22 December 2009

Azam,berAZAM,keAZAMan???comel

Wah ada beberapa hari je lagi xsilap aku..dah nak tahun baru..cepatnya masa berlalu..pantas betol.sume datang n pergi cmtu jer..cam air mengalir melalui sepintas lalu… 




Percaya tak korang, sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata? Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu tunaikan sedangkan ape yang di fikirkan tidak terlintas untuk di tunaikan. Sebenarnya zaman kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.hakikatnya ia Cuma harapan yang mengharapkan ia tertunai…benarkah?? 
tak berusaha mane nak tunai kan..?


Esok biar lebih baik dari hari ini dan yang semalam dijadikan teladan dan pengalaman hidup di masa akan datang. Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum tido, kalau kita kenang balik wayang perlakuan kita seharian tadi. seandainya ada yang silap / salah, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang. Kategorikan azam mengikut tingkat. Bermisi jangka pendek dan panjang bukan petanda seseorang itu teliti yang melampau. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik.dan sangat sistematik. 

Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri. Maka hasilnya, akan timbul rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam sebelum tiba waktunya. Oh, apa yang perlu dirisau, buku tiga lima kan ada. Baki azam tahun lalu masih boleh dibawa ke tahun depan, bukan? Tapi, jangan pula suka suka memasang riba’ yang berbentuk hukuman pada diri sendiri, kelak azam itu berstatus hutang lapuk pula.ini namaya melonggokkan masalah yang sedia berlonggok.huhuhu memang sangat2 tidak wajar bagi aku lah perlaburan yang sangat tidak bijak.

Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal keupayaan diri, agar berpijak di bumi nyata bukan setakat berangan di atas angin. semestinya tiada salahnya memasang niat banyak-banyak tinggi kemuncak, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan dilupa. Mengatasi kelemahan diri itu suatu jihad. Cuma sasaran itu jangan dipisahkan sejauh bulan dengan bumi. Kita kan punya akal yang bijak bestari. Aku??aku jugak memiliki azam serta niat yang mengunung tinggi,Dan aku beryukur untuk tahun 2009 nih,azam aku tercapai 85% dari ape yang aku harapkan..stedet la xsuma leh capai 100% tulx.. 

Untuk tahun baru yang bakal menjelang nanti aku Cuma mengharapkan semua ahli keluargaku keluarga bubu dirahmati n dicurahkan rezki yang melimpah ruah..serta kehidupan & kerjaya aku akan terus maju.insyaALLAH seperti yang semua harapkan hendakNYA.

2 comments:

janggut said...

amin amin amin.....buli tetap buli

**Bila Comel Jadi Comot** said...

dengki tul..nak kene luku kerw..ahat ahat ahat....

Cuba Klik tengok apa jadi!