29 April 2010

Indahnya diciptakan sbg seorg wanita

Indahnya diciptakan sbg Seorang Wanita
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
__________________

salam... sajer jer nak tambahkan sedikit info utk sesamer kiter kongsi ..

A. Kelebihan wanita daripada Lelaki

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:

“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

B. Anak Perempuan lebih istimewa

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

C. Kelebihan Ibu

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

D. Kelebihan Taat Kepada Suami

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

E. Ibadah Wanita

13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

F. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak.


15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
__________________



15 comments:

masterly02 said...

Islam tidak pernah menindas dan menafikan hak kaum wanita sebagaimana di banyagkan oleh orang barat.Malah Islam meletakkan wanita di satu tahapnya yang tersendiri yang mempunyai kelebihan tertentu.
Thanks for sharing this good info.Nice n3 :)

p/s : Dapatkan buku ilmiah & motivasi secara online.Antara penulis buku yang terlibat adalah Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,Haji Zahazan Mohamed,Dato' Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood,Dato' Hj Ismail Kamus & Dr Irfan Khairi.
Untuk senarai penuh produk,sila layari :-

http://www.stormreaders.net/mNasir

Daripada Sa'ad Bin Abu Waqqas r.a,Nabi s.a.w bersabda :
"Kelebihan ilmu itu aku lebih sukai daripada kelebihan ibadat.Kebaikan dalam agama kamu adalah warak"
Riwayat Al-Hakim

**Bila Comel Jadi Comot** said...

masterly-thaz 4 ur visiting

♥adEq iFa♥ said...

salam,akak,leyh ta nk copy?coz nk kongsi pada kwan2 ifa??

uMi aishah said...

chantek elianto ittew...ekekeke~

**Bila Comel Jadi Comot** said...

adeq-boleh ajer

**Bila Comel Jadi Comot** said...

umi-yeah..yeah semestinya

♥adEq iFa♥ said...

tHanx akak!!

♥adEq iFa♥ said...

tHanx akak!!

**Bila Comel Jadi Comot** said...

wokeh

sitihajar said...

besar rupanye keistimewaan para wanita di muka bumi Allah ini..semoga menjadi panduan buat kita semua..Amin..thanks kak comey for ur sharing.. ^_^

**Bila Comel Jadi Comot** said...

siti-ok sama2 kita kongsi apa yang boleh di kongsikan..tapi bukan kongsi laki ok,,,ekekek'''

Hazira said...

hi comel..

u mmg comel and blog ni pun sgt chomel. :)

i add ur blog at my blog. i hope u don't mind. :)

keep in touch!

xoxo

**Bila Comel Jadi Comot** said...

hazira-hye..nice to know u..hehehh glad to be ur blog side follower..
me too ..kipidap n keep in touch.(^^)

muah muah muah

Anonymous said...

salam c comel...

Mmmm...ilmu ni u dah ada dan tau...so tanggungjawab u kena amal....ada ilmu x diamalkan adalah sia2...setakat nak post tuk tatapan pelawat x dpt apa2 pun kalau kita sndri x amal dan plg pnting solat...

sekian sedikit nasihat dan pandangan...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

tanpa nama-salam saudara @ saudari terima kasih ats teguran n nasihat insyallah saya akn cuba kekalkan n mjaga kewajipan saya sbg yg di kehendakiNYA.

comel seronok bila ada yang sudi sedarkan kita di saat kita mula apha ngn tanggujawab kita sebagai makluk tuhan di muka bumi yg sementara ini.

thaz a lot

Cuba Klik tengok apa jadi!