11 March 2010

Ibu dibelasah lima pelajar perempuan depan anak


 Heran aku ngn keadaan dan tingkah.Begitu berani bertindak di luar jangkaan,apa nak jadi sebenarnya ngan dorang nih..siapa yang patut di persalahkan.Cuba bayangkan pelajar belasah org dewasa.depan2 khalayak ramai..bukan lorong sempit ke,lorong aji taib ke...tapi depan2 skolah..kesnya gara2 seorang ibu ingin membela anak gadisnya dari di ejek oleh gang2 gangster skolah..tapi bukan gangster laki ok..ini gangster pompuan..dasyat tul dorang nih ek..berani-berani pukul orang..

Tak penah terdetik ke kat kotak hati dorang yang tindakan mereka tu bakal mengudang musibah dan bakal melenyapkan masa depan dorang..aku pun heran..nih kes budak2 tahun 2010.untuk tahun2 mendatang tah apa lagi dorang mampu lakukan..

Dan ini salah satu petikan yang aku amik untuk di post dan di kongsi bersama korang,dan apa pandangan serta pendapat selepas baca artikel ini.


Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/03/12
PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin.

Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.
Zatul Bazamah Zainal Abidin, dikatakan ditendang, dipijak dan rambutnya ditarik oleh kumpulan pelajar terbabit hampir setengah jam sebelum kejadian itu dileraikan tiga anggota polis yang tiba sebaik menerima panggilan orang ramai. Berikutan kejadian itu, Zatul Bazamah yang mengalami kesakitan di seluruh badan, membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Arjunaidi berkata, polis juga sudah mengambil keterangan semua enam pelajar terbabit, kelmarin.

Sementara itu, Zatul Bazamah berkata, sebelum kejadian itu, beliau yang menunggu anaknya pulang dari sekolah, melihat seorang pelajar terbabit mengganggu dan mengejek anaknya.
“Saya turun dari kenderaan dan bertanya kepada pelajar perempuan itu kenapa dia mengganggu anak saya. Bagaimanapun, pelajar itu menjawab secara kasar dan bertanya siapa saya untuk masuk campur urusannya menyebabkan saya hilang sabar dan menolak kepalanya tetapi dengan perlahan.

“Sejurus selepas itu, pelajar perempuan terbabit bersama lima rakannya menyerang saya. Ketika itu, anak saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menjerit dan cuba meleraikan pergelutan,” katanya.

Zatul Bazamah berkata, bulan lalu beliau juga pernah membuat laporan polis terhadap pelajar perempuan terbabit kerana sering mengganggu dan mengugut anaknya.

“Saya tidak pasti kenapa pelajar perempuan itu selalu mengganggu dan mengugut anak saya. Saya berharap pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil perhatian serius terhadap perkara ini,” katanya











25 comments:

fikaryna said...

naper budak sekolah prmpn skang sgt ganas..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

itulah fikar comel pun terkejut gak ngn berita nih..dasat tul..berani betol dorg nih

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kalau ini jadi kat mak aku,
aku pastikan jenazah dak2 tue xsempurna...

BULLET said...

dorang ingt kalau belasah orang tu leh puas hati kot...padehal dorang tu yang sakit nanti...bile dah masuk jail, mule la nak merayu la ape la...lelaki ppuan same jek....

umi_e said...

Salam... kejadian seperti ini amat mendukacitakan...

* Saya juga seorang ibu dan sekiranya anak saya bermasalah, saya akan menghubungi guru/sekolah terlebih dahulu - tindakan susulan dibuat kemudian...

** ibu itu harusnya tidak berlaku kasar [seperti akuannya menolak kepala (kononya secara perlahan- mana ada orang menolak secara perlahan?!) - saya yakin ibu itu melakukan kekasaran terlebih dahulu! - kalau bahasa kasar kata -> padanlah muka! - walaupun tindakan menyerang oleh para pelajar itu memang salah...]

*** saya bukan nak membela pelajar yang telah melakukan kesalahan itu tetapi saya perlu sebut bahawa, pelajar itu tidak akan bertindak liar jika tidak ada perkara yang menyebabkan mereka melakukan hal itu - apa salahnya kalau ibu itu bercakap dengan sopan sambil memegang tanyan pelajar itu dengan lembut - saya yakin pasti pelajar itu akan cair hati dan perkara itu tidak akan berlaku...;)

*** Ini pendapat peribadi dan pandangan saya sebagai seorang ibu yang mempunyai anak seusia itu :)

umi_e said...

Satu lagi... tertinggal lak... :P

* ibu itu sendiri memberikan CONTOH YANG TIDAK BAIK kepada pelajar yang membelasahnya - dengan menolak kepala! (NAMPAK GAYA DUA-DUA PIHAK SALAH)

** Mendidik dengan contoh yang baik...

saya_arief said...

kejam btol...

wanshah said...

ya Allah, teruk betul budak2 skarang ni. agaknya macam mana la ibubapa dia didik kat rumah. kat rumah pun mesti tak hormat ibubapa dia if dah macam tu sikapnya.

http://wanshah87.blogspot.com

~ ReD ~ said...

dengar gaks berita ni pagi td dalam radio.. aiseyy..GILA la. perempuan pulak jadik gangster! ingat bagus sangat la tuh title gangster tuh??? bangang je lebih! x pasal2 kena masuk balai, jadi kes polis.

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti rileks la..tula..sape2 pun akn marah..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

bulet-itulah budak2 zaman skang xpenah pikir pjg tau ikutkan hati jer..mesti makpak dorg malu ngn sedara mara nt

**Bila Comel Jadi Comot** said...

umie-wah bagus2 hujah2 umie nih betol gak kan..guna alasan tolak pale pelan tah2 die tunjal kpla dak tu .mungkin sbb tu jugak dorg bertindak ganas..entahlah dunai2

**Bila Comel Jadi Comot** said...

arief-mmg kejam pun..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

wanshah-itulah pasal kekerasan dlm mendidik kot..anak2 jadikan ikutan..itulah nak mengajar anak perkara yang baik haruslah org tua itu juga bersikap baik..ni tidak marah maki hamun di jadikan perkara biasa sehingga anak2 hilang hormat pada yg tua..so hasilnya cm kita lihat sekarang la

**Bila Comel Jadi Comot** said...

red-masuk balai makan nasi kunyit jela ekekeekek

Adlina Husaini said...

wanita tu p tolak kepala budak tu kenapa..
tapi budak tu pun ganas gile..
orang sekarang..ish ish

**Bila Comel Jadi Comot** said...

adlina-itulah pasal..senang cite cam umie cakap dua2 salah

♥adEq iFa♥ said...

agy pown plajar2 gurl2 skrg nie dah ta pk org tua ke muda...
aslkan blasah je..
but slah ibu tu jgak,
yg g tolak pale 2 wat pe..
adoii..
mcm2 jadik skrg...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

adeq-itulah pasal nak salahkan satu pihak pun xle dalam kes nih...skang dah jadi camnih masing2 mula nak bela diri

ASaDa RyutaRo said...

humay.. ganas dak2 skolah skrg ni..

dulu pelajar belasah cikgu.. skrg blasah mak org plak.. heh!

mak cik tu silap sikit je, apesal la dia tolak kepala.. just bg ayat sudah la.. tp budak tu langsung xde rsa hormat org tua ke??

ntah sape la maknya.. eh? nk salahkan mak pelajar??

hmm.. mungkin kurang didikan? sbb tu kurang ajar.. heh!

nk salahkan sape ni?? hurmm.. xkan la cikgu? xkan mak ayah? org ramai? eh.. blurr..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

aada-hahahah u cam yang lain2 la sume dah xtau nak slahkan sape..snng citer cam saya cakap sebelum nih umie pun cakap dua2 salah btol x

Whoohuu! said...

pada pendapatan gue la kan... duo2 salah... cara mak budak tu salah and gangster kampung dusun tu pun salah... memang budak + mak budak skang tak mcm dulu2... kasar jek semua! kes dera pun berlambak2 dari parent gak tu...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

wouhuuu-den stuju,stuju bebenor la ngn enkau..huhu skang punya zaman x cam zaman dulu

Janggut said...

sekali jer aku baca aku dah boleh agak,mak budak ni sure main kasar dulu.. tak mungkin dia tunjal pale budak pompuan ni perlahan..agak agak la kan....so .padan muka kena lauk.

**Bila Comel Jadi Comot** said...

bubu-wah2 lobih2 lak bubu nih ..ekekek itulah kesalahn pada kedua dua pihak xleh nak buat apa.itulah padahnya

Cuba Klik tengok apa jadi!