10 August 2010

PUASA/FADHILAT/NIAT/DOA aka RAMADHAN

wah diam xdiam esok dah pose kan...So bagi aku lah bersyukur sebab masih hidup dan bernyawa di atas muka bumi Allah ini dan juga masih dapat mengerjakan ibadat puasa untuk tahun ini.. Persiapan dan promosi raya semakin hebat dalam media2 masa. Semua pasti berlumba2 untuk merebut peluang menjengah produk musim ini.


Tahun ini juga aku dengan secara bangga dan gigihnya akan berusaha siapkan biskut2 kegemaran aku...walau xbanyak asal ada..dan  paling penting bukan aku dengan gigih nya jugak akan berdiet..konon2 lah...untuk menampilkan penampilan menarik untuk hari raya nanti ekekekekek.....


Bagus puasa ni tau..antara yang telah aku google dlm tenet sepanjang pencarian makna sebenar ibadat puasa ini adalah...


antaranya...Jom kita hayati fadhilat dan kelebihannya...





Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”
Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.
Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab ‘orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.

Malam keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas

Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas

Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas

Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas

Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh

Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua

Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.
Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh

Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh

Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.








LAFAZ NIAT PUASA
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa
LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala
DOA BERBUKA PUASA
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin


Selamat menyambut bulan Ramadhan! :)

  • Keutamaan Ramadhan

    Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

    Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

    1. Pintu Langit dibuka
    2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
    Fadhilat yang lain-lain

    1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
    2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
    3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
    4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
    5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
    6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.




    p/s : Aku mengharapkan sesuatu yang xkan sesiapa tau apa sebenarnya yang aku cari selama ini menjadi keyataan...harapan itu adalah aku...insyallah....


    sama2 kita mengerjakan dengan penuh kesabaran dan tertib insyallah segala amalan kita di terima Dia..yang MAHA PENGASIH...amin..

4 comments:

diraja22 said...

sama2 lah kita mengimarahkan bulan ramadhan dengan amalan..

comel datang sini said...

diraja22-sama2 kita beramal

eynda said...

Selamat menjalani ibadah puasa...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

eyenda- sama2 kita jalani dgn penuh sabar

Cuba Klik tengok apa jadi!