24 January 2010

tengok BWF super series 2010 live!



Tahniah Malaysia!!tahniah untuk men single jugak mens double sebab berjaya menggondol,menggogong,cm2 menggg lae la…masa acara Malaysia Open BWF 2010 kat stadium Putra Bukit Jalil semalam.

 Petikan dari berita harian ,25/01/2010

Chong Wei, beregu tuai emas
Oleh Ahmad Khawari Isa dan Norsyarafina Nasrom                                                                                                    






GAMBAR (kiri); REAKSI Kien Keat dan Boon Heong (kanan) selepas menewaskan Xu Chen-Guo Zhendong, semalam. (kanan) KEPUASAN terbayang di wajah Chong Wei selepas final, semalam.

Hampiri rekod Peng Soon; Kien Keat-Boon Heong akhiri badi dua tahun
 

GEMPITA sorakan menepati aksi mengagumkan ciptaan Lee Chong Wei yang memperolokkan Boonsak Ponsana diperakui antara bintang badminton dunia seperti 'budak baru belajar' dalam laluan merangkul mahkota keenam Terbuka Malaysia di Stadium Putra, semalam.

Taktik awal jaguh Thailand itu untuk cuba mengganggu termasuk memilih bertukar gelanggang sebelum bermula aksi hanya 'menjadi' seketika, sebelum keunggulan dijelmakan Chong Wei, untuk Boonsak terpaku mengalah, 13-21, 7-21.


Kini rekod lapan gelaran Wong Peng Soon dilakukan pada penghujung 1940an dan awal 1950an menanti untuk diatasi. Chong Wei juga melakar sejarah peribadi meraih dua gelaran Siri Super berturut-turut, selepas unggul di Terbuka Korea Selatan, minggu lalu.

Menggemilangkan lagi skuad negara ialah kejayaan gandingan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menamatkan penantian dua tahun mereka untuk meraih gelaran beregu lelaki apabila menundukkan lawan dari China, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 dalam pertentangan selama 55 minit.

Buat Chong Wei, kepuasan jelas tergambar di wajahnya.

"Saya masih tidak dapat percaya bahawa saya sudah menang enam kali. Tambahan pula kerana berbeza dengan Terbuka Korea, saya dipaksa bekerja keras sejak awal. Hari ini, kekuatan mental jadi kelebihan saya. Saya harap mampu mengekalkan tahap sebegini," katanya.

Memang di awalnya, gambaran sukar terjelma. Boonsak memilih lebih menyerang dan berjaya mendahului 6-3 dan 12-10. Tetapi sejurus itu, segalanya ibarat dikunci Chong Wei yang memintas pada 12-12 sebelum membina kelebihan 15-12. Satu lagi mata berjaya dipungut Boonsak sebelum Chong Wei menang dalam masa 19 minit.

Segalanya langsung berubah di set kedua. Chong Wei meluru dengan pungutan sembilan mata pertama dan biarpun Boonsak cuba melawan, lebih 7,000 penonton akur betapa Chong Wei hanya menanti masa untuk dimahkotakan, yang akhirnya jadi realiti selepas 15 minit pertentangan set berkenaan.

Kien Keat-Boon Heong pula mencipta gelisah apabila, selepas menang set pertama, wujud situasi longgar dalam kombinasi yang membolehkan Zhendong-Xu Chen mengikat kedudukan hasil kejayaan di set kedua.

Hari ini fokus saya lebih baik. Saya seperti tahu apa yang perlu dilakukan, di mana mahu diarahkan pukulan. Ini memang permulaan baik sebelum kami bertanding di Seluruh England, Mac nanti," kata Keat.

hahaha..suka tgk dorang beraksi..lagi-lagi bila dorang menang game...


 
 
haha gambar mase final nih..yg kat atas tu sume hari pertama dan kedua..

 

p/s- tahniah la korang ek..bestnyer dapat adiah dapat duit..kayo kayo ...xder ker org nk bagi aku duit nih??



12 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

wah...
semangat negara nie...
itu lah semangat dari negarawan & negarawati...
ahahahaha...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti senja-ekeke xtau nak cakap pe tapi aku suka la kat ko nih sama cm bibik cantik tuh haah

janggut said...

gi 3 hari berturut turut sangat puas ati sampai skang nak demam dan sakit tekak sgt sgt menjerit dlm stadium tu.tapi malangnye.....duit den banyak habis!!!!!! uwwaaaa!camno nak makan pizza ni???

**Bila Comel Jadi Comot** said...

hahaahahah bubu2 cianyo..tulah racun ayg lae..lpas nih kita soping lagi yo..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bibik cantik mane??

Wawa Takizawa said...

hehe malaysia boleh!

**Bila Comel Jadi Comot** said...

mentari-adalah..bibikcantik tu..die bg gelaran kat diri die ..ekekek

**Bila Comel Jadi Comot** said...

yer wawa-betol 2 malaysia boleh..yeah yeahhhh

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

meniti la...
bukan mentari...
hehehehe...
ko kutuk bibik tue eh???
then ko same kan aku ngan die....
hehehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

men!t!-alah ko nih bila masa lak aku kutuk lah..aku cakap kan yang aku suka hheh..sbb aku suka lah sgt2 ko cm die lah bagus aku like style ko n die ekekekekek...xbek tau ko tuduh2 aku cmtu.ko ngt aku nih cm aduka taruna tu ke huhuhu :((

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

masalah nye aku tak paham bibik tue ape???
sape...
hehehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

bibik tu kawan aku da..cm ko lah..alah bibik tu budak baik..jujur gitu ekekekek

Cuba Klik tengok apa jadi!