16 March 2012

Pakai lens dengan cara yang betul.

Salam korang kali ini ako nak share tentang sesuatu yang semestinya kaum wanita gadis remaja even kanak2 pun dah pandai ok mengayakannya. Macam mana nak guna dan pakai lens dengan cara yang betul, antara kaedah kaedah nih. ako ada share dari sebahagian kawan2 opis dan juga Mr.Google.


sebelum tu credit kan dulu gambar ako bila ber lenses...


kalau nak beli contact lens,pastikan beli yang elok,yang disarankan oleh doktor..jangan main redah aci tak aci je beli..baik beli kat kedai,lebih selamat sebab kadang-kadang beli online yang atau mana-mana sale yang kita tak tahu kualitinya bahaya jugak..xpe berbelanja lebih sedikit,janji mata ok..nak kena infection??haaa...mencegah lebih baik dari mengubati xD  ( hakikatnya ako sendiri kadang2 beli online..hahah..bukan ape sebab pertama yang online shop punya more variety dan size also the pattern sangat2 menarik minat saya untuk terbeli terpakai dan melawa dengannya) hehehehe... korang camne.


perkara paling penting la ialah kebersihan..pastikan tangan tu bersih,basuh biar cuci-cuci dulu baru boleh main dengan mata..jangan main redah je,tangan bekas main pasir ke,lepas makan sambal belacan ke..mak oii..tu namanya nak merosakkan mata..tapi basuh tu xpayahlah nak guna sabun banyak-banyak sampai satu bekas kan..xelok jugak nanti bahan kimia tu masuk juga xelok untuk mata kita.. ( dan ako selalunya mengamalkan pakai lense selepas siap makeup dan tangan betul2 di cuci rapi dan pastikan pakai sambil tgn di bawah aliran air) betul mata sgt segar dan tahan lame sebab tangan kamu bersih ok.



letakkan lens di hujung jari telunjuk dan pastikan bentuknya betul-betul macam huruf 'u'..bukak mata luas-luas baru senang nak masuk dan terus melekat pada mata..kalau ada xbetul,kelepet kat tepi tu maknanya kedudukan salah dan cuba betulkan dulu sebelum pakai..kalau korang betul-betul ikut cara yang betul,buat apa nak takut pakai kan?? ( mata ako dah cukup besar xyah celik besar2 sbb lens trus je terjah masuk sendiri melekat kat bijik mata)


betul


salah

Jangan amalkan pemakaian lens sambil tido atau pemakaian yang terlalu lame. xbagus!pedih wooo...tak pun nanti bila kering akan jatuh sendiri..tu pun kalau korang tidur bukak mata la..angin kuat-kuat pun boleh jatuhkan lens..ini pernah terjadi kat ako sendiri tau2 mata ako sebelh warna biru sebelah itam..amik ko..hahahahah pastikan lens korang tidak kering ok dan sentiasa lah bawa bersama eye moisture ok beli kat farmasi yang khas untuk lens user yer. ada murah je RM7++. Dan senang tiasa lah bawa lens case, sebab bila korang nak solat nak amik wudhuk mesti mau cuci makeup kan xkan nak hentam cuci muka skali ngan lens dalam biji mata..not good....itu akan buat mata korang irritate dari kesan pemakaian yang salah tadi..(yela masa tu korang dah sental muka pakai sabun masuk mata bertambah pedih dan akan membuatkan lapisan kornea mata akan terkoyak..selapuk die akan terhiris dengan x sengaja ok


mata akan jadi merah sebab ada kesan luka.

sebenarnya air mata tu ada 'digestive enzyme' dan keluar bila ada kuman dalam mata..dan sebab tu la air mata kita keluar sebab nak keluarkan kuman tu sekali..


bila buang lens,terus sahaja rendam dalam multi purpose solution for protein removal and moisturising at least 4 hours...bekas tu pastikan bersih dan tutup ketat-ketat..pastikan jangan guna solution yang sama untuk rendam,bila dah pakai,buang dan rendam dalam solution yang baru  dan simpan di tempat yang dingin (macam yang ako amalkan ako simpan lens ako dalam peti ais, tapi bukan bahagian beku ok..) alamak logik sikit lah haruslah kat bahagian sejuk biasa tuh.lebih selamat dan sejukkkk....

warna pink trio

lens ni ako pakai memang yang berdiamete 16mm ok tapi korang tgk jela ukuran lilit mata ako lagi besar dari lens tu..agak2 brape besar ukur lilit mata ako sebenar yer???erm...

besar kan tapi nih warna navy blue


ok yang nih warna purple..( sangat ngeri dan itulah ako hahahah cam hantu mata pun ade)


ini plak warna gray..ok x. yang ni diameter die xdalah besar cuma 14mm je


Ok lah mata original saya yer tuan2 xda warna warni pun pakai lens ni bila terasa rajin dan xnampak dan terasa over nak melawa devas vas sgt itu hari baru ako apply lens nih.

semoga dengan msg yang ako sampaikan dan telah shared kan bersama korang dapat jadi guidance untuk korang bila nak berjinak jinak dengan lens ok..cara2 tu dah ako ceritakan so baca. kalau ada cara yang lebih selamat teliti dan lebih baik dari ako mohon share yer.

p/s : perasan x ako xda lens ijau sebab ako ANTI HIJAU..bluekkkk xsuka hijau...buruk..






4 comments:

Dj Cantikk.FM said...

hai

wong meimot said...

siap hye2 lagi tuan dj fm ni..

Sam Banjamin said...

mate cantik sangat... tertawan sam...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/gila-kuasa.html

wong meimot said...

heheh tuan Sam..sebab make mmg lah cantik ..cuba x makeup xkemana pun hiahahah

Cuba Klik tengok apa jadi!