22 April 2010

PADAH LEWAT 15 MINIT.KENA HALAU AYAH LAK KENA PUKUL..


Zaman sekarang macam macam perkara kita lihat dengar dan baca.sampai satu masa perkara yang terjadi adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri.setinggi mana ilmu yang di timba seluar mana pengalaman yang di peroleh belum dapat menghasilkan manusia berkualiti.lantak lah kan manusia tu sebagai apa sekali pun..otak memang educated tapi sikap nauzzubillah...tuhan je yang tau...luaran nampak stedet silap2 kencing pun xflush...uiks apa aku merepek ni..xdalah korang..apa yang aku nak kongsi nih adalah tengah duk syok baca artikel berita harini ternampak atikel nih..citer die simple jerw..segalanya pasal LEWAT atau dlm erti kata lain LATE 

Jom lah kita ikuti citer si mangsa dan Cikgu disiplin yang xda disiplin nih... .
 


KUALA TERENGGANU: Malang datang bertimpa buat Engku Noor Wahidah Engku Anuar, 17, hanya kerana dia terlewat bangun tidur, seterusnya terlewat ke sekolah, Selasa lalu.

Pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar raya ini tidak menduga kelewatannya tiba di sekolah pada hari berkenaan bakal menyusahkan hidupnya sekeluarga.

“Cuma kerana lewat 15 minit, saya dihalau pulang. Ayah pula dipukul sehingga patah tulang rahang dan dirawat di hospital dua hari sebelum ditahan polis selama tiga hari.


“Lebih menyedihkan beberapa hari lalu saya menerima surat rasmi sekolah menyatakan saya dibuang sekolah berkuat kuasa 18 April lalu,” dakwa pelajar aliran sastera itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini.


Kesal nasib menimpa diri dan keluarganya, Engku Noor Wahidah menceritakan kembali kejadian hitam yang bermula dengan herdikan sebelum dihalau pulang dari sekolah oleh guru disiplinnya.


“Alasan terlewat bangun tidur tidak dipedulikan cikgu wanita berkenaan yang memarahi saya sebelum dia menghalau saya pulang sebagai hukuman kerana datang lewat.


“Ayah pula tak puas hati dengan tindakan cikgu berkenaan dan membawa saya ke sekolah untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Desa Putra, Manir, semalam.


Ayahnya, Engku Anuar Engku Abdullah, 45, yang masih sukar mengunyah makanan akibat patah rahang berkata, usahanya berbincang dengan guru disiplin dan pengetua sekolah berkenaan tidak kesampaian.


“Saya tak dapat bertemu pengetua dan cikgu wanita berkenaan pula menunjukkan sikap acuh tak acuh sambil mendesak saya dan Wahidah meninggalkan sekolah.

“Dalam keadaan saya memintanya mengatur pertemuan dengan pengetua, tangan saya secara tidak sengaja tersentuh kepalanya dan itu yang mengeruhkan lagi keadaan,” katanya yang tidak menyangka guru berkenaan menelefon suaminya untuk masuk campur.


Menurut Engku Anuar yang bekerja sebagai nelayan di Chendering, dekat sini, suami guru berkenaan bersama beberapa rakannya bergegas ke sekolah dan menunggunya di luar kawasan sekolah.


“Mereka menghampiri saya dan anak sambil bertanya apa yang saya sudah lakukan kepada cikgu berkenaan. Sebelum saya menjawab, seorang daripada mereka menumbuk muka saya sehingga saya terjatuh.


“Saya juga disepak sebaik rebah dan dalam keadaan kesakitan saya dikejarkan ke Pusat Kesihatan Manir berdekatan sekolah untuk mendapatkan rawatan awal,” katanya.


Katanya, dia disahkan patah tulang rahang dan terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan selanjutnya.


“Guru berkenaan atau pihak sekolah mungkin terlebih awal membuat aduan kepada polis kerana selepas saya keluar dari hospital, saya dikehendaki hadir ke balai polis sebelum ditahan tiga hari.


“Namun, saya membuat aduan kepada polis dan setakat yang saya tahu selepas saya dilepaskan, suami guru dan lelaki yang memukul saya itu pula ditahan polis,” katanya yang mengaku bimbang masa depan anak kedua daripada empat beradik itu.


Engku Anuar berkata, dia dapat menerima apa yang berlaku ke atas dirinya, namun tidak puas hati dengan hukuman pihak sekolah yang membuang anaknya tanpa membuat penyiasatan rapi mengenai kesalahannya.


“Saya harap keputusan dibuat pihak sekolah atau pihak berkuasa bukan berdasarkan keadaan kami yang serba kekurangan kerana nasib keluarga kami bergantung kejayaan akademik anak-anak,” katanya.


Isterinya, Hayati Abdul Majid, 40, berkata anaknya itu pernah sekali ditangkap guru kerana melompat pagar sekolah untuk pulang awal.


“Wahidah menyesal dan tidak mengulangi kesalahannya itu. Kali ini dia cuma datang lewat dan tidak ponteng sekolah,” katanya sambil menyatakan harapan supaya anaknya dapat kembali bersekolah dalam masa terdekat.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata polis menahan kedua-dua pihak terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 325 dan 323 Kanun Keseksaan.


“Siasatan mengikut Seksyen 323 dilakukan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera manakala 325 pula kerana dengan sengaja mendatang cedera parah. Kes masih disiasat dan tidak banyak dapat saya perkatakan,” katanya.


Difahamkan, isu terbabit timbul selepas guru berkenaan mendakwa kepalanya ditolak bapa pelajar itu menyebabkan dia mengadu kepada suami sebelum datang bersama beberapa lelaki lain dan memukul mangsa.


Setakat ini, kedua-dua pihak yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil dan akan dipanggil semula pada bila-bila masa untuk membantu siasatan.


Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Razali Daud ketika diminta mengulas mengenai isu buang sekolah pelajar berkenaan berkata, biasanya pihak sekolah akan mengambil tindakan jika pelajar terbabit melanggar peraturan walaupun selepas diberikan amaran dan pernah digantung sekolah sebelum ini.


“Pihak sekolah tidak akan membuang pelajar sesuka hati kerana jika dengan hanya kesalahan lewat ke sekolah ia perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan cara lain. Saya rasa mungkin pelajar berkenaan mempunyai masalah lain,” katanya.


8 comments:

Rara said...

Astaghfirrullah al azim.. teruknya cikgu tu. mesti suami dia gengster habis T__________T

**Bila Comel Jadi Comot** said...

gangster kampung dusun

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cekgu skang nie...
adoiii...

NARDtheNERD said...

wow~...gengster la laki cekgu tu..

anyss said...

Salam,
Mmmmm macam2 hal!
Tau lah budak tu pernah panjat pagar sekolah, tapi cikgu ni tak try check ke sesiapa yang jadi "Orang" sekarang ni asalnya memang suka test power panjat pagar?

Kalau pun tak suka jadi cikgu, janganlah sampai gelapkan masa depan budak tu...karang dibuatnya budak tu solat hajat, tak ke haru tu... -----> opssss sowi, mencelah!

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-samseng kampung dusun katekan

**Bila Comel Jadi Comot** said...

nads-cikgu bawak gang 3 line da

**Bila Comel Jadi Comot** said...

anyss-erm..realiti kehidupan skng mmg cmtulah xda yg sepurna.masing2 suma nk test power da

Cuba Klik tengok apa jadi!