12 May 2010

# info semasa

Hafiz pegang watak penentu

Hah semalam tengok badminton live on TV jerw..bukan apa masa team malaysia lawan jepun aku g tgk live ngan bubu..tapi hampa sangat ..rugi jer tiket..tapi semalam tgk kat tv..hati memang debar2 sangat..ngeri takut sume ada cam tengok citer ngeri ko..tengok citer tapi mata tutup pakai jari..nmpak scene di celah celah jari jer..hahahah boleh ker??
Bukan apa..sebab opened tu dah makan lama makin agresif..huhu ada harapan ke nak menang ni??pe2pun aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab mendengar doa bubu..ekekekekek..semalam kami bersorak menjerit kegembiraan bila menyaksikan aksi lincah regu mans double yang menunjukkan prestasi permainan yang tidak menghampakan..xkisahlah walau tewas sekurang kurangnya berlawan  kan..
Untuk hafiz lak..tahniah jugak..walaupun ko men lembut ala2 itik pulang petang...tapi ko dah berjaya jadi hero malam tadi...salute dari aku untuk peminat tegar sukan badminton..
Sedikit petikan dari akhbar tentang...semalam bila hafiz memecahkan sorakan dewan bial muncul sebagai watak hero yang mula menganas..

KUALA LUMPUR – Muhammad Hafiz Hashim mengakui semakin selesa memegang watak sebagai pemain penentu selepas menghadiahkan mata kemenangan yang membawa Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas, semalam.

Juara All England 2003 itu menumpaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 untuk membantu Malaysia menundukkan Denmark 3-2, sekali gus menghidupkan kembali harapan kita untuk menamatkan kemarau 18 tahun.

Hafiz pernah memainkan peranan serupa ketika membawa Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Thomas 2002 di China, apabila menundukkan Bao Chunlai di depan penyokongnya sendiri dan menumpaskan tuan rumah 3-1.

“Saya selesa berada pada kedudukan sekarang, menjadi perseorangan ketiga dan turun dalam perlawanan penentuan. Jika menang, ia akan memberi kepuasan tidak terhingga.

“Saya sedar, risikonya juga buruk andai saya gagal memenangi perlawanan seperti yang berlaku ketika kami kalah kepada Jepun kelmarin, namun saya tidak kisah pada saya kedudukan itu tetap sesuatu yang mencabar untuk saya penuhi,” ujar Hafiz.

Kemenangan Hafiz, 28, semalam juga kembali memulihkan imejnya di mata peminat badminton tanah air selepas selama ini tidak diberi kepercayaan gara-gara prestasi hambar di peringkat antarabangsa.

Selain diberi tepukan gemuruh oleh 8,000 penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil, tepukan paling gemuruh pernah diterima oleh pemain tinggi lampai itu sejak bergelar pemain badminton, dia juga menerima panggil istimewa daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejurus tamat perlawanan.

Kata Hafiz, dia tidak memikirkan tentang memulihkan reputasi peribadi ketika turun ke gelanggang, sebaliknya turun dengan harapan untuk memulihkan reputasi pasukan yang tercalar ekoran kekalahan 2-3 kepada Jepun pada peringkat kumpulan.

“Saya puas kerana dapat memulihkan kembali imej pasukan negara yang sedikit tercalar selepas kekalahan kepada Jepun, ia memberi kepuasan tidak terhingga.

“Namun, pujian juga harus diberikan kepada rakan-rakan saya.

‘‘Bukan Saja (Datuk Lee) Chong Wei atau (Koo) Kien Keat-(Tan) Boon Heong, tetapi juga (Wong) Choong Hann dan Zakry (Latif)-(Hoon) Thien How yang telah memberikan satu permainan terpuji,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas siapakah lawan yang lebih digemari untuk bertemu apabila menentang China pada separuh akhir, esok, iaitu sama ada Bao Chunlai atau Chen Long, Hafiz berkata, dia tidak kisah untuk bertemu mana-mana daripada mereka.

12 comments:

  1. Tahniah buat team Malaysia kerana berjaya ke separuh akhir dan akan bertemu team china...terlebih dahulu saya memohon maaf cakap...lepas ni team malaysia rasanya bungkus..hanya satu yang saya tunggu2 perlawanan antara Lee CW dgn Lin Dan...walaupun malaysia saya rasa akan kalah kepada china tapi kalau Lee CW menang keatas Lin Dan saya rasa rakyat malaysia dah cukup puashati walaupun kita gagal ke final.

    ReplyDelete
  2. huhu..
    bleh wat sakit jantung tgk m'sia men semlm..ekeke

    wong chun han sepatutnye bleh menang dah.. tapi xde luck plak..adeii..

    klu sampai ke game hafiz..erm..
    bukan men cam itik dah..men cam menari poco2 je..ekeke :D

    pepun.. sib baik menang..huhu

    ReplyDelete
  3. tanpa nama-ramai yang berikan komen yang sama spt tuan pe2pun kita tggu tgk..
    betol sume penyokong beria nak tgk dato LCW je main ekekeek yang lain..huhhuhu

    ReplyDelete
  4. amrix-seram sejuk je kan tgk dorg berlawan ..sik baik leh menang alhamdllah

    mintak2 la keajaiban bakal berlaku

    ReplyDelete
  5. saya juga peminat tegar badminton..mmg kencang gandingan double malaysia..

    ReplyDelete
  6. lady ell-itulah kekdahnya pembaharuan xsangka gandingan baru di saat akhir mencorakkan kualiti mutu permainan yg luar biasa

    ReplyDelete
  7. Memang ramai yang menantikan perlawanan Lee CW dgn Lin Dan bukan saja peminat di Malaysia malah peminat badminton di seluruh dunia menantikan perlawanan ini....dari segi fizikal dan mental kedua2nya berada dalam keadaan cergas/fit
    dapatkah juara olimpik mengalahkan pemain no 1 dunia sekarang dan siapakah yang akan memenangi perlawanan ini????...susah hendak diperkata siap yang menang.

    ReplyDelete
  8. tanpa nama-itulah bukan mudah untuk memutuskan siapa yang bakal bergelar juara diantara keduanya...bagi saya hanya mendoakan yg terbaik buat dato LCW.dapat tumpaskan mereka skali apa salahnya..xda hal lah boleh buat punya..

    mintak2 lah dorg dapat masuk final..bukan apa untuk menaikkan kembali martabat serta maruah negara tuan rumah seperti di zaman kegemilangan satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  9. Kemungkinan Besar Barisan Pemain Malaysia seperti berikut :-

    1. Lee Chong Wei vs Lin Dan
    2. KKK/TBH vs Cai Yun/Fu Haifeng
    3. Hafiz Hashim vs Chen Jin
    4. Zakry/Thien How vs Xu/Zhendong
    5. Tan Chun Seang vs Bao Chunlai

    Pemenang jangkaan saya :-

    1. Lin Dan (China)
    2. KKK/TBH (Mas)
    3. Chen Jin (China)
    4. Zakry/Thien How (Mas)
    5. Bao Chunlai (China)

    Keputusan

    China 3 Malaysia 2

    tapi kalau Lee Cw menang keputusan sebaliknya

    ReplyDelete
  10. tanpa nama- insyallah kita mengharapkan mesia boleh bit china..mintak2 lah boleh..

    jika kau fikirkan kau boleh ,kau yakin boleh melakukan,jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan!!!!

    KAU BOLEH!!!
    MALAYSIA BOLEH!!!

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Popular

Total Pageviews