14 February 2012

Urusan Rumahtangga Adalah Tanggungjawab Suami, Bukan Isteri



Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami.






Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.


Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
Menjaga anak
Menyediakan makan-minum isteri
Mengurus segala keperluan rumahtangga
Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya


Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.


Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.


Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’


Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.


Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.


Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.


Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.






P/s : terjumpa artikel ni tersalin tercopy tershared plak so jom lah same2 beramal..

2 comments:

AzNuRuL AzMaN said...

dulu dah dengar benda ni dari sekolah rendah lagi..tugas isteri hanya bantu suami dan melayan suami..tapi sebab didikan orang melayu kita sejak dari kecik..

yg anak pompuan dididik utk pikul mcm2 t/jwb..dari celik mata sampai tdo ada je benda kena buat..prepare sarapan kemas rumah cuci baju bersihkan keliling rumah prepare lunch cuci pinggan anyam atap nipah anyam tikar angkat baju lipat baju nak prepare dinner pulak kemas2 dapur lagi (semua ni blm masuk lagi urus anak kecik dgn anak sekolah)..

tapi zaman dulu ok la majoriti lelaki mmg kerja keras keluar cari rezki cari duit..isteri blh la tlg urus rumah..zmn skrg kerja cari duit sama2..tapi kerja rumah isteri pulak buat sorang..tak semua la tapi mmg ramai kan..

wong meimot said...

huhu stuju sangat2 lah ngn statement u huhu..sekarang dah xsama macam dulu. tapi itulah lumrah kehidupan kan..

i pun keje balik keje penat mmg penat tapi nak buat camne pesan org tua2 nak masuk syurga kena berkhidmat dengan ikhlas..

alhamdllah suami seorang yang memahami..sekurang kurangnya sekali sekala die akan sediakan sarapan atau makan malam atau tolong jemur baju..hehhe bila tgk suami yg buatkan terasa lega comel pun hado..

Cuba Klik tengok apa jadi!