10 March 2011

# compliCATED

Bila hilang rasa percaya



Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan. Bila ada kepercayaan maka prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Dipercayai adalah lebih penting dari dicintai. Memang kita selalu merasa beruntungnya apabila dicintai tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis.

Tidak salah menyimpan rasa curiga, tapi janganlah hingga mengatasi rasa percaya anda. Berikan peluang kepada pasangan untuk membuktikan kejujurannya. Harus diingat, kejujuran yang sering diragui akan menyebabkan pasangan anda merasa bosan dan hilangnya harga diri. Malah lebih buruk lagi, akan terhakis rasa cinta sedikit demi sedikit. Jangan terkejut jika suatu hari nanti dia meninggalkan anda demi orang lain yang lebih mempercayai dirinya.

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews