9 July 2012

HACKS teringat ako waktu dulu dulu.




Masa mula mula tengok citer ni, sebelum tu ako penah lah tengok preview citer nih..soundtrack lagu yang sangat serasi ngan jalan cerita. Cerita nih buat ako terbang melayang teringat kenangan lame ako..Yer ako sekarang sudah dipunyai oleh en suami alhamdulillah syukur.


Cuma apa yang ako minat nak share kat sini adalah, detik saat waktu itu ako belom dipunyai sesiapa, yer waktu tu ako bujang dan masih gila2 berseronok dan ada ramai kawan yang sangat2 happening tertalu akrab sehingga kemana sentiasa bersama, apa sahaja dilakukan , waktu makan, bergembira atau party time semua dilakukan bersama sama.



Di sebabkan cerita ini jugak teringat ako pada seorang kawan yang berlainan jenis ngn ako..masa bujang2 dulu lah skang tidak lagi dan ako sendiri xpernah lagi jumpa veliau. Yer kami berkawan sangat baik sangat rapat sehingga ada yang mengelarkan kami kembar lain jantina..die sebaya ngn ako..tak perlulah ako bagitau nama siapa pemilik diri yang tengah ako citer nih, yang ako tau die adalah lelaki yang ako kenal sangat2 baik,,, Dulu ako tak pernah percaya pada lelaki nak2 ako adalah seorang yang boyish..kasar dan lasak ako hanya die yang tahan, bila ako sedih atau orang buli ako die lah yang pertama selalu akan back up ako..kasar dengan ako memang xpernah berani orang nak buli ako memang xdapat lah ..penah ada pompuan buli ako,sampai ako nanges (alamak lasak ganas bak gangster tapi kuat nanges) die boleh pegi jumpa pompuan tuh mula2 tanya elok tapi pompuan tu kuang ajar depan mata ako pompuan tu kena penampar..ape sebab ako tak tau yang pasti kawan ako tu cakap perkara tak baik pasal ako..( setengah orang akan anggap dayus sebab die sanggup pukul pompuan sebab ako) hakikatnya die lah kawan terbaik waktu tu ako pernah ada.

Tempoh pengenalan ako ngn die selama 3tahun adalah detik terindah zaman bujang ako, kami ke parti, majlis kenduri, daki gunung, even clubbing sama2, walaupun die seorang anak yatim yang kehilangan ayah sewaktu masih kecil tapi die mampu bersikap serang yang sangat prihatin, mungkin di sebabkan dia dibesarkan oleh seorang ibu. Kami hanya menilai hubungan kami sekadar kawan dan xlebih dari itu kerana waktu itu die telah bertekad untuk tidak pernah jatuh cinta pada mana2 perempuan di sebabkan hatinya pernah dilukai oleh wanita yang die harap dapat bersama hingga akhir. mungkin minat kami yang sama, kerana waktu itu kami berdua terlibat dalam bidang photoshoot ,ako sbg model dan die adalah photographer. kemana pergi adalah bersama..walau ako sentiasa berpakaian seperti lelaki dia tetap mengatakan ako lah kawannya yang paling comel di dunia..Selama ako mengenali veliau, adalah sangat happy..lepak minum dan lunch sama2..tak hairan lah antara kami takkan ada yang cemburu sebab ako sememangnya waktu itu tak pernah ada hubungan special ngan mane2 lelaki (hakikatnya ako tomboy aka boyish mana ada lelaki nak kat ako) dan ako pernah katakan ako taknak kawen sebab ako takut ngan komitment jugak ako susah nak percaya lelaki..bila ako tengok kawan2 pompuan ako selalu menangis dan tak bahagia ngan hubungan mereka..itu buatkan ako tak kawen2 waktu tu. mungkin ako senang ngan keadaan sekarang dan mungkin die jugak camtu.

Die selalu akan jaga ako,perhatikan ako dan akan interview mamat mane yang cuba nak pikat ako supaya kata die yang akan pastikan ako jumpa dengan Mr Right yang betul2 mampu jaga ako bila saat die dah xmampu jaga ako lagi...Die tak pernah atau luah yang die suka atau sayang ako lebih dari seorang kawan..dan di sebabkan itu ako jugak tak pernah menaruh harapan pada die bagi ako, dah anggap die macam abang ako sendiri.

Ako paling suka bila die nak pujuk ako die akan gosok kepala ako sambil taril idung ako ..mungkin idung ako xmancung tu sebab die suka tarik kot..Dia jugak seorang yang sangat suka dengar ako bercerita walaupun ako selalu suka sangat ulang cerita yang sama..die akan cuba gelak walau die tau citer ako tu tak best dan jugak tak kelakar lansung..kata die " seorang kawan memerlukan seseorang yang sudi menghiburkan walau waktu itu adalah detik sukar untuk ketawa" waktu tu ako tak pernah faham apa yang selalu die pesan..dia jugak pernah cakap kalau suatu hari ako dahda teman istimewa jgn lupakan dia kerana die takkan pernah untuk cuba lupakan ako..(sambil simpul jari kelinking masing2 untuk berjanji).

Tringat ako satu dialog dalam HACKS " we let the one we love be themselves. we don't have to change anything,else we will look like a selfish" di sebabkan ayat ini tertiba ako teringat kat die..  kami bersahabat rapat hinggalah suatu hari ako telah lupakan kehadiran veliau..yer waktu tu ako temui en suami, dan ako mula lupakan die, mula tak ingat hari2 penting yang patut kami sambut, ako selalu tipu die semata mata ako taknak kecewakan en suami sebab kami dah jnji nak dating sedangkan waktu temujanji clashed dengan waktu kami melepak. Sehinggalah satu hari die mengetahui hubungan ako dan en suami. Dan ako akhirnya ako berterus terang dengan veliau..dan mula dari saat itu kami jarang keluar lepak atau jumpa sekerap dulu..kerana ako sudah bersama en suami waktu itu. 

Dia pernah cakap kat ako die tumpang gembira sebab die mampu untuk melihat ako gembira dan bahgia akhirnya dengan Mr Right yang ako tunggu2. Dia memuji en suami yang en suami adalah lelaki yang tepat untuk menjaga ako selepas dia. dan die  gembira untuk ako. Last ako jumpa die waktu ako baru balik dari date ngan en suami..waktu tu die akan bawakkan ako chocolate kegemaran ako cadbury blackforest siap ada bear dan sekeping kad (permintaan die untuk ako  baca kad tu selepas die balik) waktu untuk baca kad tiba (ako ngan galaknya bukak kad dan baca..time buat ako sedey..nanges ako baca kad tuh..sebab dalam kad tu die tulis sampai masa die lepaskan ako dan takkan ganggu ako lagi ngan en suami..dan die doakan hubungan kami,bahagia hingga akhir, die mintak ako jangan cari die lagi sebab ako sudah ada yang jaga dan die mintak ako lupakan die) ako terus amik tepon dan cuba untuk call die..dan sehingga hari nih ako tak pernah temui die lagi....


Ako penah cuba cari die kat tempat2 yang kami slalu lepak tapi die memang dah xdatang situ...dan hinggalah ako jumpa kawan kepada kawan baik die si pesot ( pesot lah citer segalanya kenapa die amik tindakkan untuk menjauhkan diri die dari ako dan dari situ ako dapat tau yang die suka kat ako..tapi dah terlambat sebab waktu itu ako sudah dimiliki oleh en suami. Betullah hukum alam..belum tentu yang rapat dan terpampang depan mata akan menjadi hak milik kita atau jodoh kita kerana Allah akan menguji hambanya untuk sesuatu yang lebih baik. Ako cuma mampu anggap dirinya seorang kawan dan juga abang memandangkan die tak pernah menyatakan hasrat yang sebenar dan kami ibarat adik beradik yang jauh dari orang tua masing2...dan walaupun ako telah tahu die menganggap hubungan sahabat kami sesuatu yang istimewa lebih dari itu, namun ako sememangnya tak mampu untuk anggap dirinya lebih dari itu kerana hati ako sepenuhnya telah menjadi milik en suami. Cuma ako terkadang akan rindukan detik kami bersama lepak beramai ramai..join shooting sana sini dan jugak tengok wayang bersama setiap kali ada cerita terbaru keluar...Tapi itu dalah kenangan dulu dan kini ako jugak menpunyai kehidupan baru yang lebih diredhai oleh Allah swt. Hubungan suami isteri yang halal dari sisi Allah..ako bersyukur.


Apa yang pernah terjadi lepas ako anggap sebagai kenagan dan jugak diari hidup yang mengajar erti sebuah persahabatan dan kasih sayang seorang teman terhadap temannya. Dan kini ako bahagia bersama en suami..

p/s : Bila ako baca balik ape yang ako karang cam dah boleh buat novel. Tapi ape yang ako nak share skang adalah perkara yang benar2 terjadi dalam rantaian kehidupan ako dulu...tiada rekaan atau tambahan bagi menyedapkan mata hati korang untuk membaca. itulah realiti dan itulah kenyataannya.. Doa ako semoga die jugak mendapat ape yang die hajati menemui seseorang yang mampu cintai die seperti mana die cintakan dirinya, insyaAllah..

Sila layan lagu nih,,,sangat2 memberi kesan yang mendalam bagi ako bila mendengarnya... Cuma dalam cerita nih ending die sangat menyedihkan jiwa raga basikal ako..sebab ia melibatkan hilangnya nyawa seseorang yang disayangi
.. 


layankan...

2 comments:

Riena Haiqal said...

dah tengok dak semalam HACKS ni.. best juga la.. hehehehe.. :)
ada yang sedih ada yang lucu dan ada yang romantik.. :)

wong meimot said...

btol tu tau xpe best kan citer die..bila tgk serasi elok je hero n heroin die somel sgt

Cuba Klik tengok apa jadi!