20 February 2010

Nikah koboi di asrama.sah ke??



Aku pelik lagi heran ngan isu semasa sekarang.pelbagai spekulasi dan juga efek skandal yang di warwarkan.Itu lah orang kata dunia dah maju zaman dah moden.Sampai bab nikah khawin nih boleh di buat main main..Dunia akhir zaman apa nak heran..masing masing punya hal..kubur asing asing pahala ko..ko punya..dosa aku..aku yang punya..sendiri mau ingat..

Hah ni lagi satu citer yang aku baru jumpa masa duk syiok baca2 kan..tahla sejak menjak nih aku suka lak membaca ..mungkin bosan kot..so dah jumpa yang menarik nak gak konsi ngn rakan rakan lain..jom..ikuti cerita..."NIKAH DI ASRAMA"

Oleh Murni Wan Omar, Amir Abd Hamid dan Yusliza Yakimir Abd Talib
am@hmetro.com.my
2010/02/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.
sebelum - selepas


Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.


Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.


Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.


Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.


“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.


“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.


“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.


Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.


“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.
“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.


Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.


“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.


“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.


p/s : bila dah banyak mazhab dan jahil tentang islam inilah jadinya..nak salahkan sape??orang tua ke??sedangkan anak2 mereka semua yang pintar pintar lagi...jap nak pikir...#$%%$#@$%^^&^????














14 comments:

Jijahh @ f.k said...

manusia zaman sekarang ... pelik pelik ... sesedap rasa la pulak nak tukar tukar mazhab ape bagai ...

sbb tu la orang kata kalo nak berguru .. kena ada gurunya .. sesat tah kemana hala tak tau ... hiss ... seramzz

Aini said...

nak nikah sangat nape tak bagitau mak ayah. Tak mungkin mak ayah nak halang nikah daripda biarkan anak2 buat maksiat

'AQILAH said...

jadikanla islam sebagai pegangan hidup. :)

**Bila Comel Jadi Comot** said...

jijah baru ko tau skng punya style jimat lagi menguntungkan..tapi kesudahanya sendirik malu..pewut dah buncit sapo nak tanggung mereka n keluarga mereka

**Bila Comel Jadi Comot** said...

aini-itulah mungkin takut sbb usia masih muda tapi jiwa dah meronta nak nikah ekekekek

**Bila Comel Jadi Comot** said...

aqilah-sama la kita ingat mengingat

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bila dah pandai sgt...
kene jumpa yg lagi pandai...
hehehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-itulah hukum alam

~ ReD ~ said...

macam2 hal la manusia ni..haihhh

GhOsToNe said...

poning palo den romajo zaman skrg nieyh!

**Bila Comel Jadi Comot** said...

ghostone-enkaw poning den lae la poning +eran..hukhukhuk

fikaryna said...

aku dulu masuk u x jadi pun macam nih..tah hape2..buat malu org islam jer..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

fikar-ekekek sama la kat u comel dulu xda lak org nikah guna wali tipu nih adoiyai ajaran sesat nih

**Bila Comel Jadi Comot** said...

red-manusia akhir zaman kuikuikui

Cuba Klik tengok apa jadi!