21 April 2010

Amik gambo Proton Saga, dapat RM25 ribuuu~


info nih aku dapat dari forum yang aku rajin singgah...jom share sesame...

SUBANG JAYA - Anda mungkin berpeluang membawa pulang wang tunai RM25,000 hanya dengan menggunakan sekeping gambar kereta Proton Saga yang dihantar kepada peraduan The Saga Snap & Win Photo Contest.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, peraduan tersebut bertujuan mengembalikan nostalgia yang mungkin menyentuh hati peminat model itu sejak ia diperkenalkan di pasaran sehingga versi terkini atau mengimbau pengalaman indah pemiliknya yang mempunyai nilai sentimental.

Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 telah mencatatkan sejarah apabila menghasilkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga yang mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985.

Menurutnya, peraduan unik itu merupakan di antara pelbagai program yang akan dijalankan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 syarikat tersebut pada tahun ini.

Menurutnya, pelbagai program telah disusun sepanjang tahun yang akan membabitkan semua pihak dalam sejarah pembangunan Proton selama ini.

"Ia ditujukan kepada umum, pelanggan tempatan dan antarabangsa, kakitangan Proton, pengedar, vendor dan petugas media," katanya pada majlis pelancaran logo rasmi ulang tahun ke-25 Proton di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, sebanyak 11 kelab kenderaan Proton yang membabitkan sebanyak 125 buah kereta keluaran syarikat automobil itu akan berkonvoi sambil beramal di seluruh negara.

"Selain itu, Proton juga akan menubuhkan sebuah tabung kebajikan khas yang mana bagi setiap jualan model keretanya maka sebanyak RM25 akan disumbangkan ke dalam tabung berkenaan mulai hari ini sehingga 30 Jun ini.

"Hasil tabungan itu akan diagihkan kepada 25 organisasi kebajikan pada Majlis Gala Ulang Tahun ke-25 yang akan diadakan 9 Julai ini," jelasnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, pihaknya kini masih berbincang dengan syarikat di India untuk menjadikan negara itu sebagai pangkalan operasi Proton.

"Kami cuba merealisasikannya secepat mungkin," katanya.


;;jum kaki² Dslr, Slr, Kamera kompak..mari menembak gambo Proton Saga!! ade rezki,,dapat rm25k,,,upgradeee kamera laaa

http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_08.htm











6 comments:

ardinihumaira said...

err nak kena snpa saga BLM ke saga antik tu? huhu

DaHLia said...

wahhhh macam menarikkkkk

**Bila Comel Jadi Comot** said...

mane2 saga jnji keluaran proton

**Bila Comel Jadi Comot** said...

dahlia-bagus2 boleh masuk la kalau berminat pakai kemera biasa pun xpe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

join²...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

ok ko kuo skng g snap gambar kete poton

Cuba Klik tengok apa jadi!