13 May 2010

Choong Hann tidak rela kecewa lagi

Sedikit ulasan dari berita yang boleh di percayai...


Wong Choong Hann tidak rela kecewa lagi dan bertekad untuk mencari mata penting apabila menentang China pada separuh akhir, hari ini.

KUALA LUMPUR - Selepas dua kali gagal memberikan mata kemenangan buat Malaysia, Wong Choong Hann tidak rela kecewa lagi dan bertekad untuk mencari mata penting apabila menentang China pada separuh akhir hari ini.

Meskipun lawan yang bakal ditemui, Chen Jin memiliki rekod menakjubkan ke atasnya, 6-2, namun Choong Hann yakin pemain yang sembilan tahun lebih muda daripadanya itu mampu dijinakkan kerana dia pernah melakukannya kali terakhir mereka bertemu di Terbuka Macau, Ogos lalu.

Malah, kata pemain veteran berusia 33 tahun itu lagi, Piala Thomas kali ini mungkin yang terakhir buatnya, justeru dia tidak mahu mensia-siakan peluang untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara.

"Saya kecewa kerana masih belum menyumbangkan apa-apa mata untuk Malaysia dalam dua perlawanan pertama ini, namun gembira kerana menunjukkan peningkatan permainan dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Selepas pertemuan dengan (Jan O) Jorgensen semalam, saya semakin selesa daripada segi permainan dan mental. Saya sudah mendapat rentak cuma kurang bernasib baik ketika itu.

"Saya percaya, momentum yang baik itu dapat diteruskan dalam pertemuan menentang Chen Jin. Memang dia memiliki rekod baik ke atas saya, tetapi saya mengalahkannya dalam permainan tiga set di Terbuka Macau, jadi dia sebenarnya boleh dikalahkan," ujar Choong Hann.

Choong Hann dua kali berada pada kedudukan untuk memberi mata kemenangan kepada Malaysia, selepas Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meletakkan pasukan negara mendahului 2-0.

Peluang pertama hadir ketika Malaysia menentang Jepun dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.

Choong Hann bagaimanapun kalah mengejut 17-21, 18-21 kepada Sho Sasaki, sekali gus menyumbang kepada kekalahan 2-3 pasukan negara.

Pada suku akhir dengan Denmark, Malaysia juga mendahului 2-0 dan hanya memerlukan satu mata daripada Choong Hann untuk mengesahkan tiket separuh akhir, malangnya pemain veteran itu sekali lagi gagal melaksanakan tanggungjawab, apabila kalah 20-22, 21-16, 18-21 di tangan Jorgensen.

 








Selain amat bermotivasi untuk menjadi penyumbang mata kemenangan, Choong Hann juga mengharapkan kariernya pada Piala Thomas ditutup dengan kejayaan membanggakan.

Selepas gagal membantu Malaysia merampas kejuaraan dalam enam percubaan terdahulu, dia berharap percubaan ketujuh dan terakhir ini akan memberikan gelaran.


p/s: adakah korang yakin chun han boleh beat chen jin? apa apa pun line up ari ni,den harap semua player buat yang terbaik,mmg rekod pertemuan memihak dengan chen jin,dan rekot temasya chon han belum pernah menang..peluang sentiasa ada.den ghaso malam ni,(semangat juang tinggi,dan sedikit luck ) mampu untuk ke final

4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

Malaysai leh lepas ke China ari nie???
mahu bertaruh keputusan???
hehehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

heheh boleh ..kita betting LCW n LinDAN nak x..kalau LCW menng meniti kena blanja comel

Anonymous said...

Salam cik comel
Lee CW sudah jadi lauk kat Lin Dan...ternyata Lin Dan yang terbaik...siap menari breakdance lagi :))

comel said...

hahahah tulah bukan lawan die dah tu..

Cuba Klik tengok apa jadi!