8 January 2011

# info Weeding

Pengantin Mesti Ada Impian Pernikahan Sendiri - Zulhairry Zainal

Pengantin Mesti Ada Impian Pernikahan Sendiri - Zulhairry Zainal

Majlis pernikahan yang bakal berlangsung tidak kira dalam suasana sederhana mahupun meriah, memerlukan perancangan yang teliti agar tidak timbul sebarang masalah. Bagi memberi tip kepada bakal pengantin yang bakal melangsungkan pernikahan, Majalah Pesona Pengantin bersama-sama perancang perkahwinan, Zuhairry bin Zainal Abidin yang bertanggungjawab menguruskan segala persiapan sempena majlis bersejarah bakal pengantin yang akan berlangsung.

 Nikah di masjid ataupun di rumah?
Ketika ditanya tentang urusan A hingga Z majlis pernikahan, Zulhairry mengatakan amatlah penting sekali bakal pengantin mengetahui lokasi majlis nikah yang akan diadakan. Sama ada di masjid, rumah atau dewan. Pemilihan tempat yang sesuai akan memberi keselesaan kepada majlis pernikahan itu nanti. Hal ini berlaku kerana faktor keluasan tempat tersebut. Jika memilih untuk dilangsungkan di rumah, fikirkan tentang ruang rumah atau sudut di dalam rumah yang boleh digunakan untuk majlis akad nikah nanti. Bagi yang ingin melangsungkan pernikahan di masjid pula, bakal pengantin mesti mendapat kebenaran untuk mengadakan majlis akad nikah di masjid tersebut. Ini berikutan terdapat juga masjid yang tidak membenarkan urusan hiasan seperti membawa masuk barang hantaran atau sesi bergambar semasa majlis akad nikah berlangsung. Begitu juga jika memilih dewan sebagai majlis bersejarah ini. Faktor keluasan yang bersesuaian dengan jemputan haruslah dititik beratkan. Kebiasaannya majlis akad nikah diadakan secara sederhana dengan menjemput saudara-mara dan teman-teman rapat sahaja.
Menurut Zuhairry lagi, bakal pengantin mestilah berbincang dengan perancang majlis bagaimana keadaan tempat yang dipilih. Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis nikah di rumah yang tidak mempunyai keluasan yang selesa, ia tidak menjadi masalah jika bijak mencari
inisiatif lain. Contohnya, majlis tersebut masih boleh dilakukan dengan keadaan yang selesa dan meriah dengan membina kanopi di luar rumah menempatkan tempat akad nikah, jurugambar, dan jemputan. Ia sekali gus memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir agar dapat menyaksikan
detik-detik bersejarah pengantin lelaki bersama kadi ketika lafaz nikah.


++ Betul jugak kata kata mamat nih,buatnya tok imam xbagi amik gambar ke rakam ke masa akad nikah tu berlansung terasa rugi plak,kalau camni kena la aku cari masjid yang benarkan merakan atau gambar di snap bila mr tunang nt nak salam ngn tok kadi,xsangka baru tau ruang juga memainkan peranan,kalau ruang kecil susah lah spupu spapat nak muat,bukan apa time nih lah darah gemuruh mr tunang akan rasai bila di kelilingi orang ramai untuk mendengar lafas..heheeh..aku lak yang over terberangan la plak..heheheh


 Masa yang sesuai untuk akad nikah
Waktu atau tarikh majlis akad nikah diadakan mengikut kesesuaian pihak pengantin. Ia mungkin boleh diadakan pada waktu siang atau malam. Kebiasaaanya dilangsungkan sama ada pada waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Ia sekali gus mempengaruhi menu yang bakal dihidangkan. Zuhairry menjelaskan, bakal pengantin akan memilih menu makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Begitu juga tarikh yang dipilih, sama ada pada musim cuti
sekolah atau cuti-cuti umum bagi memastikan saudara-mara dan sahabat handai dapat menghadiri 
majlis pernikahan itu nanti.


++ hah yang ni pun perlu gak di ambil kira,kalau buat malam ok kot sikit heheh..sejuk..ngehngeh..tapi tulah terasa macam majlis kejap jer,,buat pagi2 lebih afdal rase..sebab pagi tu hari baru nak bermula..kalau aku lah



 Pelamin nikah dan pelamin sanding
Dari segi kedudukan dan susunan pula, pelamin nikah ditempatkan di tengah-tengah majlis sesuai dengan kedudukan kadi, pengantin perempuan dan jurugambar yang akan merakam detik-detik bersejarah tersebut. Zulhairry turut memberi cadangan kepada bakal pengantin lelaki untuk menyediakan meja tempat majlis akad nikah untuk memberi keselesaan selepas lafaz akad nikah. Meja tersebut akan diletakkan di tengah-tengah antara pengantin dan jurunikah. Seterusnya pengantin lelaki tidak perlulah membongkok untuk menandatangani borang nikah. Pada era moden kini, bakal pengantin lebih bijak menentukan impian perkahwinan mereka dengan menyediakan rujukan daripada majalah-majalah seperti contoh solekan, pakaian, warna, pelamin, dan sebagainya. Apabila contoh-contoh rujukan tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan, ia memudahkan urusan untuk merealisasikan impian pengantin. Kebiasaannya solekan majlis nikah lebih natural daripada majlis persandingan. Majlis pernikahan pengantin akan ditampilkan lebih ayu, manis dan sopan. Tema pula lebih kepada tema keislaman dan keagamaan.


++ kalau bab sanding ni memang lah gigil,siyes aku x tipu masih tergian lagi kat kepala ni bila kali pertama aku naik pelamin masa majlis tunang ,cuak rase jantung kat luar,bukan apa ramai orang perhatikan kita,dahtu plak..badan tangan kaki ko akan sejuk beku walaupun umah ko bukan jenis yang ada econ..masa ni juga lah macam2 perasaan ko akan lalui seram sejuk cam ada antu lak..masa cincin di sarung tangan macam kena pakison..hahah itulah aku..darah gemuruh melampau,sume aspek persiapan nih aku banyak merujuk pada majalah2 dan bertanya pengalaman kawan2..so korang pun take note la.
 Bajet perkahwinan mengikut kemampuan
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan kelengkap dengan sempurna, Zulhairry sentiasa berbincang dengan bakal pengantin tentang kos yang diperuntukkan dengan impian majlis mereka. Ia tidak tertumpu kepada kos yang mahal sahaja. Malahan turut berkongsi idea dengan pasangan yang mempunyai kos peruntukan yang sederhana. Kos sederhana boleh dihiasi meriah dan nampak eksklusif jika pandai bermain dengan dekorasi dan pemilihan warna yang tepat. Pemilihan bunga-bungaan juga mampu menaikkan seri majlis akad nikah. Bunga-bungaan boleh dihias pada pelamin akad nikah dan dalam dekorasi berbeza ia masih boleh digunakan pada majlis persandingan nanti. Pengantin perlu tahu pelamin nikah dan pelamin bersandingan haruslah berbeza dari segi reka bentuknya. Pelamin nikah juga mestilah dibuat lebih kecil daripada pelamin persandingan. Ia bertujuan memberi kelainan pada majlis persandingan nanti.


++ dari segi bajet ikutlah kemampuan ok,jangan sebab nak menunjuk ,ko bukan main melaram dan akhirnyer ko sendiri sakit jiwa sbb nak bayar modal pun xlepas,janji ko happy famili happy dan sume puas hati,nak ikut org cakap memang sampai biler2 pun xkan dapat penuhi lain lah ko tu anak kerabat sultan brunei.
 Konsep dekorasi hantaran
Konsep hantaran untuk pernikahan pula lebih tertumpu kepada rekaan moden. Yang dapat kita lihat, sudah jarang gubahan barang hantaran yang terlalu rumit seperti gubahan buah-buahan daripada sejadah, gubahan angsa daripada tuala, dan sebagainya. Pengantin lebih berminat memilih dekorasi gubahan yang memberi sentuhan kepada dulang hantaran. Contohnya sentuhan bunga-bunga segar, sangkar burung, dan aksesori yang menarik. Namun begitu, ia terpulang kepada bakal pengantin itu sendiri untuk menentukan konsep atau tema hantaran selari dengan konsep majlis. Barang hantaran pula dipilih oleh bakal pengantin dan ditunjukkan terlebih dahulu saiz barang yang akan diletakkan di atas gubahan. Ini agar ia padan dengan gubahan yang bakal digubah. Pesanan daripada Zulhairry juga, untuk barang berharga pula, tidak perlu memberi barang tersebut kepada penggubah, cukup hanya sertakan kotak sahaja atau ukurannya. Ia demi menjaga kualiti dan keselamatan barang tersebut. Ia termasuklah seperti cincin dan jam berharga. Begitu juga pada hari pernikahan berlangsung. Bakal pengantin mestilah melantik saudara-mara terdekat untuk menjaga barang hantaran agar tidak berlaku kehilangan atau rosak sementara menunggu kedatangan pengantin untuk majlis akad nikah. Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan pernikahan jarak jauh pula, individu yang akan menggubah hantaran seelok-eloknya adalah orang yang sama dengan hantaran pihak lelaki. Ia boleh memberi hasil yang sedondon atau ketepatan tema yang tidak terlalu jauh beza. Yang penting ialah kekemasan hantaran tersebut. Hal ini berlaku kerana, hantaran yang dibawa dari jarak jauh mungkin akan rosak. Perancangan yang teliti ini, boleh mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.



++ hah yang bab nih aku lebih suka buat sendiri,bukan apa puas hati..lagi lagi dapat jugak tunjuk bakat kat masyarakat kemahiran seni jari jemari runcing panjang ku.hahahah..suka suka suka..dan kalau boleh biarlah ikut tema dan konsep majlis ko..jangan lak ko nt letak perhiasan yang melampau sampai sarat ko punya hantaran dan membuatkan tetamu yang datang tertanya2 " benda apa dalam dulang tu??" heheheh..


Ok lah aku harap info yang aku perolehi nih dapat aku kongsi bersama rakan blogger yang bakal mengakhiri zaman bujang termasuklah aku ok..heheheh..Apa?bila aku punya..hahah tunggu lah xkan nak kepoh lak..kang xjadi seperti di rancang susah lak nanti.



2 comments:

  1. Hyee! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
    Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011! :)

    Psst : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

    ReplyDelete
  2. uiks sejak biley taylor swift kawen nih..ngehngehngeh ok2 i pollo u back

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews