Hah semalam tengok badminton live on TV jerw..bukan apa masa team malaysia lawan jepun aku g tgk live ngan bubu..tapi hampa sangat ..rugi jer tiket..tapi semalam tgk kat tv..hati memang debar2 sangat..ngeri takut sume ada cam tengok citer ngeri ko..tengok citer tapi mata tutup pakai jari..nmpak scene di celah celah jari jer..hahahah boleh ker??
Bukan apa..sebab opened tu dah makan lama makin agresif..huhu ada harapan ke nak menang ni??pe2pun aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab mendengar doa bubu..ekekekekek..semalam kami bersorak menjerit kegembiraan bila menyaksikan aksi lincah regu mans double yang menunjukkan prestasi permainan yang tidak menghampakan..xkisahlah walau tewas sekurang kurangnya berlawan kan..
Untuk hafiz lak..tahniah jugak..walaupun ko men lembut ala2 itik pulang petang...tapi ko dah berjaya jadi hero malam tadi...salute dari aku untuk peminat tegar sukan badminton..
Sedikit petikan dari akhbar tentang...semalam bila hafiz memecahkan sorakan dewan bial muncul sebagai watak hero yang mula menganas..
KUALA LUMPUR – Muhammad Hafiz Hashim mengakui semakin selesa memegang watak sebagai pemain penentu selepas menghadiahkan mata kemenangan yang membawa Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas, semalam.
Juara All England 2003 itu menumpaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 untuk membantu Malaysia menundukkan Denmark 3-2, sekali gus menghidupkan kembali harapan kita untuk menamatkan kemarau 18 tahun.
Hafiz pernah memainkan peranan serupa ketika membawa Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Thomas 2002 di China, apabila menundukkan Bao Chunlai di depan penyokongnya sendiri dan menumpaskan tuan rumah 3-1.
“Saya selesa berada pada kedudukan sekarang, menjadi perseorangan ketiga dan turun dalam perlawanan penentuan. Jika menang, ia akan memberi kepuasan tidak terhingga.
“Saya sedar, risikonya juga buruk andai saya gagal memenangi perlawanan seperti yang berlaku ketika kami kalah kepada Jepun kelmarin, namun saya tidak kisah pada saya kedudukan itu tetap sesuatu yang mencabar untuk saya penuhi,” ujar Hafiz.
Kemenangan Hafiz, 28, semalam juga kembali memulihkan imejnya di mata peminat badminton tanah air selepas selama ini tidak diberi kepercayaan gara-gara prestasi hambar di peringkat antarabangsa.
Selain diberi tepukan gemuruh oleh 8,000 penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil, tepukan paling gemuruh pernah diterima oleh pemain tinggi lampai itu sejak bergelar pemain badminton, dia juga menerima panggil istimewa daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejurus tamat perlawanan.
Kata Hafiz, dia tidak memikirkan tentang memulihkan reputasi peribadi ketika turun ke gelanggang, sebaliknya turun dengan harapan untuk memulihkan reputasi pasukan yang tercalar ekoran kekalahan 2-3 kepada Jepun pada peringkat kumpulan.
“Saya puas kerana dapat memulihkan kembali imej pasukan negara yang sedikit tercalar selepas kekalahan kepada Jepun, ia memberi kepuasan tidak terhingga.
“Namun, pujian juga harus diberikan kepada rakan-rakan saya.
‘‘Bukan Saja (Datuk Lee) Chong Wei atau (Koo) Kien Keat-(Tan) Boon Heong, tetapi juga (Wong) Choong Hann dan Zakry (Latif)-(Hoon) Thien How yang telah memberikan satu permainan terpuji,” ujarnya.
Ketika diminta mengulas siapakah lawan yang lebih digemari untuk bertemu apabila menentang China pada separuh akhir, esok, iaitu sama ada Bao Chunlai atau Chen Long, Hafiz berkata, dia tidak kisah untuk bertemu mana-mana daripada mereka.