18 April 2010

Acik spin pula mengikut jejak Din Beramboi Al-fatihah untuk ke dua arwah

Macam xcaya jer semalam tengah aku online tertiba dapat aku terima satu msg dari rungan forum yang selalu aku duk lepak2,terkejut pun ada tak percaya pun ada,mane taknya ...berita yang aku terima nih bukan stakat aku jerw tapi suma masyarakat malaysia..kehilangan satu lagi butir bintang dalam industri muzik hiburan kita.kalau dulu berita arwah Din beramboi pergi untuk selamanya tapi kali ni,berita kematian acik spin lak..ini kerana insident yang di alami di highway LEKAS..
Sebenarnya banyak betol spekulasi kenyataan yang di keluarkan apabila ramai yang kate arwah meningal sbb terbakar lah,tersangkut lah,,tercampak lah..pada hal saksi di tempat kejadian ada menyatakan yang arwah sempat di keluarkan sebelum kete meletop dan terbakar,cuma semasa arwah di selamatkan ..keadaan arwah memang sudah tidak bernyawa..yang masih tinggal sahabat arwah yang sempat keluar dari kereta dan mengalami cedera teruk...

Kedengaran sohseh2 mengatakan keadaan cuaca baik saja..keadaan jalan juga tenang serta lurus..ini berkemungkinan pemandu yang membawa arwah tu membawa kenderaan dalam keadaan mengantuk dan laju..erm...dah ajal kat mane2 pun DIA akan amik.

Pepepun AL-FATIHAH untuk arwah semoga di tempatkan di kalangan orang2 baik dan juga salam TAZIAH juga buat keluarga arwah...


Sedikit petikan dari kumpulan akbar yang berlainan versi dan video rekod dari yang menyaksikan keadaan kejadian,






SEREMBAN, April 17 (Bernama) -- Singer Achik from the group Spin, (real name is Abdillah Murad Md. Shari), 27, was killed in a tragic accident at KM14.7 of the Kajang-Seremban Highway (LEKAS) near here Saturday.

Negeri Sembilan traffic chief ASP Abd Halil Hamzah said during the 6.15pm incident, Achik, who was driving with a friend in a Toyota Estima (Multi-Purpose Vehicle), lost control and crashed into a signboard.

"Achik, died at the spot during the accident near the Pajam R&R. Both Achik and his friend were heading to Seremban after recording a programme in RTM, Kuala Lumpur," he said.

Achik, who shot to fame with his song 'Janji Kita', was thrown out of the vehicle due to the impact and died of severe head and body injuries while the car later caught fire and exploded.

However, his friend (man) whose identity has yet to be determined, escaped with injuries and was admitted to the Tuanku Ja'afar Hospital in Seremban.

Meanwhile, Mantin Fire and Rescue Operations head Hamizin Khaidir said a distress call was received at 6.32pm and a fire engine was sent to the scene to douse the fire.

-- BERNAMA

SEREMBAN 17 April - Penyanyi, Achik Spin, 27, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini lewat petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan.

Allahyarham cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam.

Achik yang berasal dari Felda Sendayan di sini, merupakan pasangan duet paling sinonim dengan Siti Nordiana atau Nana serta popular dengan lagu Janji Kita, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 dekat sini.

Petang ini, beliau muncul menerusi dalam program siaran langsung Hits 1 TV1 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ekoran kemalangan itu, Allahyarham bersama-sama seorang rakannya tercampak keluar dari kereta tersebut sebelum kenderaan berkenaan terbakar dan meletup.

Rakan karibnya yang dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami patah kaki dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, ia berlaku sebaik sahaja kenderaan tersebut melepasi R&R Beranang, sebelum susur keluar ke Pajam.

"Kenderaan mangsa tiba-tiba terbabas dan melanggar papan tanda di tepi jalan," katanya di sini hari ini.

Menurut Abd. Halil, sewaktu kejadian berlaku, tiada kenderaan lain terbabit dengan kemalangan berkenaan.

Orang ramai dan beberapa pekerja yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkannya Allahyarham, namun cubaan mereka itu gagal.

Beberapa saksi yang berada di situ juga berkata, kenderaan MPV itu terbakar sejurus rakan Achik berjaya dibawa keluar untuk dihantar ke HTJ oleh orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya tetapi gagal.

"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 6.32 petang dan kebakaran dipadamkan beberapa minit kemudian," katanya.

Mayat Achik telah dibawa ke HTJ di sini malam ini untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.

Allahyarham telah berkahwin pada 2005 meninggalkan isteri H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau dikenali sebagai Tasha dan dua orang anak perempuan berusia 10 bulan dan tiga tahun.

Selain menyanyi, Achik kini mengusahakan perniagaan bersama abangnya di bawah syarikat Spire Spin Sdn. Bhd.

Syarikat yang menjalankan pelbagai urusniaga penerbitan buku itu kini mempunyai cawangan di Seremban dan Johor Bahru.
AlFatihah...

Salah satu penyebab talipinggang keledar diwajibkan baik kepada pemandu dan penumpang....banyak kejadian kemalangan mangsa terpelanting keluar..

petikan dari facebook pyan bunjut yang upload video rakaman:-

Quote:
Pyan Bunjut
maaf laa. ramay sangt cmmt ta ckup tngn. emm. dye smpt dikeluarkan. tp time uh kete da berasap. dye yg tebaring uh. yg owng ankat 2 membe dye. cedere parah.
Yesterday at 23:04

4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

al-fatihah...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-xsangka kan...alfatihah juga..huhu

~♥ iella ♥~ said...

al-fatihah....kita akan kembali kepadaNya....

**Bila Comel Jadi Comot** said...

iella-betol dari dia kita datang dari die juga kita pulang..huhu

Cuba Klik tengok apa jadi!