30 October 2010

Aku wanita itu...



kadang2 aku xpaham halangan bagi seseorang wanita,,di mana terlalu banyak cabaran yang harus die pikul..ini dari sudut pandangan mata hati aku lah..LELAKI sampai bila bila pun takkan memahami WANITA..kenapa???

Salah ke bagi aku seorang wanita untuk jadi apa yang diri kemahui..???kenapa ada sahaja perkara yang menghalang..kenapa apa yang di kehendaki amat sukar untuk di perolehi..kenapa semua perlu di atur..apa ??akukelihatan seperti tak mampu berdikari..??silap pandangan lelaki terhadap aku..

Sesungguhnya pada aku lelaki memang sukar untuk memahami hati wanita,bila masa wanita itu menangis dalam hatinya takkan ada yang tahu melainkan dirinya sendiri..
Saat wanita itu gembira terlalu indah untuk dinyatakan sehingga keliling akan bertanya "something wrong with that girl"
Bila kala dirinya bermasalah mengharap seseorang untuk hadir memberikan bantuan tanpa balasan..wanita takkan meminta melainkan ditawarkan baginya sebuah bantuan yang ikhlas .
Wanita mula untuk jadi yang tercantik di saat lelaki idamanya mula hadir membenihkan rasa cinta dalam dirinya..tetapi lelaki takkan pernah memahami akan rase yang wanita itu rasai..
Wanita takkan sanggup untuk dibandingkan oleh wanita lain akan tahap fizikal mentalnya bila mana lelaki hanya tahu untuk meminta yang sempuna baginya.
Wanita takkan meluahkan hasrat rasa benci dan dendam walau hati telah mula di sakiti..bagi wanita berdiam diri adalah perkara yang lebih baik bagi memendam rasa hati yang terguris.
Satu kebanggan bagi seorang wanita bila dia dijadikan pujaan bagi kekasih hatinya..
dan wanita akan setia kepada kekasih hatinya bila mana ia tidak akn pernah berpaling pada lelaki lain walau sehebat mana tahap lelaki lain berbanding kekasih hatinya..Tapi LELAKI tidak pernah mengerti.
Wanita di kata kuat CEMBURU tetapi sama juga bagi sesetengah lelaki yang bersikap sama seperti wanita..kata mereka..LELAKI tidak CEMBURU! benar kah??!!
Tipu!!LELAKI juga CEMBURU cuma mereka tidak mahu mengaku..dikata LELAKI kaya dengan sikap EGO

Bagi aku..aku adalah diri aku yang xkan mampu menjadi orang lain untuk mengaburi pandangan mata masyarakat.Kekurangan pada diri aku??aku sedaya upaya akan aku usahakan menjadi yang terbaik..
Mereka dan sesiapa pun tak layak untuk menilai aku dan diri aku..perasaan aku pemikiran aku gaya aku cara aku..kerana mereka tidak mengenali siapa aku yang sebenarnya.Pasrah pada kekurangan tapi tidak mudah mengalah kerana setiap kekurangan dan pemasalahnya tetap dan masih akan ada cara dan jalan..Bagi aku pantang bagi aku bila di perbandingkan dengan yang lain..bukan aku sahaja..mana2 wanita dalam dunia ni turut sama seperti aku..tak percaya..hanya wanita yang tahu..LELAKI takkan faham..sampai bila bila pun LELAKI takkan faham..

Aku sedia menerima apa sahaja teguran tapi bukan arahan seperti seorang slave...aku sedia lakukan perubahan jika itu adalah kebaikan untuk aku dan aku sedia untuk berubah jika itu akan membahagiakan mana2 pihak..

Sentap aku bila dengar soundtrack Lagenda Budak Setan..kerana lelaki seperti itu takkan pernah wujud lagi di dunia ini.kenapa perlu aku katakan demikian??kerana Khayalan bagi seorang Wanita untuk memiliki seorang Lelaki berhati tulus mencintai wanita itu tanpa mengira asal usul dan rupa paras..menerima seadanya dan cinta hingga mati...Bagi aku cerita dan lagu ini banyak memberikan kesan mendalam hati aku sebagai seorang wanita,,,.

Dan selepas ini banyak perkara lagi akan dilalui dalam hidup dan itu juga perlu untuk mempersiapkan diri supaya lebih cekal hadapi apa sahaja rintangan dalam hidup.


P/S----Aku bersyukur dikurniakan satu cinta hati aku yang aku anggap seperti nyawa aku sendiri..membawa janji cinta sampai mati buat dirinya..





2 comments:

Said Saiful Fazli said...

singgah jap..
nnti singgah kt blog sy lak...
btw, nice blog~

**Bila Comel Jadi Comot** said...

thaz said-i visit urs soon

Cuba Klik tengok apa jadi!