan with the less fortunate. We’ll be having a mini donation drive where we collect items to be given to the less fortunate, so come join us in supporting this charitable cause! We welcome any sort of food and other items you think might be useful for the homeless. The dinner is on us, but do share some love for the less fortunate and bring these items:
- Instant drinks (malt drink, chocolate drink, tea, coffee)
- Instant noodles
- Cookies
- Canned food (sardines/baked beans/curry etc)
- first aid items
- clothes/shoes in good condition
To join us for the buka puasa session, all you have to do is post a Facebook update on your profile:

Ok diatas adalah sedikit sebanyak keterangan tentang program berbuka yang akan diadakan oleh pihak Churp Churp. Berbuka sambil beramal adalah julung julung kali program berbuka yang bakal diadakan, lain tahun berlainan lah konsepnya tetapi kali ini dengan konsep traditional dan juga memperkenalkan menu signature bagi Songket Restaurant  dan kali ini Program ini dinamakan " Buka Puasa #ChurpOut @ Songket Restaurant" .

Kenapa saya nak sertai program Buka Puasa #ChurpOut @ Songket Restaurant adalah kerana dengan adanya sambutan begini kita dapat meraikan bersama sama kegembiraan bagi mereka yang kurang bernasib baik, sekurang kurangnya mereka akan turut gembira seperti kita. Dengan itu biskut adalah bahan perantaraan bagi menghubungkan ikatan kemesraan antara kita semua, moga dengan pemberian yang tidak seberapa ni mampu untuk sinari hari hari mereka menjelang nyawal nanti.


Disamping itu semestinya saya akan bawa kawan saya Izyan liyana sebagai churpie's plus one!!!


Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t. Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.

Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”.

Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana?

1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”

3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,

“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”

4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.
Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”

Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud,

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.

Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.


rujukan dr : www.iLuvislam.com




10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
+=============================+
( ♥ Jemput SHARE, LIKE dan TAG jika anda suka artikel ini ♥ )

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel


p/s : baca ni buat ako tiba2 tergelak sorang2 comelnya insan yang bergelar bayi nih kan..tak leh tahan gelak bila die pun mampu keruk dahi dan moncongkan mulut bila mommy die mkn makanan yang pelik ekekek
Touch Up Pen


Nak beli nih untuk touch up balik luka2 tercalar kat bb snowy ako..

p/s : mod tgh stress..



Gift ni ako dapat bersempena birthday ako yang dah lepas. So ako panggil gift nih sebagai belated gift.



Huhu tersangat omey..tahap pari-pari sebab suma baking kit ada bentuk love ❤❤❤❤❤ok sekarang dah terasa excited nak baking sebab setiap celupan sudu ada kata2 indah gitew... Ouchh so sweet.. (Jgn kena kencing manis sudah).




Sape yang Comel sangat sanggup bagi present yang secumil ini.. Nak tau? huhuk harus lah kita mention namenya xpun gambarnya atau pun pagelink veliau itu die kakak yang somel lagi miut sis Adrena and sis Diyana (takda blog la plak xpe ako kasi gambar kang.)





Sis Diyana pregnant mommy yang sangat somel❤❤❤❤❤




sis Adrena yang maintain vouge ❤❤❤❤❤





Pagi2 dah dapat hadiah (yela waktu ketika tengah lemau almaklum lah pose)..bila dapat adiah..trus ko segar bugar..adiah katakan..❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤










saya❤❤❤❤❤u both la lebih2..ekekekke❤❤❤❤❤








card yang sangat super duper diva cumil...(ok strawberry tu prop je k)















❤❤❤❤❤muka excited sampai tunjuk mata lanun jer❤❤❤❤❤






bila dah buka ..nak tau ape ada dalam..??

tadaaaaaaaaaaaaaaa....








ouch..tidakkah ia terlalu super gorgeous sebab dapat hadiah cam gini nak2 bulan pose nak beraya nak baking macam2 dan datang lak barang2 yang kiut camni..ahak...mane nak caek...ngkorang hado??




p/s : terima kasih banyak2 kak reen/didie..tak sangat padahal dah lewat seminggu..dan semestinya u both memang the best sebab tau ape yang saya suka buat time time bosan ekekek terbaik lah hadiah tuh kena lak ngan waktu, (mentang2 lah nak raya kan)hahahah




Tapi comel sangat2 suka ini adiah lah..semalam bukak sama2 en suami..heheh die pun gelak cakap cumilnyer sebab semua berbentuk HATI❤❤❤❤❤ dahlah cute warna pun takyah citer super hot stuff la kan..kaler wanted tuh..sukasuka suka..kalau ada like kat sini nak saya like berjuta2 juta star kat gift ni..so sweet..nanti bila saya dah mula berbaking..insyallah saya tapau bagi uolls rasa ya..Ok! kalau xsedap senyap2 yer..hahahah..kalah sis thanks a lot with full of love blom masukkan lagi recipe with ❤❤❤❤❤ nih..nanti dah masuk lagi lah banyak banyak ❤❤❤❤❤ hahahah..mabuk dah...


LOVE❤❤❤❤❤&HUGS❤❤❤❤❤ (^^)(~,^)...





Menu sahur yang sama, en suami wajib nasi, lauk plak, MIL ada masakkan ikan bilis sambal+rendang daging+rendang ayam. Minum air Teh o panas+ air suam kosong+100plus. Ako plak roti susu,soya dan air suam.kurma wajib ada...

P/s : huhuk skng nih cepatnya terasa penat+ lapar hukhuk dulu masa bujang maintain jer.
Mesti rambang mata kan, nak pilih makanan banyak giler kat bazar. Tapi puasa pertama ako adalah dikampung bersama orang tua dan keluarga mertua. Seronok semua dapat berkumpul bukan ape senang nanti yela nanti minggu2 berikut mesti dah bizi ngn hal masing2 company lah, kawan2 la, club la, erm so nak xnak kna lah aturkan bagi semua merasa detik puasa pertama ni seronok..

Mak dah masakkan rendang ayam, lemak udang ikan goreng, acar buah, ikan kering kertas, hailam ikan masim, sup ayam, pahtu kuih yang di beli dari baazar plak, kuih cakuih, kuih badak berendam, kuih buah melaka, agar2 pandan, kuih apam, kuih ape tah lagi 3 jenis ako dah x hingat. Tapi hidangan time tu xyah citer rambang mata da..xtau nak makan yg mane. Tapi bagi ako sgt mudah sebab ako suka mkn kuah sup2 saja.. Santan2 ni ako x gemar..Air minuman lak ada air carbonated merah ngn hijau mirinda, air cincau, bandung dan bandung cincau, air teh o panas dan air kosong. Boncit lah perut nak hadap semua air nih...makan yang sangat bernafsu kan? Hihi

Lepas makan nasi di hidangkan plak buah durian dessert la tu bak kata mak..pahtu ape lagi tersadai la kekeyangan masing2...

Selesai makan kami bersolat.. Tapi time adalah sangat kekenyangan heheheh...Alhambra lega kenyang puasa pertama berjaya di habiskan,,,


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kelebihan bersahur.

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja

Dan ini menu sahur ako yang pertama mudah ringkas. Bangun tadi kul5 masak2 menu ringkas,, dah siap.



Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan






Lafaz niat untuk sebulan :



Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala






Lafaz niat untuk harian :








Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala






Lafaz doa ketika hendak berbuka




Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



Lafaz doa selepas berbuka puasa :




Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :


Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.


Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.

Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.


Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.


Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.



Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Disini ada satu facebook page bernama Warna Ramadhan yang boleh korang lawati. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.


kredit : warna ramadhan


Dapat info ini dari seorang blogger jugak...dan Mr. Google.


CANNYCOOL TINTED SPECIALIST IS THE MOST FAMOUS TINTING SOLUTION ONLINE IN MALAYSIA


CANNYCOOL IS THE FIRST CAR TINTING SHOP IN MALAYSIA WHO HAS GOT THE WIDEST NETWORK ONLINE,HAVING THE MOST ADVERTISING
COUNTS AND THE HEAVIEST TRAFFIC COUNTS ADVERTISEMENTS
CANNYCOOL has caught more than 200,000 views on malaysia's top forums,
CANNYCOOL has gained more than 10,000 good feedbacks in a short period of time,and still increasing,
CANNYCOOL has successfully won the hearts,trust,respect and confidence from all our customers,
we are proud to be Malaysia's premier Car Tinting Shop as we continue to bring out the best
for you and your car!


Have faith in us as we have a Team of Well-Trained Car Tinting Specialists who
has deep knowledge in handling your cars,

A team of experienced car tinting consultants who shares the right information and gives you the appropriate advice,

A team of humble marketing executives to educate you on the best product that suits best your car and your budget.

Kindly click on the links below for your further reference :

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1266694&hl=



Cannycool Tinted Specialist Welcomes you on board and we will make you our next
satisfying customer!

18 Benefits of Choosing CannyCool Tinted Specialist.

* 7 to 15 Years Warranty
* JPJ Compliant
* 99% UV Protection
* Reduce Heat
* Clear Visibility
* GPS Friendly
* Latest Nano Technology
* Sirim Tested
* Multi Colour Selection
* Prevent Cabin Fading
* Anti-Scratch
* Enhance Window Appearance
* Reduce Impact
* Smart TAG Friendly
* Reduce Petrol Consumption
* Shatter Proof
* 3 in 1 Security Solar Film
* Prevent Smash and Grab Theft

Product
Pro-Tech Elite
VLT 63% UVR 99% IRR 95% 6MIL Thickness
Normal Price RM2100 For All Windows

Pro-Tech v85
VLT 60% UVR 99% IRR 85% 4MIL Thickness
Normal Price RM1700 For All Windows

Pro-Tech v75
VLT 58% UVR 99% IRR 75% 4MIL Thickness
Normal Price RM1300 For All Windows

Pro-Tech v64
VLT 58% UVR 99% IRR 64% 4MIL Thickness
Normal Price RM1000 For All Windows

(2 in 1 Solar Film Promotion)

Titanium v95
VLT 65% UVR 99% IRR 95%
Normal Price RM1700 For All Windows

Titanium v82
VLT 60% UVR 99% IRR 82%
Normal Price RM1400 For All Windows

Platinium v75
VLT 62% UVR 99% IRR 75%
Normal Price RM1000 For All Windows

Platinium v65
VLT 60% UVR 99% IRR 65%
Normal Price RM800 For All Windows

WITH FREE GIFT

GUARANTEED BEST DEAL IN TOWN

WE DARE YOU TO COMPARE

For more info please visit our Website : www.cannycool.com.my

We have more to choose from!kindly drop by at our outlet and be ready to be surprised
with all the exciting promotions that we're having!


COME OVER TO GET YOR FREE CONSULTATION NOW



Ok dah baca dah paham, ako nak terang details cam rumusan kat atas tu memang tak reti lah kan...so kita layan bideo die lak..antara  sebab ako bertukar kepada tinted yang baru walau mahal tapi keselamatan terjamin




Setelah menkaji dan setuju ngan faktor2 kejadian yang bakal terjadi , jadi lebih baik kita siap sedia bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati..kalau dah jadi mmg xguna lah ko melalak sebab memang dah terlambat. Nak tau kenapa sila refer cerita dan pengalaman ako sendiri yer..kat sini..so klik..


tapi itu cerita masa guna keta kia spectra skang dah bertukar hah...cam transformer lak..

Jom layan gambar2 baby snowy ako..










P/s : agak2 orang akan nampak x ada orang dalam keta...korang saja lah yang nilai ok..
Tak sangka tarikh untuk cukupkan umor ako sudahpun sampai, mungkin ako terlalu buat2 sebok ngan keje membuatkan ako lupa tarikh keramat bagi seseorang untuk cukup umur. yer masa tu ako tahun yang ako sekarang berada dalam bukan Julai. Iaitu bulan kelahiran ako...Tapi dah ngko dah da suami mesti lah die hingat...


Syukur ako dan bahagia ako dengan en suami kerana selalunya die lah yang akan ingat setiap tarikh2 penting dalam hidup kitaorang. En suami adalah orang yang sangat peka..dari ketelitian jugak..tapii kalau kebersihan takda sape boleh lawan ako..hahahah..

Ahad petang en suami sebok je duk desak ako bersiap, kata die nak keluar g makan, dah ako cam biasa kitaorang hari minggu standard la bangun lewat tido lebih masa lah memandangkan en suami hari sebelum terlibat dengan tournament tempat die keje. Tiba2 dah siap die suh ako pakai cantik2 kata die nak keluar jalan2 cari barang untuk hadiah ako. Eh boleh lak terang terangan die bagi tau yang dia akan belikan hadiah untuk ako sempena hari lahir tahun nih. Kata en suami lagi " skang nak surprise dah xboleh cam bujang lagipun die risau kalau die beli ape2 mengikut ape yang die suka nanti lambat laun ako lak yang xguna/xpkai atau xsuka. Erm betol la jugak ape yang die cakap tuh, so 

So ape yang ako dapat nanti gambar yang akan menceritakan..dan jugak telah di sediakan untuk ako kek Tiramitsu dan jugak kad. Korang tau tak, malam tu ako balik tukar baju basuh kaki dan tertido sebab terlalu penat ..tepat jam 12mlm en suami telah kejutkan ako, yang paling sweet die lakukan adalah kejutkan ako kiss ako dan peluk ako sambil nyanyi lagu birthday kat ako...hallamak..malu tercengang la plak...ngan muka tak basuh kan..die suh ako bangun dan keluar untuk tip lilin kat kek..hahahha..comey betol lah en suami nih...lepas tu die tak habis2 suh ako posing ngn kek kad dan jugak hadiah yang die bagi (dalam mane time tu ako tak basuh muka pun..) sabar jela bubu..ayang xsempat nak melawa tau tak? kantoi orang tgk muka ayg lepas bangun tido..buruk n pucat lar...

dah die tak kesah ako lagi lah layan kan saja..kata birthday gurl..16 Julai 2012 tit..tit...tit...HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!! wah seronoknya dah bertambah lagi umur..hureyyy xsabar nih nak cecah umor 30..nak2 40..dan 50tahun...bagi ako bila umur meningkat dan angka bertambah adalah satu anugerah yang tuhan bagi pada kita untuk bersikap matang, dan sekurang kurangnya bubu takkan panggil ako budak kecik lagi...dan ako akan lebih matang..yes..yes..!!!Finally sukanya!!!! Jom lah layan gambar ...enjoy ya!!!


Koleksi ako yang ke 10..mostly brand GUESS adalah pilihan ako sejak dari bujang..dan yang pasti harus besar bentuk petak dan jam besi..Boolat ni sejak menjak kenal en suami mula tukar feeling tentang bentuk jam nih..




















P/s : sila abaikan muka ako yang xbasuh muka tu yer...dah memang tak menyempat en suami mintak tiup lilin dan..harapan dan hajat ako adalah semoga En suami sentiasa bersama ako dalam susah ataupun senang kami dan paling penting ako nak sayang ako hanya untuk die sampai dunia akhirat,,

Bubu sayang,
Terima kasih atas segala pemberian penyediaan, dan layanan yang telah bubu bagi pada ayang, memang tak mampu dibalas dengan wang ringgit kerana yang pasti ayang tau bubu buat semua tu semata mata ikhlas untuk raikan dan hiburkan hati isteri u yang degil lagi gangster nih, Ayang akan berusaha menjadi yang lebih baik dari kalangan yang terbaik kerana ayang nak ayang adalah untuk bubu dan bubu adalah untuk ayang semata (oppss jgn lupa kalau dahda baby nanti die juga milik kita milih Ilahi) insyallah. Pemberian terindah adalah sanggup mampu bertahan dan sediakan segala apa yang canggih kat muka bumi nih untuk ayang..hahahah(paham2 jela kan). dan sentiasa bersama ayang terima kasih yer..SAYANG BUBU SANGAT!!!! (ok enough comel ngko dah bermadah lelah ok..orang baca pun boleh dapat semput

terima kasih datang singgah