10 February 2010

Apa dosa bayi perempuan ini


 sampai hati betol lahanat yang buat nih!!!


Apa nak jadi dunia masa kini,sifat teladan manusia yang TIDAK!!mencapai tahap logic akal manusia sebenar!!Adakah layak manusia kini di samakn dengan binatang??erm..aku heran lagikan binatang pun sayang kat anak..
Teringat aku dengan kucing kesyangan aku di kampung..si Pinky..ko tau kalau kitaorang amik pegang jer anak die..punya la die xsenang duduk..mula lah die mengesok sane sini dhtu last2 die bawak lari anak die sorok xbagi kitaorg usik @ main..Ko tengok!!binatang pun tau sayangkan anak ini kan pula manusia.Tak patut betol..
Aku heran serta pelik apa perasaan dorang2 yang buang amanat tuhan nih dan perlakukan mereka dengan begitu kejam..asal boleh campak jer!!merata diorang buang..dalam semak,dalam longkang,sungai,tandas,dlm mangkuk tandas pun ada..memang mangkuk lah orang yang buat nih!!aku memang xsuka dengar hal2 cmni..kesian ko tengok lah rupa dorang merah lagi..ape makna idup pun xtau..tapi dah muncul ke muka bumi tapi ditamatkan riwayat dengan begitu kejam oleh manusia yang berhati binatang.Aku boleh maafkan lagi kalau orang tu nak buang bayi tapi letak elok2 dalam bekas n slimutkan bayi tu..pahtu letak depan umah2 anak yatim.kira ok lah dari perbuatan kejam yang tinggalkan bayi sehelai sepinggan jerw..budak kecik dol..sejuk!!!gatal!!kotor!!kulit dorang bukan cam kulit kita yang dah makin tebal n kematu nih..nipis lagi lembut…Bila aku tatap gambar2 bayi mangsa buangan orang yang x bertangugjawab nih memang betol2 mencabar kesabaran aku,,,nak jer aku rejam org yang buat tu…tak penah ke terfikir yang perbuatannya akn menghantui hidup sepanjang Zaman..aku gerenti lah sampai ke mati ko akan rase bersalah..betol!!aku yakin!!!

Yang terbaru kes kat Melaka..lah semalam punya berita nih..memang xsampai hati aku tengok gambar mayat bayi di kerumuni semut merah…
Ko bayangkan lah..sekor semut merah @ semut api nih gigit sengat ko pun dah rase perit ni kan plak..beribu-ribu ko..celaka!!!! la orang yang buat ni!!aku doakan ko xslamat dunia akhirat!!…berani buat berani tangung la dol…

So untuk..tatapan korang hayati petikan berita di bawah bersama gambar mayat bayi yang sangat kasihan…

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam.

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

p/s - layak kah manusia di samakan dengan binatang???













24 comments:

JMR said...

apalah lahanat ut rasa time buang baby tu..kejam siot...

Hazzy Ishak said...

kejammmm!!


hi blogwalking...

Adlina Husaini said...

td dah perasan pasal ni dlm paper tp rasa cam sayuuu sgt nak baca walau hati nak tau apa cerita..and terperasan u wat entry pasal ni..memang i doakan ibu bapa budak ni diberi balasan setimpal dgn apa yg dah depa lakukan..org lain punya susah payah nak dapat anak, depa suka2 buang, kejam pulak tu.. mmg setan..

~ ReD ~ said...

x sanggup betul rasanya laa...T__T

apa laa.. dah susah payah mengandungkan dan melahirkan.. senang2 plak nak dibuang? memang dasar xde hati dan perasaan.. so.. memang layak la sama kan dgn binatang yg mmg xde hati dan perasaan... huhu

~azalea~ said...

kesian nye.. ='(

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bila nafsu dah kuasai diri...
bila setan ade dalam kepala...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

JMR-betol mmg lahanat..kejam xda perasaan

**Bila Comel Jadi Comot** said...

hazzy-mmg kejam la sesangat

**Bila Comel Jadi Comot** said...

adlina-betol kak da kawan saya dah 10 thun kawen pun xda rezki lagi..ni plak senng2 tuhan bagi tapi di sia2kan

**Bila Comel Jadi Comot** said...

RED-mmg patut la sgt2 dorg nih sama ngn binatang..samapi hati betol

**Bila Comel Jadi Comot** said...

azale-kesian kan..bodos

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-ada gak ko kan..itulah..brani buat brani tanggung la

Jijahh @ f.k said...

jijah nanges sudahh kat opis tadi .. kalo dia takmo .. kasik je kat jijah :(( ... sumpah orang tu kena panah petir ... takde ati perot ..

cemana laa baby tu ekk .. ciann dia ..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ade gak aku ape?

eD's photography said...

sedihnya kak bila baca entry nie...x sangka org nak wat camni

**Bila Comel Jadi Comot** said...

jijah-itulah bila manusia punya hati binatang..
comel aminkan doa jijah tuh..

baby tu..xpe itu die ngn tuhan jerw..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-xder la ko kan comentor tegar comel ekekekek.

**Bila Comel Jadi Comot** said...

ed-itulah pasal..sedih sebak bercampur geram ngn org tua baby nih..sanggupkan dorg

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tegar,...
hahahaha..

janggut said...

jika sehari meniti senja takda kat sini mcm tak lengkap plak hidup.mukekekeke.

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-yela ko telah menyerikan blog ku huhu (^^) sob...sob

**Bila Comel Jadi Comot** said...

bubu-hahahah...betol die pelengkap idup blog ku

shiori_LA said...

kejamnya manusia...akak menangis masa baca kisah ni comel....siannya kat baby tuh apa la salah dia kan?

**Bila Comel Jadi Comot** said...

shiori-kak siyes comel sendirik xsamapai hati kak.kejam betol makpak budak nih...huhuhuhu...smoga akn mendapat balasan setimpal..

Cuba Klik tengok apa jadi!