20 April 2010

Project Alpha Musim Ke 2 Lebih Popular


Project Alpha kembali lagi. Ingat lagi tak dengan program realiti yang menampilkan penulis blog popular ni?
Bloopers oh bloopers! Fouziah Gous pun nak promote jugak tapi…
 dengar2, Project Alpha musim ke-2 ini lagi hebat sebab semua penulis blog yang tampil untuk edisi kali ini lebih mantap, lebih glamor dan lebih gah! Mmm… betul ke? Apa taknya,  tengok senarai blogger yang terlibat… Pergh! Semuanya adalah selebriti ternama termasuklah Azwan Ali!
Okay, jom kita tonton trailer ni dulu:
Kalau nak tahu senarai penuh, siapakah penulis blog yang bertuah untuk musim ini, kenalah tonton Project Alpha musim ke-2.
Project Alpha disiarkan secara langsung secara talian setiap hari selama 4 minit sahaja.
Okay, kat sini, list, macamana nak tonton Project Alpha. Ada banyak cara untuk tonton Project Alpha, antaranya:
Nak lebih puas lagi, Project Alpha akan disiarkan setiap minggu untuk 30 minit di Astro Hitz.tv. Di mana layarnya lebih besar dan kapasiti penontonnya juga pastinya meluas. Pasti rating akan naik punya!
Ini dia wajah-wajah blogger Project Alpha musim ke-2.
Selepas musim ke-2 bersiaran, pasti akan ada Project Alpha musim ke-3. Jadi, kepada korang yang bergelar blogger, bolehlah menyertai ujibakat dengan menghantar video sample audition di : www.projectalpha.ruumz.com/groups. Manalah tahu, kali ini, anda pula yang akan jadi popular dengan penangan Project Alpha!
Sebenarnya, pada hari ini, video Project Alpha musim baru telah pun boleh diikuti dengan rakaman Reunion Project Alpha musim pertama yang telah terbang ke Kuching. Jom tonton yang ni dulu ya.

Jutaan terima kasih kepada MAS dan Hotel 360 kerana menjadi  penaja 3 hari 2 malam di sana.
Syarikat penerbangan rasmi Malaysia Airlines dan Hotel 360, Project Alpha musim kedua juga mendapat sokongan daripada Adidas Action 3, naungan jalur lebar rasmi p1 W1MAX, mikrosit social rasmi Ruumz.com, portal talian rasmi thedailychilli.com, pendandan rambut dan persolekan rasmi A Cut Above, kosmetik rasmi Rimmel London, dan Millennium Hotel di Mayfair, London, UK.
Xia Xue, blogger paling famous.
Azwan Ali
waktu ini blog sebagai satu media untuk menyampaikan info dan pendapat. Jadi, tak secara langsung dapat menarik banyak syarikat untuk menaja blog dengan mengiklankan produk mereka.
Lagi pun, sfera blog kini dah jadi kegemaran orang Malaysia untuk menceritakan gaya hidup mereka yang pelbagai rencah dan asam garam.
Majlis Pelancaran Project Alpha 2
 Majlis Pelancaran Project Alpha 2 yang telah diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada 7 April 2010 lalu. Memang happening kali ini sebab ramai sekali media yang datang.

Tiga orang penting dalam menjayakan Project Alpha telah hadir untuk berucap. Antaranya, Mr. Sam Wong dari StarAsia Malaysia Sdn Bhd wakil dari Adidas Active 3, Encik Mohamad Idham Bin Nawawi dari Packet One Networks Sdn Bhd, Timothy Tiah dari Nuffnang dan Ms Tan Wai Fong dari Malaysia Airlines.
Mr. Sam Wong dari StarAsia Malaysia Sdn Bhd
Ms Tan Wai Fong dari Malaysia Airlines
Encik Mohamad Idham Bin Nawawi dari Packet One Networks Sdn Bhd
Budiey suka memetik ucapan dari Encik Idham yang menyatakan sokongan kepada media sosial kerana P1 memahami untuk turut sama-sama dengan media sosial dalam menyampaikan info kepada pelanggan P1 dengan lebih berkesan.
Lagi pun, pendapat dan pandangan yang diutarakan dalam media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter mempunyai pengaruh yang besar dalam kuasa beli pengguna. Memang benar, pada masa sekarang ini, media sosial mempunyai cukup momentum dalam melahirkan impak segera dan berterus terang dalam kehidupan seharian kita.
Yang menariknya, kali ini Project Alpha meluaskan lagi lokasi pengambaran di lokasi yang lebih meluas iaitu di Ipoh Perak, Kuching Sarawak dan paling jauh setakat ini iaitu London.
Boss Nuffnang, Timothy pun turut hadir di majlis sidang media.
Di London krew produksi telah mengembara di beberapa tempat yang terkenal termasuk Mayfair, Trafalgar Square, Chelsea Football Stadium, Big Ben dan London Eye. Salah satu episod akan menyiarkan pengacara Jojo Struys menemuramah salah satu pemblog Asia terkemuka iaitu Xiaxue bersama dengan wartawan, artis serta peminat media sosial terkenal Malaysia, Niki Cheong.
Untuk musim ke-2 ini, seramai 7 orang penulis blog terkemuka ditampilkan iaitu duta jenama Adidas – Ninie Ahmad, selebriti tempatan Azwan Ali, wartawan & artis terkemuka Niki Cheong, pemblog makanan KY Teoh, Gareth Davies @ Shaolin Tiger yang lahir di Britain tetapi telah terbiasa dengan budaya Malaysia, pengikut fesyen Ringo Tan @ Cheesie dan wartawan serba boleh dalam Joe Lee @ Klubbkidd. Pemblog Singapura terkemuka, Xiaxue yang buat kemunculan khas di majlis ini.
Pada 7 April belah malamnya diadakan majlis perjumpaan kesemua penulis blog Project Alpha musim ke2 dengan rakan blogger yang lain. Di acara santai-santai itu juga blogger nampak happy kerana dapat bersua muka dan bergambar. Bukan itu sahaja, selepas makan-makan, jemputan dapat menonton filem Kick Ass. Memang best & lucu filem tu.
Ini dia gambar yang sempat Budiey ambil…
Blogger popular bersama penaja serta penganjur Project Alpha Season 2
Tu dia posing tak ingat dunia!
Selepas dilancarkan ada sidang media.
Host Emcee of the day!
tuan blog yang bertuah bersama blogger Project Alpha Season 2
Ada disediakan juga… booth Rimmel untuk menata rias.
Ada makan-makan lagi. Memanglah best!
tuan blog bersama hos Project Alpha… Jojo Struys! Dia ni memang happy go lucky!
Tenyeh jangan tak tenyeh.


p/s : siyess aku teringin bangat jadik cam dorang nih glamer bangat seyh... 

4 comments:

kanip mito san said...

terlibat sekali ke dalam projek ni???

**Bila Comel Jadi Comot** said...

huhu im just a newbie just sum info..sendirik selidik..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ermm...
kite newbie nie leh tgk n support je...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

xpe meniti sampai masa kita nt...

Cuba Klik tengok apa jadi!