18 February 2010

# compliCATED

Umur dah SETENGAH ABAD tapi mau geli-geli lagi..yewksss

Wah!!keje aku arini banyak benar samapi xsempat   nak usha2 kedai online aku ni hah..sangat fenat la ini kaki..yela ngan safety walk,ngn handover lae..substation visiting huhuhu...sawan palo aku arini..nasib baik da gak yang order barang arini..so penat tu ilang la jap..

time nih aku betol2 baru je lpas bersihkan badan baru balik dari kerja,,,usha blog nih jap terjumpa satu artikel tentang internet nih..wah cam korang tau la kan internet skang nih di gunakan secara meluas,cam2 orang gunakan kemudahan ini dalam hidup seharian..nak nak pomot bisness,nak mintak keje.alah cam2 lah tambah kenalan..yang paling hit lagi cari jodoh dalam internet..bak kate kawan aku..."cinta Cyber" kuang kuang kuang!!!!kalau yang betol2 jadi jodoh ko kesudahannya xpe gak tapi yang aku nak kongsi citer ngn korang nih adalah tentang lagak ragam manusia kini yang tidak sedar akan status usianya dalam melayari kemudahan jalur lebar ini.

Mungkin dia terlalu excited kot..yela zaman muda dulu xpenah kenal apa itu internet,tapi bila dah tau fungsi kemudahan mula la terjebak..jadi..nak salahkan sapa dalam hal ini..ini pun boleh di katakan masalah sosial jugak..walaupun usianya..????

Jom..baca artikel nih..tak caya???....rujuk bawah

Umurnya menjangkau setengah abad, tapi usia dianggap matang itu belum mampu melepaskan seorang lelaki daripada perangkap penyalahgunaan Internet.

Komputer dan Internet langsung tidak memajukan perniagaannya, tetapi menjadi saluran untuk dia memikat wanita yang sanggup melakukan apa saja demi wang.

Sepanjang lima tahun, Jaafar ibarat ‘playboy tua’ apabila berpuluh-puluh wanita terkulai di ribaannya, namun kegembiraannya tidak lama kerana selepas itu satu demi satu ‘bala’ menimpa sehingga segala kekayaannya lenyap. Ikuti luahan Jaafar.


SEBENARNYA saya bukan jenis ‘kaki betina’ atau ‘kaki enjoy’ hinggalah saya mula menaruh minat kepada Internet.

Tujuan asal saya mahu menceburi cabang perniagaan baru, termasuk mencuba pelbagai jenis skim pelaburan Internet, tetapi memandangkan saya suka ‘meneroka’, saya cuba mencari pelbagai maklumat.

Sebelum itu saya dengar ramai kawan dapat kenalan di Internet, malah ada yang ‘simpan perempuan’ selepas berhubung di Internet.

Saya cuba melayari laman web mencari kenalan dan tak sangka pula ada yang secara terang-terangan mencari ‘sugar daddy’.

Saya mencubanya dan tak sangka menerima respons baik. Wang bukan menjadi masalah bagi saya dan disebabkan itu saya tidak kisah mendepositkan wang jika diminta wanita yang berjaya saya hubungi menerusi telefon.

Pada mulanya tidak banyak, setakat RM200 hingga RM300. Saya umpan dengan wang lebih banyak jika sanggup berjumpa dan memenuhi apa saja kehendak saya. Tak sangka pula ada yang sanggup.

Seingat saya, wanita pertama yang berjaya saya takluki bekerja sebagai jurujual. Dia mendakwa sentiasa berdepan masalah kewangan dan memang mahukan sesiapa yang boleh memberinya kekayaan ‘membelanya’. Kali pertama berjumpa, terus ‘dapat’.

Saya mula berasa seronok. Setakat beri wang RM2,000 hingga RM5,000 sebulan bukan menjadi masalah kepada saya. Setakat membayar sewa kondominium mewah dan kereta, saya tidak kisah.

Saya mula sedar, wang boleh membeli segala-galanya dan saya cari lagi wanita yang boleh dibela menerusi laman web yang mengiklan tawaran mencari ‘sugar daddy’.
Saya dapat yang baru dan yang lama pula saya tinggalkan begitu saja bila sudah bosan.

Semakin lama saya berasa kian seronok. Seorang demi seorang wanita, tidak kira yang bekerja atau masih menuntut, berjaya saya pikat.

Namun, saya akui tidak terlepas ditipu beberapa kali. Disebabkan yakin mangsa akan terikat dengan saya apabila saya mendepositkan wang, lebur juga ribuan ringgit. Selepas masukkan wang, ‘sasaran’ hilang begitu saja, tetapi saya tidak kisah.

Saya terus ‘aktif’ melakukan perbuatan terkutuk itu. Untuk mengelak ahli keluarga, terutama isteri, mengesan aktiviti itu, saya merancangnya dengan teliti. Jika mahu berjumpa mangsa, saya memilih melakukannya di hotel bertaraf lima bintang.

Soal keluar masuk wang, saya tidak bimbang kerana isteri dan anak tidak ambil tahu. Saya berikan kemewahan kepada mereka.

Pada masa sama, tumpuan saya bukan hanya kepada laman web berkenaan kerana saya mula ‘meneroka’ laman web mencari kenalan lain seperti ‘myspace’, ‘friendster’ dan ‘facebook’. Hasilnya, semakin ramai yang berjaya saya takluki.

Umpannya mudah, iaitu wang. Saya sanggup bela mereka asalkan mereka beri apa yang saya mahu. Bagaimanapun, saya tidak mahu terikat. Jika sudah bosan, saya tinggalkan.

Tahun ketiga melakukan perbuatan terkutuk itu, entah mengapa perniagaan mula merosot. Tender tak dapat dan ada projek tertentu tidak dapat saya siapkan. Ada juga beberapa pelaburan menerusi Internet yang saya masuk lebur begitu saja.

Saya masih mampu bertahan dan tetap melakukan perbuatan itu. Saya jual kereta untuk dapat wang hinggalah semua kereta saya jual.

Kononnya nak buat modal berniaga, tetapi entah bagaimana wang habis begitu saja. Fikiran benar-benar berserabut. Jumpa salah kawan pula.

Kawan kata main judi mesin slot di kelab judi eksklusif boleh kaya jika modal besar, tetapi apa yang saya lakukan tidak menjadi. Banyak kalah daripada menang.

Sehingga pada tahun kelima, saya benar-benar terduduk. Kereta hanya tinggal kereta buruk, nasib baik saya tak jual rumah.

Wanita yang saya bela semuanya lari kerana saya tidak lagi mampu memberi kemewahan dan wang setiap bulan. Keluarga juga yang menjadi mangsa.

Mujur dulu isteri pandai berjimat, adalah sedikit wang simpanan. Bagaimanapun, apabila sudah lama hidup senang, sukar untuk mengubah gaya hidup. Wang yang ada kian surut dan sejak itu baru saya cuba ubah gaya hidup.

Sekarang saya berniaga kecil-kecilan, ambil kontrak daripada orang lain. Kadangkala jual insurans. Menyesal tak sudah!

Sepatutnya saya hidup senang hari ini, tetapi kerana balasan Tuhan, saya hidup susah. Kini, baru saya kembali mencari keberkatan hidup, meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh.”

p/s- so moral kat sini korang sendirik tau kan..bukan senang nak jadik senang..dahlah xsedar diri ada anak bini..tengok lok2 idup mewah dan rezki yang melimpah lansung xda pape kesudahannya..akibat dari salah guna apa yang sepatutnya..hidup nih kalau ikhlas mengerjakannya tanpa sebarang niat buruk insyallah rezki tu tetap hak kita walau sesukar mana halangan dan dugaan..tapi bukan dengan cara si tua krepot xsedar diri nih..
HUH!!kang dah MENDAPAT!!!...













10 comments:

  1. Biasa la tu..
    bila senang, tak hengat dunia!
    bila dah susah, baru nak menyesal..
    tu la ragam hidup manusia..

    ReplyDelete
  2. aurafiza-betol2 comel stuju..skang trend dah camtu dah jatuh tersungkur baru ngat tuhan

    ReplyDelete
  3. bila ada lupe diri.. dia lah tuhan kepada wang.. dialah penentu segalanye.. dia lah the one.. sugardaddy sugarmummy memang perkare biasa dlm dunia kekuasaan mereke.. siapa yg tak cair dengan kuasa tunjuk kemewahan.. siapa yg taknk idup penuh kemodenan.. " aku ada itu ini .. ko ?? ko duduk tgk boleh pegang jgn... "

    dah tersungkur dagu menyembh tanah.. smuanye punah .. mula titik2 sesal di lakar penuh kesal..
    pe kejadahnye??? Sape nak pndang ko ? sape yg nk pimpin ko? Ada org bg ko air ? simbah air ada lah...

    Mujur gak ada kesedaran.. klu mati tersepit di tengah jalan? Dah tentu terlambat... Blum lg tersesat jauh... masih sempat bermandi taubat... cuci secuci2nyer.. segala penyakit hati...

    Aku tgh emosi... realiti ini aku dah hadapai.. dia ku sayang dia ku hilang .. smua kerna kertas lambg kemewahan....

    Aku penunjuk cakrawala...

    wakaka aku termerapu la pulak... cau cin cau.........

    ReplyDelete
  4. manusia²...
    apabila semua sudah di kawal...

    ReplyDelete
  5. teruna giler-wah nama ko sik baik ko xgila sebaliknya pendapat ko sangat comel kagumi...best2 pendapat ko sangat2 la menarik

    ReplyDelete
  6. meniti-itu lah nak mewah kan nak senang nak sedap so mendapat lah..comel nak gak sume nih tapi ngn cara yg betol la..

    ReplyDelete
  7. ayu-ingat mati mmg ingat tapi bila alpha terjerumus gak ekekekk

    ReplyDelete
  8. da kena baru nak menyesal..bila semuanya suda terlamabt sudah tidak berguna lagi..huhu..

    ReplyDelete
  9. fikar-betol sangat ape yang awk cakap..itulah kerana sehelai kertas maruah juga tergadai

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Popular

Total Pageviews