26 March 2010

# compliCATED

Awek Ganas Hempuk Balak ngn Lettop,Cakar Muke,Hentak ngn Helmet...Pueh

METRO

KUALA LUMPUR: Awek ganas! Hanya kerana dinasihati kekasihnya supaya menjadi perempuan baik, seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak.

Dalam kejadian jam 7 malam Rabu lalu, mangsa, seorang penghantar surat berusia 20-an bertemu teman wanitanya itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham apabila mangsa menegur kelakuan teman wanitanya dan meminta dia berubah sikap kerana didakwa agak garang dan sering memarahinya.


Bagaimanapun, segala nasihat mangsa itu dibalas maki- hamun serta kata-kata kesat oleh teman wanitanya selain dia dimarahi di depan orang ramai.


Malah, wanita terbabit yang berang dan tidak dapat mengawal perasaan mengamuk dan memukul mangsa membuatkan lelaki berkenaan menanggung aib kerana kejadian itu diperhatikan orang ramai.


Menurut sumber, menyedari insiden memalukan itu diperhatikan orang ramai, mangsa segera membawa teman wanitanya itu keluar dari pusat beli-belah berkenaan dan menghantar kekasihnya pulang.

“Mangsa menganggap kejadian itu menjatuhkan air muka kerana teman wanitanya langsung tidak menghormatinya, malah sanggup memperlakukan dia sedemikian di depan orang ramai.


“Tidak tahan kelakuan wanita itu, lelaki berkenaan segera membawa wanita terbabit keluar dari kompleks berkenaan lalu menuju parkir untuk mengambil motosikal,” katanya.


Sumber itu berkata, ketika dalam perjalanan mengambil motosikal, teman wanita lelaki itu masih tidak puas hati dan mengungkit kata-kata nasihat yang diberikan mangsa.


“Akibatnya berlaku pertengkaran sekali lagi dan kali ini mangsa diperlakukan lebih kejam apabila teman wanitanya mencakar muka selain menghentak kepalanya dengan topi keledar.


“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diketuk dengan komputer riba miliki wanita berkenaan,” katanya.









16 comments:

  1. erk..kejamnyer perempuan tu..

    ReplyDelete
  2. sakit jiwa kott pompuan tuh...

    ReplyDelete
  3. fatin-itulah pasal...dasat sangat berani

    ReplyDelete
  4. kahkahkah..kelakar pulak cte ni. selalu dngar lelaki pkul perempuan. adeyh~

    ReplyDelete
  5. hana-zaman dah berubah pompuan2 mula menganas dah

    ReplyDelete
  6. cik epal-ganas x hingat dunia dahnih..

    ReplyDelete
  7. klau kat putrajaya, sure kat alamanda huaaa buat malu lerr

    ReplyDelete
  8. awwwchh!!ganas~

    ReplyDelete
  9. ya rabbi!! gila ganeh!

    kat Alamanda kot tu...huhu

    ReplyDelete
  10. ya allah beraninya dia comel buat pak we dia...

    ReplyDelete
  11. memang ganas... tapi awat la jantan tu baik sangat.

    ReplyDelete
  12. whoohuu-itulah konon lelaki mithali la tu

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews