25 January 2010

Macam2 kes dalam berBLOGGER sekarang..ape pandapat korang

aku amik dari BERITA HARIAN PUNYA PAPER...

 

Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan


JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.


Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.


Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.


Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.




Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.


"Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia," katanya.


Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.


Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.
Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.


Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.



P/S-sekarang cam kes ada,kadang2 nak hidup atas muka bumi nih pun dah takut huhuhu..



10 comments:

eD's photography said...

kita yang belum kena nie kena la beringat...sesal dah x guna kalau jd macam tu..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tini...
kalo ko takut tinggal kat dunia ko nak tinggal mane?
planet pluto???
hehehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

ed- betol tu..ckp xle sbrang ckp..kesudahan sendiri merana..bukan takat diri sendirik kga terlibat sama

**Bila Comel Jadi Comot** said...

meniti-i like ur news...
ekekek aku ngt nak tggal dlm laut la plak leh kawan ngn dugong xpun duyung ekekeekek

ratna said...

tu ler.. fikir dulu sblm menulis..sama jugak fikir dulu sebelum ckp.. tp apa yg dia tulis dlm blog ekk sampai org kata menghina tu?

fikaryna said...

dah kena slps buat..menyesal pun x guna..so sblm wat apa2..pk..pk..pk..kan..

**Bila Comel Jadi Comot** said...

ratna-yang i sempat copy la..jap ek...
Dah m****s buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah m****s pagi tadi. Pergi m****s sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis s****d.

camtu la statementnyer yg buat rakyat m'sia marah tu

**Bila Comel Jadi Comot** said...

fika-comel stuju pe yg fika kemukakan..so awaz be aware..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko kwn ngan dugong la...
duyung tak nak ko...
kalau dugong sure pelok ko je...
hehehehe...

**Bila Comel Jadi Comot** said...

hahah itu yang aku suka tu..ada gak dugong yg sudi nak peluk aku...hahahah..sewel dah nih..layan ko mmg xabis..tapi ko mmg best!!

Cuba Klik tengok apa jadi!