27 February 2010

Budak mati ditendang macam bola



Tahla aku sendiri xtau apa nak jadi ngan dunia sekarang..betol kate orang dunia akhir zaman pelbagai perkara xboleh di duga boleh jadi,,,belum lagi reda dengan kes buang bayi sekarang kes belasah sampai mati kanak kanak yang masih tidak tau akan erti kehidupan dalam dunia yang kejam..manusia sekarang dah cam xda akal xda otak..sangat memalukan...Hayati artikel yang aku ada petik nih...kalau korang apa perasaan..????kalau aku...$#$^&^&&

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.


DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah dibelasah sehingga mati.
PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu. Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.


Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.


Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.


“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.


“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.





Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.


“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.


“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.



p/s : memang patut kena panah petir manusia binatang berupa manusia nih!!!











16 comments:

ejaa said...

kita yang da besar ni pun sakit kalau kena pukul.ape tah lagi budak.
pembunuh tu mmg patut dihukum mati jee!

huhu geram dengan kes skang ni.

**Bila Comel Jadi Comot** said...

ejaa-itulah comel baca mula2 pun mmg terkejut..kejam btol jntan tuh...mmg xlayak hidup

Muhammad Safie said...

kurang ajar betul laki tu..rasa nak tendang je kepale dia..bg dia rase camne

janggut said...

cepat la kena tangkap manusia gampang ni,jatuh hukuman gantung sampai mati la.dan lagi 1,bukan ramai lagi orang kat padang tu,takde seko pun yang nak tolong ker? bodoh tul orang kat situ...kot yer kena warning jgn masuk campur...tapi tu skang bab nyawa.mana korang punye otak sampai takle pikir? kalau SALAH SORANG dari org ramai yang lihat pergi luru bawak lari budak tu,for sure sampai skang budak fomfuan ni masih bernyawa...skang nyesal tak guna.fobia seumur idup tengok.!!! budus!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang lahanat diaorg nie...

azie said...

isy isy sedey... amoii jangut marah btol.. tapikan kita x boleh salah mereka yng myaksikan tnpa dapat bntu budak tue.. bcoz kita xada kat situasi tue...andai kata bnda tu kn kat kita pun x thu apa akan kita buat kelak.. tp mmg kejam gilerrrr bfmak da tue.... erkkmmmmkkk bbia cepat tanggap pastu hukum mati!!!

**Bila Comel Jadi Comot** said...

safie-itulah comel sakit at punya ramai ummat kat situ leh hanya jadi pemerhati jerw..pe da..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

janggut aka bubu-sume org marah sume org xpuas hati tapi nak buat apa dah terlamabat budak tu pun dah arwah kesian kan..mmg xpatut btol si jahanam tu..mesti die dlm ketakutan skrang kan??doakan biar die dapat balasan setimpal ngn perbuatan baru la adil

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti..sangat kejam masalahnyer..mmg lahanat

**Bila Comel Jadi Comot** said...

azie gantung sampai mati la nih xpun biar kena hukum kosi elektrik

Zarina said...

kenapa la terlalu takut dengan ugutan lelaki tu..punya la ramai org..knp tak belasah lelaki tu sebelum budak tu mati...& hantar ramai2 ke balai...pelik juga...10min yg lain cuma tgk jer...sungguh menyedihkan...mesti dorang hidup tak aman memikirkan.."klau la aku halang dia..mesti budak tu hidup lagi.."..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

zarina-itulah ramai yg pertikaikan statement hanya pandang dari jawoh..mmg xmasuk akal n mmg xwajar..stakat tgk..budak tu dah cam bola ragbi senng di sepak terajang ibarat meyaksikan game bola lak..mmg xpatut ..xslah kalau hidup dorang di belegu misteri kan..kan

farhana ghafar said...

lelaki tu memang S**L!!! hoh~ hati beruk agaknyerr..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

farhana-hah mmg pun..sakit hati kan..sampai tul hati die

fikaryna said...

sampai kan hati..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

fikar-manusia terlalu kejam...sangat2 kejam..

Cuba Klik tengok apa jadi!