25 April 2011

Antara Perbezaan Insan Yang Di Cintai Dan Di Sukai



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang

Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

huhu...nak orang cinta momoy juga
bukan suka.
dear comel...hope u bahagia dengan en. tunang 4-eva =)
Japan Made Cafe a.k.a Cosplay Restaurant"

**Bila Comel Jadi Comot** said...

dear momoy cayang-huhuhu itulah susah skng mau jumpa org yg betol2 mau kita sbb diri kita kebanyakkan pandang pada kebendaan dan aset semata.

smoga momoy juga di kurniakan seorang yg patuh dan iklas mjaga momoy sampai hujung nyawa.amin..

Cuba Klik tengok apa jadi!