7 July 2010

Anak Ronaldo bernilai RM730.3 juta

MADRID - Anak lelaki bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo (gambar) yang baru lahir kini bernilai £150 juta (RM730.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi berkenaan merupakan satu-satunya pewaris kekayaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu.

Ronaldo yang bermain untuk kelab Sepanyol, Real Madrid, dipercayai membayar sejumlah wang kepada seorang ibu tumpang warga Amerika Syarikat (AS) untuk mengandungkan anaknya.

Mengulas mengenai kelahiran tersebut, saudara perempuan Ronaldo, Katia berkata, pemain bola sepak itu amat gembira selepas kali pertama bertemu dengan bayi seberat 4.2 kilogram berusia tiga minggu, pada dua minggu lalu.

Sebelum ini, beberapa pakar kewangan menganggarkan pemain bola sepak berkenaan bakal mengumpul pendapatan berjumlah £150 juta menjelang penghujung kerjayanya.

"Bayi itu amat bertuah. Jika anda melihat secara keseluruhan, Ronaldo akan memperoleh gaji lebih £100 juta (RM487.5 juta) hanya melalui kontrak enam tahun dengan Real Madrid," kata satu sumber.

"Pendapatan tersebut tidak termasuk perolehan komersial daripada penajaan," tambahnya.

Sementara itu, teman wanita terbaru bintang bola sepak berkenaan, Irina Shayk, 24, dilapor kecewa kerana dia tidak diberitahu oleh Ronaldo mengenai rancangannya untuk mendapatkan anak. - Agensi

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xder idup keluarga la rase nye...
;)

comelhartiniazhar said...

erm itulh pasal apa salhnya die nikh kn erm..dunia2

Cuba Klik tengok apa jadi!