17 June 2012

KOSONG


kosong,

Hidupnya ditaburi kemewahan tp xmampu ubati kesunyian. Malang bg si pemilik diri mnjadi patung kayu untuk hiasan kediaman. Berbicara hanya pada patung xbernyawa sedangkn hidup telah ditakdirkan sudah memiliki kehidupan.
Benarkah jalan yang dipilih sepatutnya menjadi idaman setiap insan dimuka bumi. Jika ini yang dikatakan mewah berharta tapi miskin kebahagian kosong kehidupan, memilih untuk jadi diantara adalah lebih baik.

Kehidupan impian tak lagi menjadi idaman. Kerana ia hanya mimpi seorang diri. Mementingkan keduniaan sehingga lupa akan kewajipannya. Mengabaikan yang wajib dan terlepas pandang tentang perkara yang hanya di pandang remeh oleh masyarakat itulah manusia. Putaran hidup kian melangkah kehadapan yang mane tiada siapa yang tahu apa akan ditempuh untuk waktu kelak. Terlindungkah dia dari segalanya?! Siapa yang akan menjaganya..adakah lagi orang yang ingin mendengar ceritanya. Kerana jiwa dia sendiri sudah tidak ada pada dirinya lagi...hatinya sudah kosong dan xmampu di ubati..jiwanya kosong kerana tiada yang hendak peduli, dan dia kini hanya mengelamun di dalam alam khayalan rekaannya sendiri supaya mampu menghiburkan hati,kerana insan yang dulu menjadi peneman ibarat asing dalam hirarki kehidupannya.

Kosong segala impian, kosong segala harapan kerana die hanya bersama khayalan dia dan bayangannya semata mata. Hanya dia tiada sesiapa..kerana tiada apa yang tinggal untuk dia...hanya titisan nyawa yang dipinjamkan untuk sementara waktu yang entah bila akan dituntut balik kembali kepada Maha penciptanya.

4 comments:

Riena Haiqal said...

kosong kosong kosong.. comelnya patung Mr. Bean tu.. :)

wong meimot said...

heheh 1st toy yg en suami bagi masa kami mula2 kenal..heheheh

Riena Haiqal said...

eh eh.. masih nampak comel yer pemberian dari sang suami tu. mesti dijaga dengan baik kan.. :)

wong meimot said...

hahahaahah- betol riena pasan x comel da bagi pakai fake eyelash kat toy tu..supaya die boleh jadi mrs Bean kuang kuang kuang hahahah

Cuba Klik tengok apa jadi!