27 June 2012

Jom Forte Convoy and Dinner Part 1

Ke Melaka lah kita ek..


Ini kali pertama ako sampai A Famosa. ini gara gara terjebak ngan pujukkan en suami untuk sertai convoy ahli2 pemilik Forte. So dgn rasminya mereka mengelarkan acara ini sebagai "JOM FORTE CONVOY AND DINNER 2012" 

Part 1 : Convoy

Kami bertolak dari rumah dalam jam 7pagi, memandangkan port untuk berkumpul adalah berdekatan dengan rumah iaitu Cyberjaya so keluar lambat pun tak ape sebab dekat je pun. Dalam masa yang sama kawan en suami en Mike Chin nak follow sebab die dari Ipoh dan tak tau camne nak ke cyberjaya. 10 minit je masa di ambil untuk sampai kat Petronas Cyberjaya.

Masa ako sampai je ..wah banyak betul Forte kat bersusun rapi..comey je..yang bestnya pelbagai golongan umur dan bangsa, wah dah cam 1 Malaysia plak...ramai sume kaum sama banyak lah..ada melayu ada cina dan ada india..sume friendly dan sempoi. Sampai kat sana sementara menunggu masa bertolak kami dibenarkan untuk mendapatkan beakfast masing2 dulu..dan selepas tu kami akan di brief oleh pihak pengurusan, haruslah kan atas highway nih cam2 boleh jadi kalau ko tak memandu dengan cara yang betul dan kesudahannya membawa duka pada ahli keluarga.

Malasnya nak citer sebab ako banyak sangat amik gambar mungkin dengan gambar dapat terangkan segala tentang perjalanan kami..









Masa ni kitaorang di kehendaki mendengar dengan teliti segala yang bakal disampaikan oleh penganjur, pit stop seterusnya kat mane, kat mane akan lalu tol..nak kena potong ke tak dan bla..bla..bla..


pit stop pertama...kat mane tah lupa.. dan yang sikit tak best adalah budak jaga tol kat bangi tuh xnak bagi lalu kat touch n go sampai the whole jalan raya jadi jammed..demmit ..orang dah bayar kasi jelah lalu banyak lak songeh...siyot tol lah..tengok lansung jalan raya sesak dan orang lain banyak bunyi dan bising.




dah sampai kami trus bergambar dulu....

dan bergambar lagi sampai lah lebam


Dia adalah Raymond, dan gaya semestinya boleh tahu seorang Djs kata mereka.. korang kena jumpa tgk sendiri si Raymond ni sebab die sangat2 friendly and funny..buat ape cakap ape sume mampu buat kami gelak sememangnya die adalah seorang entertainer yang sgt bagus n we enjoyed it.


Ini Mr.Mike..ku sangka bebudak bujang upanya dah jadi apak2 orang da..siap ada anak umur 8 tahun tuh...muka sgt muda..kat en suami die tu bekas student tempat en suami keje. 


Ok saya perkenalkan lah kawan2 en suami n kawan baru saya ni dari kiri encik anakonda kot..(dengar diorg panggil camtu) pahtu kawan en suami en Milo pahtu husband shuhada, Shuhada ni kawan baru saya yang paling rapat kat sana dan ako sendiri la ...lagi mau tau ka..dan wife en Milo (ok die nih sangat comey cute dan sgt2 sweet ako suka sgt tgk die sebab die mmg sangat2 comel aduhyaiii kecik rendah je org die..


Sepanjang jalan kete kitaorang beratur elok je kat setiap perhentian


Ok dah sampai A famosa ako snap je ape sahaja yang terlintas kat lensa ni hah


Berkumpul sumenya parking lot tu kami yang conceded 


Ok sangat seksi sederet forte putih...


Ok sekarang saya dah jatuh cinta ngan baby nih, sangat comey sangat cantik budak yang baik, kelakar dan aktif nama dia Zahra..mata die cantik sangat, redup dan berkata (berair je) bukan nangis tapi mata die mmg camtu..ngan ako die cukup pemalu comey betul...dalam tengah menaip nih teringat muka die senyum malu2 gram tul dah cam Aimi anak buah ako kat gemas sangat2 comey. umur die baru 1 tahun 8bulan xsilap..

Lepas je sampai bergambar kami telah disediakan bekal tengahari iaitu nasi ayam..so makan lah kita..kenyang +penat+ngantuk+panas = SERONOK SANGAT!!!


Next entry tunggu untuk dinner lak ok..




2 comments:

Riena Haiqal said...

sangat2 ramai ye yang join juga... awak pun sangat2 cantik la.. :)

wong meimot said...

Riena- ramai jugak seluruh negeri dikatakan join dalm 80 biji keta siap ada polis escort.

hahah saya cantik? eh xdalah biasa2 saja la dear..lom ada anak sok2 ada anak xtau lagik ekekekk

Cuba Klik tengok apa jadi!