2 April 2012

# Aktiviti comel # BABY

Ini itu tak boleh so yang kat bawah je boleh

Ok sekarang ako dalam tempoh berpantang, banyak perkara yang ako tak di benarkan untuk lakukan..kalau di ikutkan doktor ako hanya boleh baring semata mata. katanya ako memerlukan rehat yang sebenar..alamak mata sampai dah xboleh lelap ok..sebab tak ngantuk kenapa doktor masih suruh rehat...owh..kata doktor badan ako yang lemah ok doc....saya akur...

Ahad malam bersamaan 1 April, karung janin yang doktor ada mention sebelum ni akan keluar dari rahim ako..malam tu die keluar, ia berbentuk selaput jernih yang ada sedikit daging dan darah..masa terasa nak keluar tu memang lah sakit, syukur jugak sebab die keluar dengan sendiri so tak perlu jalani DnC..mak aih dengar2 proses DnC tu menyakitkan menyeksakan sebab doc akan masukkan alat atau medical device untuk keluarkan sisa janin yang tertinggal pada dinding uterus. Tapi ako alhamdullillah doktor Getha cakap tak perlu sebab semalam dah g scan doktor dah sahkan janin dah keluar sepenuhnya. Cuma kesan dari janin keluar ako akan mengalami pendarahan yang banyak semula sekitar 5 hingga 10 hari, dan doktor nyatakan itu adalah perkara normal bagi kes keguguran. Ok..(takpe lah baby..tunggu mommy kat syurga nanti ok..)

Ok masuk sudah minggu dan hari berpantang..perghhh seksa siyot..Betul lah kata orang tua2 makan lah selagi mana badan kamu sihat dan gagahnya, sebab bila sakit memang banyak benda ko takkan boleh nak jamah, sentuh lagi tak dapat so ko melopong jela mandang kat hidangan tu kan..hukhukhuk... ako telah di tegah dan dilarang sama sekali oleh en suami n mak2 ako dua2 pihak supaya berpantang dan haruskan mengikut semuanya mengkut yang diarahkan seperti "TAK BOLEH!!" 

Tak boleh makan makanan yang berminyak makna kata makanan yang bergoreng adalag dilarang sama sekali. tak boleh makan buah buahan tempatan kalau ikutkan semua buah lah kot sebab memang diorang xsediakan pun hukhuk katanya xbagus, tak boleh makan sayuran berjalar kekacang terung timun kankung, sayur yang di bolehkan hanya lah sawi. ikan pun xboleh kalau yang gatal2 tuh..masalahnya ako hanya makan ikan kembong selain tu memang xda lah kan..tapi kembong pun diharamkan buat sementara waktu berpantang ni.. dahtu hanya boleh makan makanan yang di bakar. jajan2 snek2 ako semua xdi benarkan..sedih betul 

Ada gak pantang larang lain yang ako kena ikut dan buat seperti kena bawa ketip kuku sentiasa bersama dan bila nak melangkah kena baca Bismillahirohmanirrohim..dan ayatnya "bentan besi ni bentan lah ako" untuk mengelakkan pendarahan ikut adat org tua2 lah baik belah family ako mahupun famili en suami.. dahtu ako di mestikan memakai stoking setiap hari dan kali 24/7 ko pakai stoking bila nak masuk toilet jela xpakai kan kalau pakai gak memang nak lempang la kot.. rambut sanggul lah ala2 Kpop hahaah..tinggi je sanggul ako ni xbukak2 selagi xmandi hahah...cam gesha pun hado.. cam biasa lah ako di nasihatkan supaya extra care tentang ibu jari kaki supaya tak tersepak atau di sepak berkemungkinan kalau terjadi akan menyebabkan pendarahan menjadi makin teruk.  

Dan tak ketinggalan ayat kursi sentiasa diamalkan sebab keadaan ako yang tengah kotor dan semangat yang lemah ni pelbagai yang pelik ako alami, berbekalkan semangat dan pastinya percaya Allah itu sentiasa ada bersama buatkan ako  kuat.hukhuk tapi takut sebab seram...huarggghhhh.... :((..


Surah yasin ako letakkan di bawah bantal ku dan Al quran di sebelah katilku Alhamdllah menjadi pelindung bila ako dalam ketakutan. dan bila datang gangguan itu..dan sentiasa berwudhuk walau ako dalam hadas besar..


Dan antara makanan yang ako dapat jamah dalam tempoh 10 ari ni adalah seperti di bawah yer puan tuan...


Biskut kering, kunyah selagi mampu yer (x bohong tawar meleper ok xsedap)


roti bakar sapu jam ( walau dah sapu jam tetap x brape nikmat so telan je kang xda tenaga plak)


ouch...en. suami menyediakan madu tualang untuk amalan seharian katanya 3 kali sehari tapi ako makan sekali je tu pun pagi2 masa bekfast



Minuman yang di sediankan susu, tapi sume kena panaskan dulu kalau nak minum sebab xdibenarkan minum minuman sejuk (dikuatiri urat akan bengkak dan luka dalaman)


dan semestinya setiap malam sebelum tido WAJIB minum..walau ako buat2 lupa nak bancuh tertiba en suami dah siap bancuhkan..nak xnak ko telan lah susu tu walau rasa die mak aih...(konon2 perisa vanilla tapi hukhuk..telah ngn x bernafas yer)

dan selepas melaksanakan semua ini trus diarahkan ako tido balik..camtu lah ako hari2..dan hujung minggu nih ako akan bertungku dan juga mengurut dan ako akan dibawa balik ke kampung untuk follow up perubatan traditional plak..lepas tu sehat..hureyyyy..boleh kua rumah hureyyyyy...


p/s : pesan kedua dua mak ako pantang kena betul2 takut nanti jadi lain lak kat badan, bukan kesan nampak sekarang tapi akan datang, cuma lepas janin ako keluar dan pendarahan ako nih masih ada ako sering mengalami sakit kepala yang sgt lah perit..moga2 semuanya xda apa2..

2 comments:

  1. selamat berpantang.....
    rindu nk brpantang lagi, dilayan bgaikan permaisuri :)

    ReplyDelete
  2. Cinta Misteri- memang bagaikan permaisuri tapi pantang tu xle bebas memilih n bergerak uwarghhh...

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews