12 April 2009

Perubahan Ke arah Kedewasaan - Wanita.

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain.

APA ITU REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.


PERUBAHAN FIZIKAL (Wanita)

1) Buah dada (payudara) mula membesar.
2) Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
3) Punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan.
4) Jerawat mula tumbuh.
5) Mula didatangi haid
6) Suara munkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

USIA REMAJA PENUH CABARAN
SETIAP DETIK PERLU KEPUTUSAN
SESETENGAH KEPUTUSAN PERLU DI BINCANG
TANPA PENGAWASAN KEPUTUSAN PINCANG


Kitaran Haid

1) Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.

2) Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.

3) Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.

4) Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperrna, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid


Haid

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid(menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:

1) Gangguan emosi.

2) Tekanan dalam hidup.


Segunggut

Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah


Dara

Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang belum pernah mengalami perhubungan seks (persetubuhan).

Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itu dikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat dari persetubuhan.

Namunbegitu selaput dara juga boleh koyak akibat dari senaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakan dara


PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.

Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.



PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:

1) Perasaan ingin mencari identiti diri

2) Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri

3) Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.


SOKONGAN SOSIAL

Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:

1) Ibubapa.

2) Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.

3) Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda


TIDUR SECUKUPNYA

Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.

BERSENAM SECARA TETAP
Senaman akan:

1) Menguatkan otot

2) Menjadikan remaja segar pada waktu siang.

3) Membantu remaja tidur lena di waktu malam.


ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA

lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

1) Nilai yang ingin anda pilih

2) Memilih rakan sebaya

3) Arah masa depan anda

4) Cita-cita anda

5) Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa


HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI

1) Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.

2) Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.

3) Amanah

4) Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.

5) Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.

6) Menabung untuk masa depan anda.


ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.

1) Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.

2) Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.

3) Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda



0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!