26 October 2010

Pantang Larang Dalam status "BERTUNANG"


korang sudah bertemu pasangan yang serasi dengan korang?atau dh melayari alam perkahwinan?he3 nak kongsi la ape yang aku baca ni mana tahu leh buat panduan tuk aku & member2 yang lain kan..pe yang aku baca ni pasal pantang larang bakal pengantin.bab kawen2 ni mmg aku suka dgr.eh..crita pasal kawen lak ek.mcm kita lak yang nak kawen huhu..layan jer la…

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.ape tu orang panggil..''Darah Manis''…x gitu?Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.

Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.(aku tergolong dalam golongan yang tak mengikuti pantang larang ni he3)

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika korang merasakan ia bersesuaian, mungkin korang bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.(bukan semua yer leh pakai kan..ikut logik akal la ek)

· Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.(ha…yang ni no komen.x jumpa 40hari?try dulu ler...huhu)..xjumpa sehari pun boleh sasau..huhuhu...

· Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga. (he3 klu g umah org x yah tido..klu x sempat nak blik g la sewa otel x pon g la tumpang tido kat mesjid)

· Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. 
( mcm mana ni ek..sedangkan kerja aku kadang sampai kena standby memalam.. )

· Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.(kalau mmg dh buncit macam mana lak..huhu)..nampak gaya pahni senaman situp la memalam..

· Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.(emm..yang ni sek bek aku mmg xle blah mmg xsuka n xmakan) 

· Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.(sihir?emmm zaman sekarang pon org main sihir2 ek??aku lah xkira tempat asal jumpa cermin nak menilik jer)

· Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.(tandas banyak..x da alasan nak buang benda itu semua kat tempat mcm tu he3)

· Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.(kalau camni lepas aku men badminton xdapat lah mandi ek..bussuuukkkk xle xle kena mandi gak nih)

· Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat). (xda masalah aku mmg suka diet)

· Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.(ni no komen sbb aku bkn lelaki..he3)

· Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.(tu la makanan kegemaran aku…)

· Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.(urut?hehehe..)

· Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (eee…aku x suka mkn telo ayam kampung)

· Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. (ni aku selalu amalkan he3)

· Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai. (ni kena taya mak aku la cara nak pikat suami he3)

· Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. (hari2 aku x cukup tido…)

· Elakkan minum minuman keras dan merokok. (mmg aku tak buat benda ni..bakal suami aku bukan perokok pun)

· Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.(aku berjemur lame2 xda masalah pun pada kulit )

· Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (amalan yang selalu dibuat)

· Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. (aku kuat makan..macam mana nak control ni)

· Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). (ok…aku simpan dalam peti besi)

· Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat. (yang ni boleh ikut sbb x elok anak dara kuar mlm kan he3)
· Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama. (ni kes teruk…dah nikah x leh bersama..seksa kat pasangan ni..elak lah nikah gantung ek .hehehe)

· Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. ( nama pun raja mana leh buat keje he3)

· Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. (kena tidur kat lantai la nampak yer…)

· Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung. (xda buat pun ..panas terik je masa adik aku nikah ritu...no komen..)

· Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.(nampak yer x berbedak la aku..)

· Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. (kalau dah kat atas pelamin bisu seribu bahasa la…he3) 

· Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.(ha..yang ini aku suka sangat&selalu dgr…dulu kecik2 mak aku larang makan leher ayam sbb benda ni la..tp sekarang nak mkn pon mak x nampak he3)
Haiii….larat ke kalau aku nak ikut semua pantang larang ni…banyak btol pantang larang yer…..alahaiiiii…… yang nak bertunang @ yang baru bertunang....Selamat Bertunang....n yang baru @ akan berkawen tuSelamat Pengantin Baru @ yang dh lama berkawen Selamat Pengantin Lama la yer..hahahaha...n yang x kawen2 lagi sabo je la ek...

3 comments:

~ ReD ~ said...

mana yg logik tu boleh la ikut rasanya...:)

tapi kena 2-2 belah pihak la faham kalau nak ikut pntang larang ni.

40 hari x jmpa b4 nikah, kena pulak si lelaki/perempuan jenis x leh berenggang, selagi celik mata la nak berdua.hehe:P


Buang Toksin Dari Badan Dengan Detox Foot Pad

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jaga la semua pantang larang tue...
hehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

susah betol sangat2 tertekan ketika ini

Cuba Klik tengok apa jadi!