22 October 2012

Katakan tidak pada NEGETIVITY



Salam,


kali nih ako nak share ape yang terbuku di hati ako, mungkin ia satu bentuk kesedaran untuk diri sendiri atau kepada orang yang xberapa nak sedarkan diri. Amat malang bukan bila memiliki segala kesempurnaan dari segi rupa kerjaya dan rupa paras tapi hakikatnya mulut dan tabiat perangai yang suka melagakan orang malah lebih teruk suka memalukan kaum sesama sendir. Itulah yang ako sedang perhatikan di dalam kehidupan seharian ako sekarang.

Apa faedah yang diperolehi tah dengan cara memalukan orang lain begitu. Apakan dia rasa sangat bangga dan terus popular kot lepas memalukan dan perli hal atau kelemahan insan lain pada khalayak ramai. Kesian..lagi2 bagi seorang insan yang berjantina perempuan. Seperti kita tahu perempuan telah dikurniakan sikap lemah lembut budi bahasa perkerti dan jugak keidahan rupa paras xkiralah mereka tergolong dalam golongan gemok ke kurus ke. Tapi segala keistimewaan tu sila lah ko jaga elok2 jangan lah suka sangat berwayang. Jugak ako malu ngan segelintir wanita bertudung nih..boleh tak korang hormati orang bertudung yang lain.sorok sikit sikap gedik dan kepoyoran tuh, jangan sampai orang menyampah+ meluat. yer Ko dah terlepas dari dosa menutup aurat tapi sebaik dan sebolehnya jaga lah tutur kata dan perangai tuh. ish ish malulah sikit hormatlah orang bertudung lain. (yer ako tau ako ni bukan lah baik mane nak2 ako ni pun bukan lah bertutup elok cam orang yang ako maksudkan ni) hurm..

Kita ni kaum wanita ..kata orang kaum wanita ni adalah kejadian seindah indah perhiasan dunia, tolonglah hiasi akidah korang dengan cara yang betul. agak2 tak puas hati ko sound lah depan depan xyah nak ngumpat2 , bukan jenis ako tau tak xsuka seseorang dan ko panggil ahli gosip ko..pahtu ko  bergosip tentang si simpolan tu..ko tak rasa malu ke melemparkan fitnah jugak berita buruk pada si pendengar2 tuh. ko tak rasa berat atau sia2 ke segala amal ibadat ko seharian dengan mencanang maruah orang camtu. malu lah sikit weii..kadang kadang kesian ako ngn diri orang orang macam nih. Nasihat ako kalau ko tak suka ko sound je depan2 takyah nak ngumpat2..itu ko menambahkan dosa ko jugak bodoh lah mereka mereka yang sudi sangat dengar dan tadah telinga diorang semata mata mendengar cerita rekaan ko semata mata.

Setahu ako lah orang yang suka mengata orang, amik tahu hal orang jugak xkisah lah hal peribadi dalam kain orang lain pun die nak sebok jenis orang nih adalah tergolong dalam manusia yang sangat NAIF.Yer! sangat kasihan bukan? itulah yang ako sedang saksikan sekarang. Erm..bab citer ko bagai grand lah ko duk hebah heboh kat orang bajet ko tu sangat fofuler dan di sukai ramai dan hakikatnya yang ako nampak orang yang ko duk bodek2 supaya sentiasa ok ngn ko tuh, diorang pun sama je mengumpat pasal ko.hahahah kesian..

Dlm putaran kehidupan ako skng ni ako dah nampak 3 orang yang jenis hipokrit dan sangat memalukan tingkah lakunya..nilah orang cakap lua indah dalam bangkai...bertutup litup lengkap solat 5 waktu tapi perangai mak aih dah layak jadi pompuan sihir. Boleh tak ko rasa malu sikit ngan orang yang bertutup litup lain..ngan ako taknak malu pun xpe sebab ako ni mmg jenis tak reti nak insaf ngn pakaian apetah lagi mulut ako nih bila baran datang mula lah laser nak panah sape2 yang agak2 mulut cam bangkret ngn ako..Alhamdulillah setakat nih ako takda dengar lagi orang kutuk mengata ako blakang2..yang lepas2 ada tapi ako biar je dulu ako nak tengok sejauh mane cerita rekaan diorang tu mampu bertahan. Sekurang kurangnya ako masih sedar dan tahu yang ALLAH sentiasa melindungi orang yang teraniaya dan itu adalah pasti.

Ako bukan nak berceramah maupun menyampaikan ucapan2 dakwah bagi memberi kesedaran pada golongan yang ako maksudkan nih. Tapi ini adalah salah satu luahan jugak iktibar untuk diri ako sendiri jugak. Supaya bila menjadi seorang wanita, jadilah yang betul2 ikhlas dari segi penampilan perwatakan juga akidah ok..Mulut nak laser takpe biar bertempat.dan yang penting bila nak tegur orang tegurlah cara yang elok, perli keji tak perlu takda nya ko dapat token express masuk syurga bila buat2/belakon baik ni ok.

harap semua nih akan berakhir dan ape yang ako harapkan ako dapat hidup dalam suasana yang terhindar dari segala perkara2 diatas..Dan semoga tuhan bukakan hati ako untuk berubah kearah yang lebih baik InsyaALLAH. maklumlah ako ni kan jahil lagi tentang agama sendiri. banyak yang perlu dipelajari dan di kaji.

P/S : Semoga orang yang dibuli oleh golongan ini terus cekalkan hati jiwa raga basikal korang untuk hadapi rintangan serta dugaan yang bakal datang dalam hidup korang. jugak pesanan untuk ako elakkan dari join golongan hipikrit nih.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!